Written by AbangNara | June 19th, 2015

Selaku seorang ayah kepada anak lelaki yang telah berusia 3 tahun lebih, memang banyak aktiviti yang perlu dilakukan bersama-sama untuk ‘bonding’. Anak lelaki ini tenaganya luar biasa sikit. Aktif tak ingat. Pagi petang siang malam memang nak main je kerjanya. Antara aktiviti kegemaran anak Abang Nara si Aariz tue ialah:-

1. Main basikal

panadol superhero

Pukul 5 setiap petang Aariz akan membuat muka manjanya di depan pintu sambil menuding jarinya ke basikal. Kadangkala kalau Abang Nara buat tak layan, Aariz akan speaking London ”I want to ride bicycle Papa”. Seronok dia bila dapat keluar mengayuh basikal. Berpeluh satu badan. Abang Nara pun turut sama berpeluh sebab berlari-lari anak mengejar Aariz

2. Main bola
panadol superhero

Yang ini Abang Nara suka kalau Aariz ajak. Cita-cita Abang Nara memang nak pastikan Aariz jadi pemain bola sepak profesional. Jadi kalau dia ajak main tendang-tendang bola, Abang Nara yang excited lebih. Boleh tahan juga si Aariz nie menendang. Dua-dua belah kaki boleh guna. Tendangan pun padu juga.

3. Mandi manda di swimming pool

panadol superheroSeminggu sekali Abang Nara akan cuba membawa Aariz berenang di swimming pool berdekatan rumah kitaorang. Dia punya excited sampai tahap tak nak balik. Suka betul main air. Gaya terjun tiruk Aariz memang boleh mengalahkan Pandalela Rinong. Ada sekali tue berlagak betul taknak pakai pelampung. Sekali tue lemas. Heheh. Abang Nara gelak je.

Memang banyak tenaga yang diperlukan untuk melayan gelagat Aariz. Itu belum kira si adiknya Arissa yang tiba-tiba menghilang. Tup-tup tengok dah tengah panjat tangga. Memang berlarilah Abang Nara pergi ambil Arissa. Kalau tergolek tak ke sedih? Seharian melayan karenah Aariz dan Arissa memang penat tahap Gaban. Namun itulah tanggungjawab seorang superhero bergelar ayah. Tak gitu?

panadol superhero

Ada sekali tue Aariz dah beria siap nak pergi mandi swimming pool. Abang Nara pun memang dah janji nak bawak dia. Sekali tue kepala pening berdenyut tak ingat punya. Terbaring je Abang Nara kat atas sofa. Si Aariz dah buat muka sedih sebab ayahnya macam dah lupa janji. Kesian la plak. Terus Abang Nara telan 2 biji Panadol Actifast. Setengah jam kemudian, kesakitan hilang dan kami berdua pun bergembira mandi manda di swimming pool.

panadol superhero

Demi 2 buah hati pengarang jantung Abang Nara ini, setakat sakit-sakit kepala sikit tue terus telan Panadol Actifast je agar dapat luangkan masa bersama mereka. Jangan kerana taknak makan ubat, anak-anak terasa kita tak ambil peduli kat diorang. Masa kecik nielah nak spend time together betul-betul. Dah besar nanti diorang sibuk ngan kawan-kawan dan pakwe/makwe. Heheh. Tak gitu? Apa pula yang korang selalu lakukan bila sakit kepala datang menjelma?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to 3 Aktiviti ‘Bonding’ Yang Sering Abang Nara Lakukan Bersama Aariz

  1. gembil says:

    abg nara dok umah 24 jam boleh la n keje pon byk copypaste,layan anak byk masa..
    tapi tumpang gembira melihat abg nara happy bersama family
    selamat berpuasa abg nara………..

    1

    0
  2. ANon says:

    Cantek tangga rumah abang Nara..anak2 pon cute!!

    0

    1
  3. Anonymous says:

    Abg Nara…panadol berbahaya jika makan berterusan..jgn amalkan..klu sakit kepala cube mandi dan gosok limau nipis pada kulit kepala atau amalkan minum air lemon di awal pagi..

    0

    0
    • dlm diam ada makna says:

      ala…faham2 jela..die nak promote panadol tu je sbnrnye…tp buat la krgn sikit psl ank beranak die…mcm le kite tak taw…

      0

      0
  4. Zinnirah says:

    Citer panjang2 last2 point nya suruh mkan panadol.
    Panadol is not good..takut slalu sgt mkn panadol,10 tahun akan datang tak dapat main ngan anak dah.
    Haaha

    0

    0
  5. cik mek molek says:

    Abg nara,,,, post la gmbr anay yg senyummm. ni asik muka mcm xde mood je. hehehe

    0

    0
    • comel je says:

      Hahhaha. Anak abg nara mcm anak sedare aku, tiap kali amek gmbr mesti mcm x ada perasaan. Nsb baik bdk lg, klau remaja posing cmtu mesti ala2 hero drama tiada perasaan beraksi budget cool kekdahnya.

      0

      0
  6. cik mek molek says:

    Abg nara,,,, post la gmbr anak yg senyummm. ni asik muka mcm xde mood je. hehehe

    0

    0
  7. renasydney says:

    main basikal pun atas jalan…
    untung aku d Australia, ada bike park, ada tmpt pejalan kaki..taman permainan berpagar…cuba Msia buat mcm ni…

    0

    0
  8. Bukan rita rudaini says:

    ‘Cita-cita Abang Nara memang nak pastikan Aariz jadi pemain bola sepak profesional’.

    Kesian aariz kena ikut cita cita bapak yg telah diaturkan utknya sejak kecil :'(

    0

    0
    • Mak Jemah says:

      mende ko merepek ni???
      kn abg nara cakap 3perkara “bonding” ngan ank2!
      lain kali baca caption betul2…
      tetibe je betukar jadi cite cita2 yg diatur…mende la ko ni!!!
      puasa2 ni jgnla bg komen bodoh ye Bukan Rita Rudaini…

      0

      0
  9. ntah says:

    Abg Nara, spatutnya sakit kpla sikit2 tu berdoa pd Allah spaya disembuhkn sakit tu.. Bkn Trus telan drug.. Aduii..

    0

    0
  10. Kak kiah kain batik says:

    Alhmdulilah ..
    Takat layan cerita artis tulis blog pun blh kaya mcm ni.,
    Ni la pekerjaan modern pat msia.

    Zaman AR BADUL takde lagi blog blog cam ni.

    0

    0
  11. melor says:

    Nara kalau cite mcm ni bagus la walaupun iklan. Entry lain yg penuh gamba2 iklan tu aku nyampah. Yg ni bagus.kipidap

    0

    0
  12. entah says:

    Hahahahahahqhhq

    0

    0
  13. Lovely moment with family.
    Princess Diana once said, “Family is the most important thing in life”.

    Good papa :)

    0

    0