Written by AbangNara | February 18th, 2015

Nak berkahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Teringat kenangan dulu ketika bercinta dengan wife. Masuk tahun ke 2, tiba-tiba keinginan nak berkahwin semakin menebal di dada. Iyerlah, takkan nak dating dengan anak dara orang tanpa menunjukkan kesungguhan yang kita ikhlas kan? Menariknya orang Melayu ini banyak adat yang perlu diikuti sebelum sah bergelar suami isteri. Antara langkah-langkahnya:-

1. MERISIK

Emak dan ayah si lelaki akan pergi konon macam mahu minum petang di rumah emak dan ayah si perempuan. Sambil-sambil makan karipap, sambil-sambil borak pasal anak sendiri. Kalau orang dulu diorang bawak tepak sirih, tapi sekarang rasanya dah tak lagi. Selepas hampir setengah jam borak kosong, barulah si ayah lelaki akan bagitau tujuan kedatangan. Selalunya cincin belah rotan akan dibawa sebagai tanda.

cincin2, BERTUNANG 

Yang ini amat penting dalam adat orang kita. Segerombolan ahli keluarga akan hadir beserta dengan seorang jurucakap. Ada hantaran yang akan dibawa. Selalunya hantaran adalah seperti buah, kain dan paling penting, CINCIN. Cincin pertunangan ini bolehlah dikatakan simbolik kepada kekukuhan cinta pasangan ini.

cincin

cincin permata HEMERA

Cincin permata HEMERA memang sesuai sangat untuk dijadikan cincin pertunangan. Ia dipotong dengan 101 belahan menjadikan HEMERA cukup sempurna di mata yang memerhati. Selalu bila nak beli cincin ini, si lelaki akan pergi dengan si perempuan. So bolehlah pilih yang bersesuain dengan bajet anda. Janganlah beli terlalu mahal. Antara contoh cincin permata HEMERA yang lain ialah:-

cincin

silau mata memandang

 

cincin

bakal isteri mesti jatuh cinta dengan cincin HEMERA ini

3. PERNIKAHAN

Tiada hari yang lebih gembira untuk pasangan bercinta melainkan hari pernikahan. Masa ini memang berdebar-debar. Jantung pun berdegup laju. Hantaran untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan pun biasannya lebih ‘up’ sikit dari biasa. Antara beg tangan berjenama, kasut, gajet dan macam-macam lagi.

cincin

ada juga yang bagi gold bar, ini bagus untuk masa depan

Bunga Raya Gold Bar Poh Kong (1g, 2g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g) amat bagus diletakkan sebagai hantaran sebagai pelaburan masa depan. Kehidupan lepas berkahwin banyak nak guna duit. Jadi sekurang-kurangnya ada security sikit kalau jadikan bunga raya gold bar sebagai hantaran. Time-time sesak bolehlah pajak. Hehehe. Bab kualiti jangan risau. Ia adalah 99.9% daripada emas tulen.

Disebabkan masa bertunang dah beli cincin permata HEMERA, selalunya masa nikah pihak lelaki tak bagi cincin dah. Antara yang menjadi pilihan ialah gelang, rantai dan juga bangle. Mestilah yang emas punya simbolik kepada nilai mahal seorang isteri. Kalau di Poh Kong, koleksi Anggun Bunga Raya memang sesuai untuk dipilih sebagai hantaran kepada bakal isteri.

cincin

bangle yang cun melecun

cincin

rantai pun cantik juga apabila diletakkan di leher isteri tercinta

cincin

abang Nara dulu hadiahkan gelang

4. PERSANDINGAN

Sebenarnya dah habis pernikahan, memang dah boleh tarik nafas lega. Persandingan ini cuma melengkapkan syarat untuk bertemu ahli keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu. Masa inilah pengantin dilayan seperti raja sehari. Masa ini jugalah peluang untuk pengantin perempuan memakai barang kemas untuk menyerlahkan lagi kejelitaan. Antara yang menarik dari Poh Kong untuk hari istimewa ini ialah:-

cincin

rantai mutiara Schoeffel, confirm semua mata akan memandang anda

cincin

koleksi emas Tranz, banyak pilihan yang cantik-cantik

Nasihat Abang Nara, kalau korang mahu membuat persediaan perkahwinan yang pastinya melibatkan pembelian barang kemas, silalah pergi lihat koleksi di kedai-kedai emas. Poh Kong memang feveret Abang Nara dan isteri lah. Barang kemas ini ada dipamerkan di Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold dan juga Gold Boutique. Pergi tengok je dulu. Ada duit nanti insya Allah boleh beli. Jangan lupa layari www.pohkong.com.my dan Facebook Poh Kong untuk mengetahui lokasi kedai-kedai Poh Kong seluruh Malaysia dan melihat promosi yang ditawarkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to 4 Langkah Untuk Berkahwin Mengikut Adat Melayu

    • amoi says:

      iklan rupanya!

      adat melayu lah menyusahkan org melayu skrg ni..nak kawin kene ade berpuluh ribu…sedangkan dalam ISLAM x suruh gini pun…

      0

      0
    • Selena Gomez says:

      mana nyer gosip baru Nara oiii ????
      Orang cina dah buka kedai….kau Nara beraya melebih-lebih plak dari orang cina.

      0

      0
  1. […] Cincin permata HEMERA memang sesuai sangat untuk dijadikan cincin pertunangan. Ia dipotong dengan 101 belahan menjadikan HEMERA cukup sempurna di mata yang memerhati. Selalu bila nak beli cincin ini, si lelaki akan pergi dengan …read more […]

    0

    0
  2. nara haprak says:

    haha..kemain ko ajr org psl adatmelayu yg nak kwin…merisik bagai,bertunang…tp propose dpn org ramai ko gak yg kemain excited dan setuju…motif nak iklankn kedai emas ni…jgn jadik bodoh…dh mmg kwin barang kemas semua org jadikan hantaran…

    0

    0
  3. Sophea Loren says:

    Aku dulu, masa bertunang, cincin belah rotan. Seratus lebih harganya.
    Masa nikah, rantai emas putih, halusssss je rantainya, seratus lebih juga.

    Dah 12 tahun kahwin, Alhamdulillah bahagia. Tak perlu berhabis 5 bulan gaji semata2 nak beli cincin kahwin.
    Beli setakat cukupkan syarat dgn tunaikan niat org tua je (adat).
    Yang penting, ikhlas mengahwini dan dikahwini….kerana Allah.

    *mmg cantik design barang2 kemas tu. Tapi bila tengok harga, ada baiknya aku bayar loan rumah 20 tahun ni…huhu. MAMPUIH!

    0

    0
  4. need u says:

    sorry off topic,i try guna discount codes fashionvalet kt iklan atas tu tp invalid la..ade sape2 tau x?bang nara pls answer

    0

    0
  5. nak cuit sikit says:

    syarat wajib sah nikah …..mas kawin…..hantaran tiada dalam Islam….

    0

    0
  6. ncj_101 says:

    merisik-b’tunang-nikah = bukan adat semata2 ianye merupakan konsep tatacara dlm islam….. Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram..seperti pembaziran & percampuran llk & wanita yg bukan mahram… so bg sesiapa yg menganggap ianye menyusahkan bukan sbb tatacara p’kahwinan 2 tp tuntutan p’belanjaan yg mewah i2 yg menyusahkan…sbgaimana iklan diatas ianye hnye cadangan & iklan semata2 bukan tuntutan……

    0

    0
  7. runsing girl says:

    em..sy nk kwin.tpi bile pk blk hantaran ni semata2 nk jaga hati n mulut longkang org, sesak jugak rasa.padahal dlm islam tu sndiri xmenyusahkan umat.beg tangan la ksut la apela..aduiii tension pk! bile bgtau org tua xperlu sume ni,dorg ckp ikut adat.blik2 ikut adat.yg tercekik yg sesak ank dorg jugak.

    0

    0
    • Aida233 says:

      Setuju. When nikah becomes expensive, zina becomes cheap.

      Kes buang anak, masalah sosial semua – sila salahkan mak bapak yg terlalu taksub nak itu nak ini tapi sendiri takde duit.

      0

      0
  8. 2020vision says:

    Kawen dgn mamat melayu…..dah glamer glomo kawen. … janji punya janji. …. banyak duit keluar demi nak tunjuk tonjol……..drum roll………BERCERAI atau di MADUKAN…. normal ending utk mek2 melayu.

    0

    0
  9. Ipokeritbesar says:

    apa susah2 gi kawen kat siam aje. Murah je tak payah bayar mas kawen pon tak apa. Janji je….niat baik kan…hahaha. Dah balik Mesia bila problem pon mula dan si lelaki susah nak buang tabiat senang kawen di siam…… nangis meroyan lah si betina. Macam sepupu aku. Bila lah ppuan melayu nak pandai pintar.

    0

    0
  10. Cikgu says:

    Adat kita bersulamkan agama. Merisik asalnya, hence the name,di risik risik. Biasanya seorang orang tengah dihantar untuk dirisik anak gadis si polan. Baik ke pekertinya, longkang ke mulutnya mcm kebanyakan pembaca kat sini, dsb. Sebab anak gadis dahulu tidak terkinja tergedik gedik berselfie sakan. Juga dirisik sebab takut terpinang tunangan orang. Begitu halus sekali budaya kita. Meminang pun tidak dihantar ibu bapa, takut drop water face kalau ditolak. Begitulah serba sedikit perkongsian kita hari ini. Bukan nak advertise apa2.

    0

    0
  11. Ade says:

    liat berita tentang kawin, jadi pengen kawin nih hehe

    0

    0
  12. naraohnara says:

    Ape ke bangangnya statement ni.. patut diiklankan berkahwin mengikut cara islam.. bukan adat melayu.., dah tentu bersanding tu ikut adat budaya india.. aper la ko nara.. akal kat mana ?

    0

    0
  13. Amir says:

    “kami datang ni nak menyunting bunga di taman” :)

    0

    0