3 Jenama Jam Tangan Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Terkenang Zaman Kanak-Kanak

Hiburan

3 Jenama Jam Tangan Ini Pasti Akan Membuatkan Anda Terkenang Zaman Kanak-Kanak

Abang Nara bukanlah seorang yang gemar memakai jam tangan. Ada beberapa orang rakan Abang Nara mempunyai koleksi jam yang begitu banyak sekali. Kata mereka, jam melambangkan keperibadian seorang lelaki. Abang Nara bersetuju dengan pendapat mereka. Abang Nara bukanlah tak ada duit nak beli jam, tetapi setakat ke hari ini, masih tak ada jam yang mampu memikat jiwa ini.

mem watches

Advertisement

Kali terakhir Abang Nara mengenakan seutas jam di tangan ini ialah ketika menerima hadiah daripada wife. Lepas itu memang tak pakai dah. Namun Abang Nara masih ingat dengan jelas beberapa jenis jam yang begitu popular ketika Abang Nara kanak-kanak dulu. Semua jam-jam ini Abang Nara pernah guna masa kecil dulu. Antaranya ialah:-

1. Jam tangan Boy London

mem watches

kredit gambar DuniaJam

Pergh ini memang klasik tahap tertinggi nie. Kalau ada jam Boy London nie, memang terasa macam up sangat-sangat. Mungkin disebabkan nama ‘London’, Abang Nara terasa macam omputih setiap kali mengenakan jam ini. Speaking pun terus ada loghat London. Hehehe.

2. Jam tangan G Shock

mem watches

G Shock memang menjadi kegilaan kanak-kanak zaman Abang Nara. Ada yang sampai menangis merayu-rayu minta mak ayah belikan. Iyerlah, orang lain semua ada. Masa tue sesiapa yang G Shock dikira satu geng. Yang tak ada habis kena pulau. Kalau yang pompuan pula pakai Baby G. Fuh!!!

3.Jam tangan Casio water resist

mem watches

Kehebatan jam tangan Casio ini tak lain tak bukan ialah sebab water resistnya. Abang Nara ingat lagi balik kampung kitaorang siap try letak jam Casion ini dalam beberapa jenis gelas untuk menguji sejauh mana ketahanan airnya. Nasib baiklah tak rosak. Kalau rosak mahu kena balun ngan ayah. Hehehe.

Mesti korang tengah tersenyum kambing teringat kenangan lama kan? Jam tangan zaman kanak-kanak dulu ada KEUNIKAN serta KEISTIMEWAAN yang tersendiri sehingga kita boleh ingat sampai bila-bila. Susah nak cari keunikan dan keistimewaan itu di jam tangan zaman sekarang ini. Semuanya hampir lebih kurang sama. Namun baru-baru ini kelainan jam tangan MEM Watches berjaya mencuri perhatian Abang Nara.

mem watches

MEM Enigma yang memukau

Ok cuba korang perhatikan betul-betul gambar jam MEM di atas. Ada nampak tak sesuatu yang berbeza berbanding jam-jam lain? Tak nampak? Hmmm. Ok satu lagi gambar jam tangan MEM untuk korang perhatikan betul-betul perbezaannya.

mem watches

MEM Braune – nampak tak perbezaannya?

Ha nampak tak? Ya betul, nombor-nombornya berada di susunan terbalik dengan jam-jam yang biasa kita lihat. Nombor 12 tetap berada di tengah, namun ke kanannya ialah nombor 11, bukannya 1 seperti jam-jam lain. Inilah keunikan dan keistimewaan jam tangan MEM Watches. Ia bergerak secara berlawanan arah jam iaitu ke kiri, bukannya ke kanan. Kalau dalam bahasa omputihnya, pergerakan jarum jam tangan MEM Watches adalah secara counter clockwise (dtulis sebagai +clockwise)

MEM Watches

ini pun MEM Braune juga

Cool bukan? Selain itu, apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah beberapa jenis jam tangan MEM Watches menggunakan nombor dalam bahasa Arab. Serius smart sangat-sangat. Malah designnya pun boleh tahan cantik jugak. Senang cakap, bukan sekadar unik dengan pergerakan counter clockwisenya, jam tangan MEM Watches juga mempunyai kecantikan dan ke’smart’aannya yang tersendiri.

MEM Watches

logo pun dah smart, inikan pula jamnya

Ok mesti ada yang cakap apsal poyo sangat nak jarum tue gerak +clockwise. Ikut yang normal cukuplah. Persoalan anda adalah wajar. Abang Nara tertanya-tanya juga kenapa nak +clockwise bagai. Baca punya baca, rupa-rupanya inspirasi ini datang daripada perkara-perkara positif sekeliling kita. Contohnya bumi bergerak mengelilingi matahari, umat Islam melakukan tawaf dan gelombang elektromagnet pun bergerak +clockwise. Jadi daripada sini MEM Watches ini mahu mempromosikan nilai-nilai positif dengan menggunakan +clockwise di dalam jam mereka.

mem watches

MEM Ocean Pair

MEM Watches didatangkan dengan jaminan selama 1 tahun. Rekaannya bersesuaian dan disediakan untuk lelaki dan perempuan. Abang Nara dah ushar dah koleksi yang ada di www.mem-watches.com. Banyak yang cantik-cantik dan smart smart. Abang Nara dah terbayang kekacakan diri ini bertambah 10 kali ganda apabila mengenakan jam tangan MEM Watches ini

logo

macho gila beb

logo

fuh.. Ensem sangat payah plak ramai awek nak ngorat

Satu lagi perkara yang Abang Nara suka tentang MEM Watches ialah harganya yang sangat reasonable. Tak mahal pun untuk kualiti dan keunikan yang diberi. Abang Nara ingatkan cecah ribu-ribu ringgit, rupa-rupanya tak. Malah khas untuk pembaca BeautifulNara, MEM Watches nak bagi diskaun special buat anda.

Sekiranya anda membeli koleksi Karlene Nude dan Karlene Brown di www.mem-watches.com , sila gunakan voucher kod “BNARA10” untuk dapatkan diskaun 10% (sah sehingga 8 November ini). Karlene Nude dan Karlene Brown nie memang sesuai untuk wanita-wanita di luar sana. Confirm lagi terserlah keayuan dan kejelitaan. Bolehlah minta suami, pakwe, tunang, adik, abang atau ayah korang hadiahkan.

mem watches

MEM Karlene Brown, fuh. Menggoda!

mem watches

hadiahkan kat wife MEM Karlene Nude nie mesti dia suka

Abang Nara tak sabar nak tunggu tahun 2016 sebab katanya akan ada banyak lagi koleksi baharu. Persoalannya, adakah anda berani untuk berinspirasi dan menjadi seorang yang berbeza dengan menggayakan jam tangan +clockwise MEM Watches? Layari www.mem-watches.com dan juga Facebook MEM Watches untuk melihat lebih banyak koleksi mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...