Written by AbangNara | September 27th, 2017

Sebenarnya Abang Nara agak kecewa apabila nama Mawi tidak tersenarai di dalam senarai peserta yang menyertai AF Megastar. Bagi Abang Nara, Mawi adalah juara AF yang paling hebat. Masih teringat lagi betapa besarnya gelombang Tsumawi yang terhasil ketika Mawi menyertai Akademi Fantasia musim ketiga. Itulah satu-satunya musim di mana Abang Nara dan keluarga mengeluarkan duit untuk mengundi. Hanya untuk Mawi undian kami. Mawi adalah World!!!
mawiHarapan Abang Nara untuk melihat Mawi beraksi di AF Megastar nampaknya tidak kesampaian. Ini bermakna gelombang Tsumawi tidak akan hadir buat kali kedua. Namun Mawi mempunyai alasannya tersendiri mengapa dia tidak menyertai AF Megastar. Kata Mawi:-

Bertanding seperti konsert mingguan AF memang tertekan, sama seperti peluang ke final Anugerah Juara Lagu. Ibaratnya setiap minggu kita akan melaluinya dan saya sebenarnya sudah sampai ke fasa yang mahu menyanyi lebih rileks dan tenang. Tidak mahu terlalu stress. Selain itu, saya juga terikat dengan komitmen bisnes dan radio baharu di bawah Astro yang akan mula bersiaran pada bulan Oktober. Jadi, saya perlu fokus satu persatu kerana bimbang konsentrasi saya terjejas.

Untuk mencari gelombang kedua Tsumawi bukan mudah sebab ketika AF 12 tahun lalu pun ia tidak dirancang dan terjadi dengan sendirinya. Ini bukan 2005, saya tidak fikir akan ada gelombang kedua Tsumawi sebab peminat saya pun sudah beralih generasi.

mawi

Mawi juga memaklumkan dia tidak akan menyertai program AF Megastar sekiranya ia akan diadakan untuk musim kedua. Kesimpulannya memang kita tidak akan dapat melihat kelibat Mawi beraksi di atas pentas Akademi Fantasia sekali lagi. Secara jujurnya ia adalah satu keputusan bijak daripada Mawi. Masa kegemilangannya pun sudah berakhir. Sudah tiba masa untuk Mawi menumpukan perkara-perkara lain yang jauh lebih bermanfaat. Tak gitu? Apa pun, Mawi World!!! Sumber Astro Gempak.

Written by AbangNara | September 27th, 2017

Memang bak pinang dibelah dua sungguh Fattah Amin dan Nur Fazura ini. Sama cantik sama padan. Sedap mata memandang. Kedua-dua pelakon ini telah diraikan di dalam satu majlis “birthday bash” di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Fattah Amin. Majlis ini diberi nama Fattzura Birthday Bash. Memang sweet sangat-sangat kan?

fazura fattah amin

Abang Nara pasti peminat Fattah Amin dan Fazura mendoakan agar mereka berdua akan disatukan di dalam kehidupan sebenar, bukan sahaja di dalam drama. Secara jujurnya, Abang Nara pun suka kalau mereka berdua berkahwin. Confirm akan jadi Wedding of The Year. Apa pun, sama-samalah kita nantikan perkembangan perhubungan mereka.

fazura fattah amin

Lagi beberapa gambar sekitar Fattzura Birthday Bash dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Leeyana.

 
Written by serenity | September 27th, 2017

Fatin Afeefa, bekas isteri pelakon Adam Shahz memberitahu bahawa terdapat kemungkinan dia bercerai dengan Adam akibat sihir pemisah yang dihantar kepadanya.
Bercerita kepada mStar Online, Fatin mendakwa mengalami sakit yang tidak dapat dikesan puncanya oleh doktor perubatan di hospital:

Sebelum ini saya ada mengalami muntah-muntah. Waktu malam dalam pukul 12 pula mesti saya tak boleh bangun.

Malah apabila ke hospital doktor pun tak boleh kesan penyakit saya kerana tidak tahu apa puncanya.

Buat masa sekarang, saya dalam proses berubat dan berulang alik ke Pusat Perubatan Islam Darussyifa seminggu sekali.

Fatin memberitahu, perawat Islam yang merawatnya mengatakan seseorang telah menghantar sihir pemisah kepadanya:

Ramai orang yang tegur pasal perubahan berat badan saya yang sangat ketara.

Sebelum ini berat dalam lingkungan 45 hingga 46 kilogram. Namun, sekarang berat saya dalam 39 kilogram sahaja.

Sebelum ini, Adam mendedahkan melalui sebuah portal hiburan Ahad bahawa dia sering sakit-sakit badan kerana sihir yang dihantar seseorang.

Hasil perkahwinan mereka memiliki dua anak, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.

Sebelum ini juga, pasangan ini pernah terpalit dengan skandal orang ketiga Adam Shahz yang menimbulkan kontroversi.

Adam, 35, menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling setelah Fatin memfailkan perceraian. – beautifulnara.com

Written by serenity | September 27th, 2017

Afdlin Shauki kini bergelar Datuk Afdlin Shauki kerana beliau ialah antara 155 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, lapor Utusan Online.

Penganugerahan itu telah dihebahkan oleh Afdlin di laman Instagramnya dan mendapat lebih 7,000 likes dan lebih seratus komen. Ujar Afdlin:

Alhamdulillah, kena pada masanya kerana saya baru sahaja me­nubuhkan Yayasan Af­dlin Shauki supaya kerja amal yang dilakukan lebih teratur dan tertib.

Penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata memandangkan ada bidang lain juga diberi perhatian kerana saya sentiasa melibatkan diri dalam kerja amal.

Dalam pada itu, ada pihak yang mempersoalkan mengapa Afdlin menerima anugerah tersebut kerana dia hanya seorang anak seni. Afdlin berkata ia terpulang pada citarasa masing-masing:

Saya rasa mereka yang memilih mempunyai sebab tertentu dalam pemilihan siapa yang hendak dianugerahkan darjah atau pingat.

Saya lihat gelaran ini sebagai pendorong untuk mening­katkan kerja amal, saya pun hanya dimaklumkan ming­gu lalu.

Di samping itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang terkenal sebagai pengasas produk D’Herbs berkata dia tidak menyangka akan menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang dikurniakan de­ngan membawa gelaran Datuk Seri:

Ia menjadi kenangan manis buat saya dan isteri. Dalam usia 30 tahun, saya berharap anugerah ini menjadikan saya sekeluarga lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan.

Dalam pada itu, ada sesetengah pengikut mendakwa kini mereka faham mengapa Afdlin lantang membidas Zizan Razak yang menimbulkan kontroversi berkenaan jenaka ‘Datuk beli’ nya semasa mengacara di malam Festival Filem Malaysia yang baru berlangsung.

afdlinanugerah

Sekalung tahniah diucapkan buat Afdlin dan Aliff Syukri.-beautifulnara.com

Page 4 of 27« First...23456...1020...Last »