4 Tanda Usia Anda Sudah Meningkat

Hiburan

4 Tanda Usia Anda Sudah Meningkat

Dalam diam sudah hampir 5 tahun Abang Nara dan wife mendirikan rumah tangga. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah dah ada 3 orang anak yang sihat-sihat dan comel-comel di pandangan mata ini. Baru-baru ini sebelum tidur Abang Nara dan wife sempatlah berborak-borak. Sembang punya sembang, wife Abang Nara sempat berkongsu beberapa perubahan pada fizikal, mental dan cara hidupnya selepas 5 tahun berkahwin. Kaum Hawa ini nampak je kuat dan bertenaga menguruskan anak-anak, menguruskan suami, kemas rumah, pergi kerja dan sebagainya, akan tetapi dalam sedar tak sedar, memang banyak perubahan yang berlaku di dalam tubuh mereka. Antara yang wife Abang Nara kongsikan ialah:-

1. Cepat penat

Advertisement

 photo 1_10.jpg

Menurut wife Abang Nara, kalau dulu masa dia bujang, memang tak ada masalah nak tawaf satu KLCC dari pagi sampai ke petang. Namun bila dah anak 3 ini, tengah hari je dah terasa penat dan tak larat. Nak berwindow shopping pun malas katanya sebab penat sangat. Malam-malam pun tidur awal. Kadangkala wife Abang Nara merancang nak tidur lambat konon nak tengok midnight movie sama-sama, tetapi last-last turut sama tertidur ketika tidurkan anak. Badan dah tak dapat nak tampung kepenatan menguruskan hal-hal keluarga seharian.

2. Lebih suka lepak rumah di hujung minggu

 photo 2_10.jpg

Masa belum ada anak dulu, memang setiap hujung minggu wife Abang Nara akan ajak lepak pergi shopping kompleks ke, tengok wayang ke, main bowling ke. Namun semenjak anak 3 ini, hujung minggu je mesti wife Abang Nara lepak di rumah je. Siap bila Abang Nara ajak gi shopping dia boleh tolak lagi. Katanya hujung minggu adalah masa untuk berehat dan bukannya keluar jalan-jalan. Last-last kitorang lepak rumah sambil layan keranah anak-anak.

3. Lebih matang dan tak cepat marah

Di awal perkahwinan dulu, Abang Nara dan wife memang selalu jugak bergaduh. Salah sikit je masing-masing naik angin. Dua-dua tak nak mengalah. Namun sekarang ini, wife Abang Nara dah bertambah matang dan tak cepat marah. Setakat benda kecil-kecil ini, dia buat tak tahu je. Rileks je tak ada nak marah-marah dah. Kalau marah pun, wife Abang Nara cuma masuk bilik dan tidur je. Nak gaduh pun dah tak semangat dah katanya. Kelakar kan?

4. Wajah sudah mula berkedut, kusam dan nampak tua

Selaku seorang wanita yang mementingkan kecantikan , wife Abang Nara cuak juga bila ada ada orang meneka usianya lebih tua daripada usia sebenar. Walaupun sudah beranak 3, wife Abang Nara amat mementingkan kecantikan kulit wajahnya. Namun biasalah bila kita dah berkeluarga ini, kadangkala culas dalam bab-bab menjaga kecantikan wajah. Maka mulalah muncul kedutan, kekusaman dan wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Kesian juga kadangkala tengok kestressan wife Abang Nara apabila memikirkan masalah ini.

 photo 3_11.jpg

wife Abang Nara ketika berusia 22 tahun ini raya tahun 2012. Masa tue Abang Nara usia 27 tahun.

Selaku seorang suami yang bertanggungjawab dan mahu memastikan wife tercinta sentiasa tampil cun melecun, Abang Nara telah menghadiahkannya 3 produk anti penuaan daripada Olay. Olay ini memang produknya power sejak dari dulu lagi. Sekarang ini Olay muncul pula dengan set Regeneristnya yang merupakan hasil kajian selama 50 tahun. Memang wife Abang Nara excited sangat-sangat bila dapat hadiah nie. Terus dia guna malam tue jugak. Nak cantik la katakan.

 photo 4_8.jpg

Olay Regenerist, produk anti penuaan yang terbukti berkesan

Dan ternyata kepoweran dan keberkesanan produk Olay Regenerist #OlaytMalaysia #MiracleDuo #BestBeautiful ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Wife Abang Nara dah guna dalam sebulan dan memang nampak sangat perubahan positifnya. Siap wife Abang nara suruh share lagi pasal produk ini kat blog BeautifulNara ini. Ada 3 produk dalam set Olay Regenerist ini tetapi hari ini Abang Nara nak kongsikan 2 sahaja iaitu:-

1. Krim Olay Regenerist Micro-Sculpting

 photo 5_4.jpg

Nak wajah tegang dan licin? Nak sel-sel kulit aktif supaya tampak lebih muda? Wife Abang nara akan pakai krim Olay Regenerist Micro Sculpting ini setiap hari selepas bangun pagi di waktu siang untuk memastikan ketegangan kulit yang berkekalan sepanjang hari.

2. Krim Olay Regenerist Micro-Sculpting Night

 photo 6_2.jpg

3. Diguna pada waktu malam, tugas utama krim malam Olay Regenerist ini adalah untuk mengurangkan kedutan pada wajah. Wife Abang Naramenggunakan sapu krim ini di wajah setiap malam tanpa miss sehari pun sejak hari pertama Abang Nara hadiahkannya. Kesannya dalam tempoih 2 minggu dah boleh nampak . Power kan?

 photo 7_3.jpg

yeah wife Abang Nara dah nampak makin cun!!!

Alhamdulillah lepas gunakan produk Olay Regenerist ini, memang wajah wife Abang Nara nampak makin cun melecun. Bertambah sayang Abang Nara kat wife tercinta. Selaku seorang suami yang mithali, ia adalah tanggungjawab Abang Nara untuk memastikan bini nampak comel sepanjang masa. Bini cantik kita pun senang hati kan? Jadi kalau korang nak mencantikkan dan memudakan lagi bini korang, bolehlah cuba Olay Regenerist #OlayMalaysia #MiracleDuo #BestBeautiful ini. Insya Allah 2 minggu je dah boleh nampak impaknya. Maklumat lanjut layari Facebook Olay Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...