Written by AbangNara | January 24th, 2014

Memang meriah!!! Itu yang dapat dikatakan mengenai Konsert ERA fm Sayang Sabah yang telah berlangsung pada 18 Januari yang lalu. Seramai 10,000 orang telah membanjiri 1 Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu untuk menyaksikan artis-artis seperti Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam.

sabah era

Dibawakan khas oleh Biozip, Konsert ERA fm Sayang Sabah dimulakan dengan nyanyian oleh penyanyi yang berasal dari Sarawak, Candy. Seterusnya pentas persembahan menjadi semakin hangat apabil DJ Fuzz muncul bersama W.A.R.I.S dan Juzzthin. Mereka bertiga menyanyikan lagu Rembau Most Wanted, Botingkek dan banyak lagi. Memang havoc dibuatnya dengan sorakan para hadirin.

sabah era

Kemunculan Mark Adam dengan lagu “Pencuri” memikat hati para hadirin. Penyanyi yang berasal dari Filipina ini turut mendendangkan lagu seperti Day Light (Marron 5), Sandiwara Cinta dan Si Katak. Kemeriahan makin terasa apabila Awi Rafael muncul menyanyikan lagu Bila Aku Kaya bersama Altimet. Tak henti-henti sorakan daripada para peminat penyanyi ini.

sabah era

Sengaja ingin membuat gimik, penonton dikecewakan apabila pihak penganjur memaklumkan penyanyi Indonesia, Judika tidak dapat membuat persembahan di Konsert Era fm Sayang Sabah. Suasana bertukar menjadi gelap dan bingit dengan jeritan nama Judika! Secara tiba-tiba Judika muncul dalam kegelapan dan terus menyampaikan lagu-lagu hitnya untuk mengubat rindu para peminat. Memang terbaik gimik yang dilakukan.

sabah era

Secara keseluruhannya, Konsert Era fm Sayang Sabah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Nampak gayanya selepas ini konsert sebegini harus diteruskan di negeri-negeri lain. Tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya Era fm atas inisiatif menarik ini. Lagi beberapa gambar sekitar konsert dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

sabah era

sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era

sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era
sabah era

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to (37 GAMBAR)10,000 Orang Banjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah

  1. nok gebuzzz says:

    wah…kemain lagi,konsert berpusu pusu owg berebut…cuba ceramah agama hado penonton mcm ni,!hhmmm..mmg tak do nyer!!

    0

    0
    • sukahatikulah says:

      agak2 la weh time ceramah agama nak berpusu2 berebut ke depan pentas.. kenala sesuai dgn event… ko ni otak tu befikir tu letak mana…

      0

      0
      • Mr Kangkung says:

        Konsert adalah haram…..berdosa..hrp maklum

        0

        0
        • hamba Allah says:

          manusia skang lebih pentingkan dunia dari akhirat xheran la sebab syaitan sendiri sudah berjanji akan menghasut anak adam utk melakukan maksiat sampai akhir nafas..marilah semua kita munasabah diri benda ni semua tak membawa kebaikan pun keseronokkan yg kita ada sekarang sementara saja sudah2 la bawak la bertaubat kembali ke jalan sebenar mengapa kita dilahirkan ke atas dunia ni..dunia ni hanya persinggahan utk kita utk menentukan baik buruk diri kita..

          #aku bukan alim cuma menyampaikan.. yg buruk itu dari aku yang baik itu dtg dariNYA.

          0

          0
  2. Olga says:

    FAIZUL AF 2013 YANG PALING SENDU KAT SITU!

    0

    0
  3. chemie says:

    mana gambaq aku???

    Aku pun artis jugak, perform malam tu..kui kui

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    aku bukan ckp time ceramah tu berpusu depan pentas…maksud aku kalo dgr ceramah x seramai mcm ni la….bodoh!bahlul!kecik2 x nak mampus!!

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      yg kau sebokkkkkkkkkkkkk nk cakap pasal ceramah2 ni apesal !! dh alim sangat !!! kau tk tengok ke masa frm perdana kan banyak manusia datang dengar ceramah ustaz kazim hensem tu ! kau tk tengok ke !! lain kali jangan sabot perkataan ceramah2 pat sini ok !!! @#@#%$@# huh !!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Blog hiburan pun nak cakap pasal ceramah. Korang kena faham jugak, kat sabah ramai penduduk bukan islam.. belum campur pati lagi.. ish..ish…ish… tak paham aku! Nok gebuzz pernah datang ceramah ustaz kazim tak? takpun ustaz Azhar idrus.. cer kira ramai ke tak yang datang?

        0

        0
  5. Aspire says:

    Mostly yg dtg bukan penduduk local. Sabahan knows siapa yg tinggal nearby that area. emm..

    0

    0
    • tupai comel says:

      yup..betul tu..aku dah tobat pegi2 tmpt mcmni..full of PATI there..dlu pernah pegi jom heboh 1kali..tgk yg dtg org2 xda ic..klu ada ic..tu YB yg bagi..nak menang kan? siap bagi kampung lagi tuk bela mahluk2 ni tuk mngundi dorg..

      0

      0
  6. ser says:

    bodo gila org2 yg suka pergi konsert mcm ni, maksiat! sedarlah weh, kiamat makin dkt. Ni bercampur gaul tk ikut jantina, astaghfirullah!

    0

    0
  7. anti statement bodoh says:

    Nampak gayanya selepas ini konsert sebegini harus diteruskan di negeri-negeri lain. >>>kejadah nak menggalakkan konsert??suka sgt hiburan..dlm kubur nanti nak jawab soalan malaikat x tau..

    0

    0
  8. unknown says:

    islam itu INDAH dan MUDAH..jadi jangan d perssusahkan.,,
    TAPI jangan pula yg mudah itu di mudah-mudahkan~ just take time to understand this..sekian terima kasih..peace no war..

    0

    0
  9. kpd mereka yg berlagak nak jadi alim…nak jadi ustaz & ustazah bagai kat dalam blog ni…dipersilakan jangan nak menyibuk or kononnya nak bagi nasihat. klu korang dah tau hiburan nie penuh kemaksiatan, KENAPA ANDA SEMUA BANGANG & BODOH SGT masih nak baca blog hiburan beautifulnara?? KENAPA MASIH NAK TAU PASAL ARTIS? KENAPA NAK TAU PASAL HIBURAN YG dah semestinya penuh ngan dosa halal & haram?? pi baca blog agama lain…. klu dah sakit mata and tak suka tgk keseksian artis pompuan melayu….pi blog lain lah bangang!! klu korang sendiri dok melangguk kat sini…maknanya korang sendiri pun dah bersubahat!! bodoh punya org melayu… hamik kau…

    salam sayang…. Miss World 2013 , Megan Young

    0

    0
  10. […] (37 GAMBAR)10,000 Orang Banjiri Konsert ERA fm Sayang Sabah (15) […]

    0

    0