4 Filem Superhero Yang Abang Nara Tak Sabar Nak Tengok Tahun 2017 Ini

Hiburan

4 Filem Superhero Yang Abang Nara Tak Sabar Nak Tengok Tahun 2017 Ini

Abang Nara adalah peminat superhero. Tahap kefanatikan Abang Nara terhadap superhero ialah masa kecik dulu memang tak pernah terlepas tengok kartun-kartun seperti X-Men, Transformers, Keluang Man, Flash Man, Power Rangers dan Tomato Man. Apabila dah dewasa, kefanatikan itu berterusan, tapi standard dah up sikit dengan melayan filem superhero pulak. Contoh terbaru, minggu lepas Abang Nara baru je lepas layan filem Logan.

1

X-Men adalah filem superhero kegemaran Abang Nara

Untuk tahun 2017 ini, Abang Nara serius tak sabar menanti 4 buah filem superhero di bawah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Siap dah tanda kat kalendar dah. Antaranya ialah:-

Advertisement

1. Guardians of The Galaxy 2

2

Filem Guardian Of Galaxy yang pertama telah mendapat sambutan super meletop daripada peminat seluruh dunia. Memang best pun ceritanya. Jalan ceritanya yang pantas, watak hero yang kelakar dan sempoi serta berkaitan dengan Marvel Universe menjadikan sambungan filem Guardian of The Galaxy ini begitu dinanti-nantikan. Dijangka bakal ditayangkan pada bulan Mei ini, Abang Nara berharap akan menjadi antara orang yang terawal menontonnya.

2. Spider-man: Homecoming

3

Watak Spider-man tidak perlu diperkenalkan lagi untuk para peminat filem Superhero. Filem kali ini menjanjikan aksi yang lebih menarik kerana kehadiran Tony Stark yang membantu Spider-man mencipta sut barunya dan turut menjadi mentornya. Kehadiran orang jahat baru iaitu Vulture pasti akan memeriahkan lagi filem ini. Tak sabar nak tengok si labah-labah ini bergayut menentang orang jahat. Tarikh tayangan dijangka bulan Julai ini.

3. Thor: Ragnarok

4

Kalau ada kawan korang kata dia tak suka filem Thor, sila jelirkan lidah padanya. Tak masuk akal kalau tak minat filem Thor sebab hero dah la hensem, jalan cerita pun best, aksi-aksi yang dipamerkan pun mantap-mantap belaka. Terbaru, filem Thor: Ragnarok akan menemui penonton pada bulan November ini. Tak sabar nak tengok Chris Heamworth dengan penuh bergaya menghancurkan musuhnya dengan tukulnya. Confirm pecah panggung wayang nei..

4. Filem Superhero Malaysia? Tajuk tidak diketahui

Ok ini serius Abang Nara tak tahu tajuknya apa. Tapi dari video yang dah tersebar hangat di social media ini, memang confirm filem Superhero yang baru. Abang Nara excited sebab ada Harith Iskander. Fuh!!! Bayangkan Harith Iskander jadi superhero. Adakah boleh terbang? Adakah mempunyai kekuatan seperti Superman? Atau kuasa superhero Harith Iskandar ialah buat orang gelak sampai tercabut usus? Tertanya-tanya diri ini dibuatnya.

Billboard Visual

Selain Harith Iskander, filem ini turut dibintangi Zizan Razak, Siti Nordiana dan Yuna. Pergh excited sungguh dibuatnya. Tertanya-tanya apakah super power keempat-empat selebriti popular ini. Harap-harap ada yang boleh terbang, tembus dinding dan boleh jadi halimunan. Barulah best.

Apa-apa pun, ini adalah 4 filem superhero yang dinanti-nanti oleh Abang Nara untuk tahun 2017 ini. Yang no 4 tue paling Abang Nara berdebar nak tunggu sebab ia adalah superhero Malaysia. Tak sabar nak tengok aksi Harith iskander, Zizan, Siti Nurhaliza dan Yuna menyelamatkan dunia. Sama-sama kita nantikan.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...