Written by Bella | October 20th, 2017

Sudah membuat penjelasan berikutan segala kontroversi antara hubungannya bersama Shahir, kini Mona tidak mahu lagi ada kaitan dengan penyanyi tersebut. Mona meminta Shahir menjauhkan dirinya dan tidak lagi mengganggu rakan-rakan beliau.

Menurut Mona, beliau kini sudah mempunyai kekasih baru yang merupakan seorang pemain bola sepak.

Saya tak mahu dikaitkan dengannya lagi selepas ini. Jangan ganggu kawan saya lagi atas apa alasan sekalipun. Malah selepas muncul di FB Live Harian Metro, dia ada hubungi saya. Tapi saya tak angkat. Sebulan lalu memang kami ada keluar bersama. Tapi kini saya sudah ada kekasih baru, seorang pemain bola.

Pada masa yang sama, Mona juga berharap hubungan Shahir dan Erra yang sememangnya diketahui ramai tidak akan terjejas  dengan kontroversi mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 20th, 2017

Sedang trending kini berita “hubungan” mesra Datuk Seri Vida bersama pembantu peribadinya yang muda dan kacak, Ahmad Iqbal Zulkefli. Hampir setiap hari netizen ingin mengetahui cerita terbaru mereka berdua. Malah, Cik B juga mengikuti isu semasa ibunya itu dan kurang gemar melihat perhubungan Datuk Seri Vida bersama Iqbal yang dirasakan cuma igin meraih perhatian ramai.

Walaubagaimanapun, ibu kepada Iqbal, Maznuni Che Yusof menerusi portal BH ONLINE berkara, beliau tidak menghalang sekiranya anak lelakinya itu ada jodoh dengan Datuk Seri Vida.

Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah. Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana.

Dalam pada itu, Iqbal yang menerima pelbagai komen daripada netizen sejak gosip bersama Datuk Seri Vida tersebar menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau hanya ingin mengambil kesempatan terhadap jutawan kosmetik tersebut. Iqbal juga tahu keluarga Datuk Seri Vida juga tidak menggalakan wanita itu untuk berkahwin selepas sudah gagal sebanyak tiga kali dalam rumah tangga sebelum ini.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

Written by Bella | October 20th, 2017

Gara-gara merasa tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya, Shahir menerusi akaun Instagramnya menyatakan hasrat beliau untuk menarik diri daripada pentas akhir AF Megastar 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.

Menurut Shahir, ada pihak yang cuba ingin menghancurkan kariernya yang baru sahaja ingin naik semula selepas tiga tahun beliau menyepi daripada industri hiburan Malaysia.

Kontroversi Shahir dan bersama seorang pramugari, Mona mula diperkatakan apabila foto mesra mereka berdua tersebar di Internet. Bagaimanapun, Shahir menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Mona dan wanita itu cuma peminat beliau sahaja.

Walaubagaimanapun, Mona tampil memberikan kenyataan balas mengatakan mereka sudah berkenalan selama sebulan dan kerap juga keluar bersama. Mona  juga semalam turut tampil dengan bukti perbualan romantik mereka berdua di WhatsApp.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 20th, 2017

Kontroversi penyanyi Shahir bersama seorang pramugari, Mona Samsudin cukup hangat diperkatakan minggu ini. Ramai yang ingin tahu status sebenar hubungan mereka kerana kenyataan Shahir dan Mona bercanggah. Shahir menafikannya manakala Mona pula mengatakan mereka sememangnya rapat dan terasa hati apabila Shahir memberitahu pihak media yang beliau hanya seorang peminat.

Turut terkena tempias kontroversi tersebut adalah Erra Fazira yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Shahir. Menerusi portal BH ONLINE, Erra nampaknya tidak mahu mengulas panjang mengenai isu tersebut cuma berharap agar Shahir dapat bertanggungjawab menyelesaikan kontroversi bersama Mona.

Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini. Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan.

Erra juga tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai hasrat Shahir yang mahu memperisterikan beliau pada awal tahun depan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 5 of 29« First...34567...1020...Last »