Written by serenity | October 22nd, 2011

Filem Hidden, yang menjalani penggambaran di Malaysia pada tahun 2007, hanya menjalani tayangan di sini Khamis lalu, dan menurut khabarnya Erra Fazira sendiri tidak mengetahui filem itu sedang ditayangkan. Filem itu yang turut dibintangi oleh Christopher Atkins, hero yang muncul bersama Brooke Shields dalam filem The Blue Lagoon (1984).

Menurut MSN Malaysia, filem ini dalam bahasa Malaysia dan Inggeris -‘Hidden’ (‘Sorok’) turut dibintangi oleh Elaine Daly bersama Shawar Ali, Karlos, Shazad dan Shona. Ia dikategorikan sebagai filem seram dan diarahkan oleh seorang pengarah India, Sameet Badkar.

Erra Fazira berlakon sebagai Dian, seorang ibu yang risau tentang anaknya, Adam yang bertukar senyap dan telah mula mempunyai tabiat untuk menyorok. Setelah seorang asing memberitahu beberapa tempat mengundang bahaya kepada anaknya, Dian melarang anaknya dari meninggalkan sisinya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak Dian telah menyorok kembali secara tiba-tiba dan kematiannya juga tidak diketahui.

Ini pula treler penuh filem ini:

Korang boleh semak jadual tayangan filem ini di laman web Golden Screen Cinema. Layankan lagi 23 keping gambar dari filem Hidden dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit foto MSN Malaysia.

























50 responses to (24 GAMBAR)Hidden Lakonan Erra Fazira Mula Tayangan Khamis Lepas

  1. Willie Wonka says:

    Baru nk tayang ?? lama dh filem ni aku pun hampir2 terlupa pasal filem ni

    0

    0
    • anon says:

      wahh…nak tengok ni.macam besh.cuma 1 je yg x besh. kalo boleh, yg bikini tu tapis la..x sesuai untuk industri filem malaysia.

      0

      0
      • Plastic says:

        Hipokrit lagi..!!!! Filem kat Malaysia ni ayik kna tapis jer klau msuk kan..??? Kesian kat director yg bertungkus lumus berkarya but at the end, filem dia banyak yg kna potong..! Mcm ni ker media freedom kat MSA..???? Plez la buka pikiran skit. ASYIK KENA TAPIS JER FILEM, MANA CITA NAK JADI..!!!

        0

        0
    • Kakiwayang says:

      ya lo…cam promosi pun kurang la filem ni… tak tau menarik ka idak….tapi rasa gambar bikini tu mampu menarik pervert2 tegar utk menonton, eh silap, mungkin mendownload filem ini…=)

      0

      0
    • ummi says:

      muka erra pun dah lain skrg berbanding dgn gmbr kat atas ni..

      0

      0
    • secret says:

      jom2 tengok HIMPUNAN SEJUTA UMAT LIVE kat asyik TV. sila like. Secret pon tengah tengok live ni kt fesbuk. streaming baik, xde sangkot2. mantap.!!

      0

      0
  2. khalis says:

    yang berbikini tu memang babak dalam filem ke?berlemak sungguh gambar itu…

    0

    0
  3. Famili Ceria says:

    wow…cerita ni berlakon dengan orang putih…mesti best nie…menyeramkan…

    0

    0
  4. bukan nama sebenar says:

    mantop

    0

    0
  5. Wonka Dongka says:

    Tak tersenarai pon dalam imdb, huhu…pakai pelakon blue lagoon, dalam imdb Christopher Atkins pon xde cerita nih dalam senarai….ker utk tayangan Malaysia jer?? kui kui kui!!!

    0

    0
  6. aku hantu TV says:

    await aku xtau pon wujudnya citer ni ? iklan2 kat tv ker..mmg la aku hantu TV, tp akak aku, hantu wayang x de ckp pape lak =PP

    0

    0
  7. anon says:

    bang nara tak segan ke tayang gambar perempuan berbikini? malu lah sikit kat isteri tu. -.-“

    0

    0
    • serenity says:

      Bukan Nara yang tulis artikel ni. ^^

      0

      0
    • hantu says:

      ni la Msia, rilek la…baru berbikini dah kecoh, kalau xnak tgk yg berbikini tgk la filem apa tuh…nur kasih ker apa….hehe!!
      Tu belum tayang lagi tuh, karang silap2 kang ada yg kontroversi lak nape Erra ada kat kristian graveyard tuh??
      Ilek-ilek ajer ler!! :)

      0

      0
      • NasiBasi2.0 says:

        nilaaa penulis artikel ni…kahkahkah

        0

        0
      • bird says:

        betul2x. ni lah malysia, sal berbikini dalam film pun nak kecoh… daa taw ad babak nie asal gedix nak tonton gak. sal erra g kubur org kristian pun nk kecoh. Malaysia2x. obses sangt. masalhnya org yg obses 2, mulut kuang ajar, n xtaw dosa sendiri

        0

        0
  8. qeqeen says:

    lokasi rumah ahadiat akashah.. :D memang nmpk seram..

    0

    0
  9. Kak Nab says:

    Kak Nab rasa kita patut tgk dulu best ke tak? xtau la plak apa motifnya gabungkan m’sia ngan omputih nih…errkk…berbikini lagi…semoga industri perfileman kita semakin maju…

    0

    0
  10. ummi says:

    aku memang tak kan tengok la citer seram. huhu.. kecuali citer freddy krueger. tu pun kalau ada org teman.

    0

    0
  11. yuri says:

    elaine tu da masuk islam kan? nama dah jadi dahlia.. baek xyah convert agama islam klau mcm nie.. cemarkan nama islam..

    0

    0
  12. Shinichi says:

    Da tajuk filem pun Hidden,promo pun hiddenla,pandai2 la cari sendiri haha..

    0

    0
  13. lyn says:

    pliz be open mindedlah,don just think negative,sometimes people that use bikini are better than us that tutup everything.

    0

    0
    • orca1604 says:

      salah tu…tutup or xtutup kalau hati tarak baik..perangai mcm setan..xde kene mengena ngan tutup or xtutup..berbalik pada hati dan akidah+iman..hati bersih maka baik la die..hati busuk tutup ke or x mmg tetap xbaik.

      0

      0
    • weehoo says:

      salah tu dik. kalau org Islam , tutup aurat tu wajib. kalau yg tutup mcm tu, yg x tutup ape lagi. jawab lah kat akhirat nt ye. jgn marah ,ni nasihat ye.kata open minded.

      0

      0
  14. what the? says:

    sorry, muka erra sungguh tak komersial.

    ps: erra berlakon tak best spesies lisa surihani.

    0

    0
  15. Malisa says:

    erra berlakon jadi kristian ke dlm ni? asyik tayang salib kat kubur je..siap g kubur lagi..

    0

    0
    • Yang Benar says:

      weii…!!! Open minded skit. Bngsa lain blakon filem melayu siap jd plakon yg kena jd org muslim lg tu…apa hal..??? Jgn buruk sngka jer, This is just acting. Come on la…Erra pn sorg plakon jgak right..! slh ker dia blakon even dia pegang watak sbg org kristian..?Hakikatnya kta tau yg Erra tu org Mlayu n agama dia muslim.. Apa nak kecoh2..??? Pmikiran xda kelas..! Msh da juak org dtakuk lama..!

      0

      0
      • Nur says:

        Tp setahu sy walopun lakonan, agama xleh di buat
        Main. Agama lain xthu tp Islam mmg xboleh rsnye.
        Mcm lafaz cerai jg la. Betulkan sy jika sy silap.

        0

        0
      • orca1604 says:

        Even berlakon pon xleh la..islam kan dh larang..bkn psl pemikiran xde kelas ke ape..klau kaji balik agama islam kan agama yg open minded gak..tapi jgn lupe ade part agama islam jaga btul2 sbb xnak akidah dan pemikiran umat islam tunggang terbalik mcm zaman skang.boleh je open minded,tapi masih ade batas.part org bukan islam berlakon jadi islam tu hak mereka berdasarkan agama mereka..kalau agama mereka ckp xde salah maka xde la salah..kalau ade salah maka salah la.oh ya..melayu bkn bererti islam..Cina, india dan lain2 bkn bererti kafir..islam semua kaum blh anut :-)

        0

        0
      • kau ni bodoh la says:

        Kau ni bodoh la. Sapa la ajar kau subjek agama ni dulu? Atau kau belajar masuk telinga kiri keluar telinga kanan? Atau kau tak korek telinga masa belajar? Kahkahkahhhh

        0

        0
      • weehoo says:

        open minded open minded x habis2 modal korang. yg ckp tu open minded la dulu. yg lain tu,agama lain. Islam x boleh dik. hatta berlakon pun. berlakon berlakon jugak, agama Islam tetap no 1. Pmikiran xde kelas? ditakuk lama? nt nk jawab dgn Allah mcm tu ke? lain kali nk komen kaw2 tgk cite dulu, baru la tau erra blakon mcm mana.jgn main nk tuduh je yg lain pun.

        0

        0
        • aku says:

          agama tetap agama.
          tau x pejuang agama tokoh2 ulama dulu mati matian pertahankan agama.ni senang2 nak perlekeh berlakon sebagai org bukan islam..kau patut rasa insecure tau buat camtu..jgn sebab duit dan nk karekter berbeza sampai kau sanggup wat apa saja.. perkara lain bole open minded,tapi bab agama,kau kena tahu batas2nya..

          lu pk la sendiri.

          0

          0
        • aku xsuka propa says:

          org yg dislike komen aku ni,meh aku habaq mai,kalau hang yg dislike ni org islam kan,katakan kat sekolah ko,org paksa ko berlakon jadik penganut agama lain,ko kene berlakon attend funeral agama lain,ko xde rase pape ke..ko xde rasa takut ke dgn perbuiatan kau yg macam betray tu?aku cuma bg pendapat..bila bab agama,sebagai islam,jgnla terdetik walau sedikit pun untk meniru2 agama lain,takut perbuatan tidak sedar tu bole memesongkan akidah.walau hanya berlakon.

          0

          0
  16. aku says:

    cm besh je ceta ni..aku nk g tgk..korg y xsuka jgn nk kutuk2..yg penting filem or drama adalah lebih kepada fantasi dan hiburan…n lg 1 yg baik d jadikan panduan y buruk d jadikan sempadan..masing2 ada akal fikiran….nk tgk g tgk..klu xsuka jgn tgk..abis cerita…

    0

    0
  17. diana says:

    Cantiknye Erra kalau tak make up… Nampak mulus je… Suke tgk Erra. :D

    0

    0
  18. kay says:

    salam/selamat sejahtera. kalau pengetahuan agama anda sekadar suam2 kuku, sila jgn bagi comment di sini. Anda bukan saje menjelaskan pada pembaca lain tentang kelemahan anda dalam agama, tapi turut mengelirukan org bukan islam tentang pengetahuan Islam anda yg sgt cetek. berdiam diri adalah lebih baik apabila anda tidak mengetahui / kurang pengetahuan tentang sesuatu.

    0

    0
  19. east woman says:

    bkn ke filem nie wat pengambaran kat umah achdiat akashah penuliz novel tu kn?

    0

    0
  20. kelabu asap says:

    harap harap erra x cocok muka mcm kawan2 nya ..

    0

    0
  21. mat 3 suku says:

    harap harap erra x cocok muka mcm kawan2 nya ..

    0

    0
  22. robin says:

    berbikini ok lh, sekrurang kurang ny ada cover juga.
    korang ni cakap macam tak pernah tengok perempuan bogel dalm internet

    0

    0
  23. edi lentok says:

    kenape perlu org islam berlakon di tanah perkuburan kristian?

    0

    0