Written by AbangNara | April 25th, 2016

Menjadi seorang lelaki bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sungguh besar tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami dan ayah. Kalau masih bujang tak perlu nak risau sangat sebab hanya perlu jaga diri sendiri. Namun bila dah ada isteri dan anak-anak, it’s totally a different world (amboi speaking).

alicafe

Abang Nara, isteri dan anak-anak

Berdasarkan pengalaman Abang Nara setelah berkahwin selama 5 tahun dan memiliki 3 cahaya mata, menjadi lelaki bukan bermakna kerja kita sekadar mencari duit untuk keluarga tercinta. Banyak lagi benda lain yang perlu dilakukan.Jika anda seorang lelaki, ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik.

1. Bawak family tercinta bercuti setahun sekali

alicafe

Tahun ini Abang Nara ada bajet lebih sikit so bawaklah isteri dan anak-anak ke Paris. Tak semestinya kena bercuti ke luar negara. Contohnya tahun lepas Abang Nara bawak diorang pergi Langkawi. Seronok jugak. Yang penting masing-masing dapat luangkan masa bersama-sama. Cuma kalau anak masih kecil tue, nasihat Abang Nara takyahlah bawak jalan jauh-jauh. Penat beb layan kerenah diorang. Hehehe.

2. Bawak anak-anak main luar di waktu petang

alicafe

Benda ini memang nampak simple tetapi ia amat menyeronokkan untuk anak-anak. Tak kiralah bawak pergi taman permainan ke, bawak main buih depan rumah ke atau pergi main tendang-tendang bola. Yang penting petang-petang bawaklah mereka keluar. Hirup udara segar. Tapi sekarang ini suhu tengah panas membara, jadi kena berhati-hati sikit. Jangan sampai anak-anak demam.

3. Ambil minuman berkhasiat

alicafe

Setiap pagi sebelum memulakan hari anda, minumlah Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng 5 dalam 1 yang berperisa lebih pekat atau karamel ini untuk memastikan tenaga anda mencukupi sepanjang hari. Kandungan di dalamnya mengandungi khasiat Tongkat Ali dan Ginseng yang membantu mengekalkan fokus minda, juga menguatkan tubuh badan. Tak adalah bila anak-anak ajak main kita asyik cakap penat je. Balik kerja petang-petang pun masih bertenaga untuk menghiburkan anak-anak. Malam pulak ada tenaga untuk isteri tercinta. Aum!!! Minumlah secawan setiap hari untuk tenaga yang mencukupi.

4.Buat kejutan untuk isteri tercinta

Selain daripada menolong isteri membuat kerja rumah, memasak, lipat kain dan sebagainya, sekali sekala kenalah buat kejutan untuknya. Bukan apa, bila lama dah kawin ini, kita akan take for granted hubungan tersebut. Setahun sekali belikan bunga untuk si dia yang kita cintai apa salahnya kan?

alicafe

Itu sahaja tips-tips simple daripada Abang Nara. Pasti ramai lagi lelaki, suami dan ayah di luar sana yang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. INgatlah bahawa kita sebagai lelaki melengkapi hidup isteri dan anak-anak. Kesihatan kena jaga, tenaga kena sentiasa ada dan kena sentiasa ceria. Selamat menjadi seorang lelaki yang lebih awesome.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to 4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menjadi Seorang Lelaki Yang Lebih Awesome

  1. nok gebuzzz says:

    lelaki yg awesome ialah yg boleh menjadi imam kpd isteri dan anak2 nyer…..

    0

    0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      awesome awesome boleh jadi imam kepada isteri dn anak tapi kalau malas bekeja n malas nk cari duit kasi senang bini dn anak tk guna jugak jadi laki ..lov u bang nara sekitaran rumah u macm berseh n sunguh hepening..jaga kebersehan sekitaran supaya sehat sepanjang masa lov uuuu…

      0

      0
  2. adudu says:

    manis isteri abg nara :)

    0

    0
  3. melati says:

    Aduiii…iklan Tongkat Ali….jadi lah lelaki macam maner pun , janji jgn jadi cam Neelofa, menipu & poyos…., sebu obersi lah RM50 juta lah….kalau saya jumpa kt maner2 memang saya ludah jew muka Neelofa ni….!!!

    0

    0
  4. nekta idola nara says:

    rezeki dr bergosip…

    0

    0
  5. Naraku says:

    Hensemnyer nara..merecik iolls

    0

    0
  6. melati says:

    Neelofa patut ludah jer kalau terjumpa..!!!

    0

    0
  7. meluat aihhhhh says:

    nara…

    tau la ko punya income promote iklan bagai…letak banner tepi dah la….org blh baca jugak…jgn la ko tepek tgh2 sampai meluat nk kena klik ‘x’ manjang…letih mak!!!

    0

    0
  8. Kak ros says:

    Tu gambo pat Paris tu ko , paste ke ?
    Atau ko g sana Nara?
    Untung la badan.. Aku ni dok Klebang bertahun nk lancong g sempadan pun pokai nk tunggu hasil laki bawak taxi

    0

    0
  9. Anonymous says:

    bolehlah kau nara..gaji berpukal pukal..kita nak dapat bunga taik ayam dari laki pun susah..gi paris bagai..rumah bagai istana raja bersiung..kita rmh pun tak lepas bayar sewa..nak makan pun utang kedai pak dollah depan rmah..macm mana nak dapt laki yg awesome mosom.. laki asam adalah..

    0

    0
  10. x says:

    Ali Cafe?Nak dapat kencing manis amalkan lah!

    0

    0
  11. abg gagah says:

    Nara bajet macam artis, show off cuti sana sini

    0

    0
  12. fed up says:

    eh benci lah semua featured post kau nara. kalau tak pasal product, pasal kau puji diri sendiri. penat tau nak scroll kebawah hurghhhh

    0

    0
    • Anonymous says:

      rilex…die nak tunjukkan die la lelaki paling osem di dunia…berkat duit bergosip yg brkepok2 die dpt…haha

      0

      0
  13. Anonymous says:

    nara bkn hanya kencing manis..mulut manis pun ade…haha

    0

    0