Written by Bella | May 16th, 2016

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Hafiz Suip yang sudah sah bergelar suami kepada Nureffy pada 14 Mei lepas hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak pada jam 10.30 pagi. Hafiz dan isteri selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120, mereka berdua membuat keputusan untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Pada sebelah malam pula, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi Hotel Pullman Kuching, Sarawak. Hafiz dan Nureffy tampak cukup menawan dalam persalinan berwarna hijau epal.

Misha Omar dan Akim Ahmad turut memeriahkan lagi majlis resepsi mereka dan sempat untuk menyanyikan lagu buat pasangan raja sehari tersebut.

Kami harap perkahwinan Hafiz dan Nureffy dapat berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan serta rezeki.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah dan majlis resepsi Hafiz Suip dan Nureffy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto : Ministry Of Moment

30 responses to (34 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Perkahwinan Hafiz Suip

  1. Shhh says:

    isteri si Hafiz mcm aku tgk 3 org..mcm permaisuri tunku zara tu pun ada, mcm tun aminah pun da..mcm anushka sharma pun ada..pandai Hafiz pilih..tpi syg pre wedding dorg je aku tak berkenan…tahniah hope perkahwinan kekal smpi ke syurga.

    PS: Abg nara ke bella bello ke tlg approved ye..dh beberapa kali aku komen mana2 gosip..tk kuar

    0

    0
    • Anonymous says:

      Hahh? Ko cataract ke apa? Go and get your eyes tested. Alang2, bayar sekali for blood test. Delusional.

      0

      0
    • Hit says:

      Cantik giler bini dia kan…pandai betul tukang makeup ni.

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau tukang mekap tu pandai muka tak cantik pn boleh jd cantik.. tapi kalau tukang mekap hauk elok2 orang tu cantik terus jadi huduh..huhuhu

        0

        0
  2. melati says:

    Suara dh macam org tahan Kentot ..!!! buat memek muka plak macam org tgh Kentut, terbantut saya nk komen….kikiki….

    0

    0
  3. KakRos says:

    Mcm mcdonald dah aq tgk watermark gmbr korang ni

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    Tahniah dan semoga berkekalan hingga ke Jannah..

    0

    0
  5. huh says:

    maaf kata..bukan iri hati ke apa ke..
    tak suka@tak gemar…tengok pengantin duk buat mulut ternganga gtu..
    dibuat2nya…
    cubalah buat biasa2 je….dh terbiasa duk ternganga kut…itu sebb masa bersanding ternganga gitu..
    apa2 pun masih x boleh lupa masa stacy & akim dan anzalna & hanif…sopan je tengok pic 2 pasangan tu.

    0

    0
  6. Melati says:

    Oi nara,
    Maju lah sikit upgrade website ko ni.sampah betul.takkan duit iklan x ckup?

    0

    0
  7. hijau says:

    bodolaa iklan dove ni.semakkkkk

    0

    0
  8. Selasih Rindu says:

    whatever la…aku cuma nak luahkan yg aku meluat n menyampah gile kat si adira mayat hidup & suami romantiknya dato seri pared longkang busuk tu…

    0

    0
    • anon says:

      laa….artikel ni psl hafiz, kenapa pulak keluar cite adira ni, taulah ko busuk hati dengki kat dia……tak baik dengki2. Dah mmg jodoh dia nak wat camne.

      0

      0
  9. Xboley baca says:

    Bangang betoi iklan dove mengganggu

    0

    0
  10. dora says:

    ok lps ni blh kendong dukung byk2…apapun tahniah & lawa bini hafiz

    0

    0
  11. gb13 says:

    menyemak betol lh aku tengok watermark dia org ni…perlu ke ko nk letak watermark besa2 kt tengah2 gamba…letak kat bawah je sudah lhh…btw congrats apis & effy

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Tahniah hafiz…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    macam tunku aminah la plak.. beautiful!

    0

    0
  14. minah sempoi says:

    masa aku kawin dulu aku pun sgt gembira. tp takdela terkinja camni masa org tangkap gamba. bawak bertenang hafiz. lulz. apa2 pun wife awk mmg manis orgnye :-)

    0

    0
  15. Kodie says:

    Over sangat expression si Hafiz ni. Ibarat Ogy versi lelaki

    0

    0
  16. zazs says:

    tahniah hafiz n isteri. Buat yg mengata apiz ni overacted, nak watcamna…mmg perangai dia camtu..klu tgok sikap afiz dr dulu mmg mcmtu..jenis yg suka ketawa mulut msti besar, gg msti nmpk. Kt pun bukan sempurna jg..jd terima je la..hehe

    0

    0
    • Anonymous says:

      aah perangai hafiz memang macam tu..tapi yang buat aku salute bila masuk bab soalan yang serius dia jawab dengan tertib dan ada isi..takdela macam sesetengah orang tengok perangai proper tapi otak kosong

      0

      0
  17. Anonymous says:

    Pls la….jgn samakan dgn sape2. She s pretty…but picture pretty. Tak yah nak kagum sgt. Moga both of u bahagia till Jannah.

    0

    0
  18. Linzy Longkang says:

    I tak berapa minat sgt laa ngan Hafiz nih mcm trying too hard, tapi suara okay gak, Akim lagi best nokkk

    0

    0
  19. miss jemah says:

    xley blah watermark tu..letak kecik2 kt tepi sudah…over sgt dh tu..gnggu org nk tngok gmbr pengantin..bukan nk tngok watermark tu..btw tahniah hafiz n wifey…lawa ijau tu..bole inspirasi nie..hihihi

    0

    0
  20. Anonymous says:

    tahnia hafiz….. dapat isteri saudara sendiri, sebangsa, senegeri tidak banyak komen dari haters…… yang kesian marsha, stacy akan datang pula Bella sudah lah keluarga berkorban, tukar agama lain kena kutuk, di media

    0

    0
  21. kunta kinte says:

    macam beruk lah si bangang ni.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    guys, it’s his wedding day. Biar la dia nak happy on wedding day dia. nak ternganga ka nak over ka. bini dia tak cakap apa pun boleh ja terima dia korang nak over kenapa. LOL bye.

    0

    0