Written by Bella | August 18th, 2015

Rozita Che Wan antara artis yang cukup giat dalam bidang perniagaan, mempunyai produksinya sendiri serta jenama tudung yang di usahakan bersama adiknya Ayu Raudhah, kini beliau sudah memiliki keluaran minyak wanginya sendiri iaitu Precious by RCW.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, beliau sudah menerima tempahan awal dan meraih hampir RM 1.2 juta apabila 40,000 botol minyak wangi beliau habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari.

Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut. Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Harganya pun cuma RM29.90 sahaja.

Mendapat sambutan yang menggalakkan, Rozita memberitahu beliau bakal melancarkan satu lagi produk minyak wangi terbaru, Gorgeous by RCW sebanyak 70,000 botol dalam masa terdekat.

Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula. Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai.

Rozita Che Wan sememangnya menggunakan kesempatan dan nama beliau sebagai seorang artis dengan baik apabila berjaya melancarkan beberapa produk beliau sendiri. Ini lah orang kata artis yang business minded dan tidak duduk buang masa tunggu orang tawarkan pekerjaan.

Sumber Berita: mStar Online

35 responses to 40,000 Botol Minyak Wangi Rozita Che Wan Habis Dijual Dalam Masa Dua Hari

  1. anon says:

    tahan lama ke bau perfume tu….hmm….aku tak gunalah jenama komang mcm ni…hehe. perfume britney n katy perry bau sedap..

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      btw…. baru aku pasan…
      tudung RCW yang hitam tu kan sama gaya mcm tudung Elfira Loy yg kowang kata mcm Rahib…
      Betul tak?
      Oh… mentang2 RCW… takpe ye..
      Kalau Elfira bukan main kowang hentam lagi..
      Pasal dia budak2 yek…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mungkin masa rcw pakai tak nampak macam rahib..padanan tudung dan cara pemakaian lain sedikit..elfira pakai nampak macam tu…tapi apasal aku nampak macam biasa je, dah tudung tu fesyen begitu…bukan sebijik sama pun yg macam rahib punya tu…dan kalau sama pun dah kenapa? rahib tu pakai camtu bukan ke tujuan tutup rambut diorang juga…bukan tujuan buat bukan2..

        0

        0
    • minah jambu says:

      ni lah dia baru aje orang mlayu macm ck ta nk maju sikit ada aje mulot2 mlayu yg mengate macmana orang mlayu nk maju !! perfume Britney n katy perry tu halal ke untok di pakai ? pandai pulak mengate berlakon pelakon lelaki tk boleh sentuh pelakon pompan tapi perfume yg tk halal boleh pulak pakai emmm..ni lah nama Nye orang malayu ..

      0

      0
  2. Lovelyvic says:

    Sapa dah beli?
    Wangi tak?
    Botol mcm Lancome.

    0

    0
  3. Really?? says:

    Fuyoo 2 hari dah habis…biar betik?? Betul ke atau Propa ni??

    0

    0
    • Lara says:

      Habis ditolak ke agent la kot.. dia cuci tangan, agent yang berpeluh2 menjualnya nanti. Propa angat.

      0

      0
    • Lara says:

      Katanya Malaysian hidup dalam kesempitan taraf hidup makin tinggi duit nak beli beras pun ngam ngam ada, tapi banyak pulak keluar pelbagai barangan kecantikan and whats not (on demand), banyak pulak duit beli benda2 macam ni. Semua artis ada produk mereka, laku yer? Kaya sebenarnya orang2 Malaysia ni.

      0

      0
  4. cik bulat says:

    dah beli..mmg sedap baunya..long lasting pulak tu..

    0

    0
  5. lily says:

    sape pnah beli? harga dia cmne? kalo harga n bau long lasting mmg aku nk beli.. #supportbuatantempatan

    0

    0
  6. melati says:

    Agak agak lah nk menipu pun??? …

    0

    0
  7. zed says:

    klu betul laku bagus la. jgn propa perniagaan sudah la mcm ada satu jenama buat taktik kata jenama diorg paling laku sampai upah orang pura2 beli @ tercari brand diorg kt kedai. Bila org lain tgk mesti terasa “wah, aku pun kene beli satu utk try ni”. strategy melariskan perniagaan

    0

    0
  8. nil says:

    membeli barangan mereka yg sememangnya sudah kaya dan ada nama.
    tetapi kita susah hendak menolong dan membeli barangan org2 susah.
    fikirlah sndri.

    0

    0
    • minah jambu says:

      kalau tknk beli jangan cakap ape2 diam2 suda…barang orang senang ke barang orang susah ke nk beli beli kalau tknk beli tu kau punye pasal tkde orang yg nk paksa kau beli huh !

      0

      0
  9. Nunun says:

    Cik Ta nampaknya lebih berjaya dalam perniagaan. So, congrat! Wahai org2 yg bertanya, harga RM29.90 janganlah harap lasting macam harga RM300. Yang ni bole pakai dok umah bagi laki bau korang wangi sepanjang masa. Nak sembur satu badan pun xrasa ralat rugi kan.

    0

    0
  10. Shhh says:

    Rozita Che Wan ni umpama mcm Kim Kardhasian..menggunakan populariti utk bisnes dia..walaupun bakat tu ke laut..ni lah dinamakan tuah..walaupun dihimpit segala mcm kontroversi tpi dia tahu masa nama tgh naik..masa ni lah cari duit buat harta…dia tahu bidang seni ni da pasang surutnya…walaupoun dia tak berlakon lgi…at least da backup utk masa depan..kdg aku rasa nk jadi mcm che ta ni…cantik..tinggi..smpai tak nak kan…walaupun kekdg aku rasa mcm annoying je dia ni..ska tjk apa yg dia da..tpi sedikit sebanyak aku mmg cemburu…cemburu yg bukan tahap meluat..cemburu utk berjaya…mcm dia..bukan dalam bidang seni..tpi dalam bisnes..

    0

    0
    • Nak komen juger says:

      Bezanya, Che Ta ni berbakat juga…Tuhan akan tolong orang2 teraniaya macam dia ni…Segelintir mengata walaupun apa dia buat tu biasa saja atau tak ada apa, masih dicari kesilapan dan cari bahan untuk ada2kan..Umpama nmpk Che Ta batuk secara tak sengaja pun akan dicari bahan..Segelintir la, ramai yg okay jer, biasalah yg bijak2 sebenarnya lebih ramai dari yg bodoh2..

      0

      0
    • Nak komen juger says:

      Dia relax je teruskan kehidupan, kerjaya dan bisnes…Dah la baik hati, cantik, bijak bisnes dan usaha, bijak gunakan peluang, sabar..Apa pun dikata, yang untung dia jugak, dikurniakan suami penyayang, anak2 yg bijak, anak yg comel, rezeki dari syarikat sendiri, rezeki bisnes lagi, rezeki kerjayanya, rezeki duta itu ini, rezeki sponsor, rezeki model…Ntah2 rezeki yg mengata2 dan memfitnah2 dia tu semakin kurang sebab Tuhan dah pass kat Che Ta. Kekekeke..

      0

      0
      • acik ita detected says:

        mcm melebeh2 je ko angkat..sumer org tau dia sk menunjuk2 & laki cam lembu bab bisnes mungkin ok

        0

        0
  11. Anonymous says:

    40 000 ke 40 botol?? cik tah pakai ke minyak wangi local..walau atas nama dia..entah2 dia hanya pakai minyak wangi lv..burberry atau CHANEL

    0

    0
  12. tyi says:

    ni bru nmanyer jd artis bwa faedah…xda job,bt bisnes. byk artis lain msa dh x famous trs hlg pnca xtau nk bt apa…nk hdp kna pndai bwa dri.

    0

    0
  13. NAK TANYA says:

    CHE TA PAKAI PERWARNA KUKU KA?SEKADAR BERTANYA.

    0

    0
  14. Miss Chanel no 5 says:

    murahnyer…kalau dalam USD kira 7 dolar jer.. haha lagi murah dari trash bag i beli kat costco atau Target hahaha..but thanks i still prefer Ralph Lauren, Lancome La Vie est Belle dan Kenzo.

    0

    0
    • zaza says:

      poyo nya komen kau. dia dpt byk untung. jadi jutawan. ko? hanya mampu jadi pengguna jek ke?

      0

      0
  15. Si Jujur says:

    Saya dan kawan² saya dah beli perfume Che Ta ni. Harga RM29.90 sebotol. Bagi kami, bau perfume tersebut kurang memuaskan. Precious by RCW dikatakan dibuat berasaskan bau ros dan vanila (sila betulkan jika saya salah) tetapi bau ros lebih kuat daripada bau vanila. Memang ia long lasting tetapi baunya sedikit tengit (dalam bahasa pasar, orang kata bau macam minyak wangi orang tua). Saya sudah pun menjual perfume saya kepada orang lain. Kawan² saya yang lain pun tidak memakainya, ada juga yang bagi pada ibu mertua. Kami semua pelik bagaimana perfume tersebut begitu laris. Kami cuma bersangka baik, ni rezeki Allah bagi pada Che Ta. Secara jujur saya rasa minyak wangi Che Ta ni sesuai untuk wanita yang berusia 40 ke atas. Harap² Gorgeous by RCW tidak mengulangi kesilapan yang sama. Yang mana suka dengan bau tu kira OK lah. Teruskanlah menyokong produk tempatan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Lain orang lain tastenya..Terjual laku pada orang yg suka…xpelik pun…

      0

      0
    • Mek ta says:

      Perfume klau xde alcohol mmg xkan kekal lama n akan jd tengit, sama mcm perfume rm 10 yg beli kt pasar mlm n zaman dulu2 mcm one drop perfume yb che ta jd duta tu,sbb based dia myk n bau nya xtersebar ke bdn kite, just melekat kt satu tmpt jek,bile ade alcohol perfume tu akn mix dgn peluh kite n jd lagi wangi,thats the true perfume n for sure bukan la harga rm 30 jek. BtW alcohol dlm perfume ialah sebatian kimia ye,bukan arak,alcohol.n arak ialah dua bende yg berbeza,arak is liqour or alcoholic drinks, sekian pelajaran utk hari ni,hahaahhaha

      0

      0
  16. zaza says:

    alaaaa….hakak hakak mkcik mkcik kt sini yg komen negatif kononnya tk suka,,padahal senyap2 pegi kedai cari minyk wangi dia..pegi beli senyap2. kuikuikui. meleisss

    0

    0
  17. fara says:

    memang wangi perfume dia, bau mcm yg branded..tak rugi beli…support la skit org melayu, ni dari dulu sampai sekarang asek dok kutuk jer….mcmana la melayu nak maju

    0

    0
  18. nor says:

    bagi saya dan kawan2 yg dah pakai perfume precious rcw mmg sgt berpuas hati dan baunya long lasting… wangi sepanjang hari… xrugi pun sape yg nak beli lagi pulak harga dia sgt la berbaloi2…

    0

    0
  19. Miz Biey says:

    Salam, pa2pun sy respect sgtlh dgn org kta ne, x sgka2 jg akhirny Che ta mmpu mgeluarkn perfume yg bg sy n rkn2 yg bgtu wangi n hrga yg mmpu milik.Bangga dgn org kta, btw congrat RcW.. We luv u..

    0

    0