250 Rakuten Super Points PERCUMA Untuk Pembaca BeautifulNara

Hiburan

250 Rakuten Super Points PERCUMA Untuk Pembaca BeautifulNara

Salah satu sebab utama Abang Nara gemar membeli-belah di http://www.rakuten.com.my ialah kerana kewujudan sistem Rakuten Super Points (RSP).

rakuten super points

Advertisement

RSP ini adalah satu program ganjaran daripada Rakuten sebagai satu cara mengucapkan terima kasih buat para penggunanya. Apa yang paling awesome ialah 1 RSP bernilai RM1. Kira 1 to 1 lah exchange rate yang diberikan.rakuten super points

Ok macam mana cara nak dapatkan RSP ini? Senang je sebenarnya. Setiap kali anda membuat pembelian di http://www.rakuten.com.my, tak kira apa jumlahnya, akan ada nilai RSP yang akan diberikan. Paling penting anda perlu tahu ada 2 jenis RSP iaitu regular dan juga limited.

rakuten super points

Ok jom kita tengok contoh. Katakan Abang Nara membuat pembelian bernilai RM900. Jika ia pembelian biasa (tanpa sebarang kempen RSP), maka Abang Nara akan dapat 9 RSP. Namun katakanlah ada kempen 10 X RSP, Abang Nara akan dapat 90 RSP yang bernilai RM90. Banyak kan tue?

rakuten super points

Best kan RSP nie? Inilah kelebihan Rakuten Malaysia yang tidak dimiliki oleh mana-mana laman web lain. Khas untuk pembaca BeautifulNara, Rakuten ingin memberikan 250 RSP (bernilai RM250) kepada anda semua. Caranya teramatlah mudah. Hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Kalau saya dapat 250 Rakuten Super Points”, saya akan beli…”. Syarat wajib untuk menyertai peraduan mudah ini ialah korang kena menggunakan email yang berdaftar dengan Rakuten Malaysia. Kalau belum daftar, sila buat pendaftaran dengan klik di sini. Tak sampai seminit dah siap dah daftar.

Senang kan? Kalau korang tak tahu nak beli apa, jangan risau sebab di www.rakuten.com.my ada lebih 200,000 produk dengan 800 peniaga. Macam-macam kategori ada. Ada fesyen, ada barang elektronik, ada barang kanak-kanak, ada produk kecantikan, ada peralatan rumah dan macam-macam lagilah. Memang rambang mata dibuatnya. Untuk memudahkan anda, Abang Nara shortlistkan beberapa produk yang akan Abang Nara beli sekiranya memenangi 250 RSP ini.

1. Drypers untuk Arissa dan Alara

rakuten super points

First thing first mestilah belikan stok Drypers untuk anak-anak tercinta. Hehehe. Abang Nara dah pernah beli dulu. Memang laju penghantarannya. Harga pun lebih murah berbanding beli di luar. Berbaloi-baloi.

2. Powerbank untuk charge bateri handphone

rakuten super points

Sebelum ini Abang Nara dah ada 2,3 power bank. Tapi semuanya dah rosak. Kali ini Abang Nara nak beli yang mahal sikit. Biar tahan lama. Sekali beli tak payah beli lagi. Dengan 250 RSP percuma dari Rakuten Malaysia, Abang Nara hanya perlu tambah RM6 sahaja untuk dapatkan power bank IWO P48 nie. Tiada lagi masalah bateri habis tiba-tiba.

3. Jubah Abaya untuk isteri tercinta

rakuten super points

Walaupun kena tambah RM100 untuk beli Abaya ini, Abang Nara tak peduli semua itu. Sekali sekala beli untuk wife apa salahnya kan? Cantik pun cantik Abaya dari Sara Imani nie. Bini cantik, hati senang. Hehehe.

4. Minyak wangi sempena tahun baru
rakuten super points

Tahun baru, minyak wangi pun kenalah baru. Heheh. Tapi ini bukan Abang Nara lah. Untuk wife je. Abang Nara memang dah sejak azali wangi. Gucci Guilty nie memang semerbak harum. Bau terbaik. Sesuai sangat untuk memikat suami.

Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang boleh diperolehi dengan 250 RSP di http://www.rakuten.com.my. Anda boleh pilih satu item bernilai sekitar RM250 atau boleh gabung 2,3 item. Ikut suka hati dan kemampuan anda. Lagi best, kalau anda buat pembelian hari ini, RSP yang akan diperolehi adalah 15X. Banyak gila penjimatan boleh dilakukan. Terbaik!!!

rakuten super points

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa sertai peluang untuk memenangi 250 RSP dari Rakuten Malaysia. Diingatkan sekali lagi yang anda perlu mendaftar terlebih dahulu di sini sebelum menyertai peraduan mudah ini. Sambil-sambil tue, jangan lupa layari http://www.rakuten.com.my. untuk melihat promosi akhir tahun yang sedang rancak dilangsungkan. Selamat membeli belah. Abang Nara kepilkan sekali lagi form penyertaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...