Written by AbangNara | September 29th, 2017

Memang lama tak dengar perkembangan terkini pelakon jelita Maya Karin. Sepi tanpa sebarang berita. Kelibatnya di dalam majlis-majlis hiburan pun memang tidak kelihtan langsung. Setelah sekian lama menghilang, Maya Karin kini kembali bergandingan dengan Remy Ishak di dalam teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka. Menariknya, Maya Karin memaklumkan ketidakhadirannya di dalam majlis-majlis hiburan tanah air adalah kerana sudah berasa bosan dengan kehidupan dunia glamor sebagai selebriti.

maya karin

Bagi Maya Karin, kehidupan sebagai seorang selebriti yang dipenuhi glamor tidak mencerminkan dirinya yang sebenar. Maya Karin merasakan itu semua sebagai satu bebanan kerana dirinya yang sebenar adalah seorang yang ringkas dan gemar melakukan aktiviti lasak. Kata Maya Karin:-

Pada sesetengah orang bangun pagi dan bersiap untuk kelihatan cantik adalah perkara menyeronokkan tetapi pada saya ia macam terpaksa. Saya sebenarnya bosan dengan glamor kerana saya lebih gemar lepak di kedai mamak, berkebun atau melakukan aktiviti lasak tanpa perlu saya kelihatan cantik pun! Pendek kata saya lebih gemar menjalani kehidupan biasa seperti orang lain walaupun saya adalah selebriti.

Dulu memang banyak jemputan untuk pelbagai acara tetapi kerana sudah banyak kali saya tolak mereka pun sudah bosan. Sekarang tidak ada jemputan mungkin kerana mereka dah malas nak jemput saya.

maya karin

Selebriti sepopular dan segah Maya Karin memang tidak perlu untuk melibatkan diri di dalam dunia glamor. Sebut nama pun orang dah kenal. Tak pergi mana-mana acara hiburan pun tak apa sebab sudah ada nama. Namun artis-artis baharu janganlah pula meniru apa yang dilakukan oleh Maya. Beliau berada di kelas tersendiri dan boleh melakukan mengikut kehendak hatinya. Apa pun, secara jujurnya memang sukar untuk hidup di dalam dunia glamor dengan setiap tingkah laku kita diperhatikan. Lagi senang jadi manusia biasa. Makan kedai mamak pakai baju tidur pun tak ada orang nak tegur. Memang indah dunia orang biasa kan? Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 29th, 2017

Percutian Neelofa ke luar negara baru-baru ini telah mencuri perhatian para netizen. Salah satu sebabnya ialah fesyennya dengan seluar jeans koyak yang telah menjadi topik perbualan orang ramai. Malah kelibat Neelofa yang mengenakan turban ketika menghadiri sebuah majlis juga turut mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat. Ada yang bersetuju, ada yang kecewa, ada yang mengkritik, ada yang memuji. Senang kata, apa sahaja yang digayakan oleh Neelofa ketika di luar negara baru-baru ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

neelofa

Kalau sebelum ini kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah tampil memaklumkan bahawa adiknya itu memakai “inner” berwarna kulit untuk jeans koyaknya, kali ini giliran Neelofa tampil untuk memberi penjelasan. Kata Neelofa:-

Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya. Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan

neelofa

Neelofa juga memaklumkan yang dia tidak akan sesekali membuka tudungnya seperti yang seringkali dilakukan oleh selebriti lain yang telah berhijrah. Persoalan ini timbul selepas Neelofa menggayakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali. Kata Neelofa:-

Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York.

Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana? Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya

neelofa

Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua selebriti. Apa sahaja yang dipakai, apa sahaja yang dilakukan, apa sahaja perkongsian akan menjadi bahan bualan orang ramai. Itu satu perkara biasa. Anggaplah ini semua sebagai cabaran dan jadikan ia satu perangsang untuk terus maju dalam kerjaya. Asalkan kita tahu apa yang terbaik buat diri kita, itu sudah cukup. Tapi janganlah sampai terang-terangan melanggar hukum agama. Apa pun, good luck and all the best kepada Neelofa. Terima kasih juga kerana telah mengharumkan nama Malaysia ketika berada di luar negara. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 29th, 2017

Jika anda ada menyimpan hasrat untuk mengorat Nur Sajat, lupakanlah sahaja niat murni anda itu. Pengasas kosmetik terkenal ini kini sudah bersedia untuk berkahwin dan bakal mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya yang sado iaitu Coach Yin. Mengikut perancangan Sajat, majlis perkahwinannya akan berlangsung pada tahun hadapan.

sajat kahwin

Coach Yin merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium. Jika sebelum ini hubungan mereka dirahsiakan, namun kebelakangan ini Nur Sajat sering memuatnaik gambar mereka berdua bersama. Walaupun begitu, Sajat tidak terburu-buru untuk berkahwin selagi “target” di dalam dunia perniagaan tidak tercapai. Kata Sajat:-

Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja. Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajela. Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan

sajat kahwin

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat Sajat bersanding di atas pelamin. Pasti meletup-letup bersinar dan marvelous Sajat di hari bahagianya kelak. Sama-samalah kita doakan agar segala perancangan Sajat berjalan dengan lancar. Tahniah Sajat.

Written by AbangNara | September 28th, 2017

Kehadiran pelakon cilik Mia Sara di Festival Filem Malaysia yang ke 29 baru-baru ini sememangnya mencuri perhatian ramai. Dah besar dah Mia Sara rupanya. Teringat dulu-dulu kecil comel je. Sekarang ini Mia Sara sudah meningkat dewasa dan semakin matang dalam penampilan. Namun begitu, gayanya di FFM29 telah dikritik oleh netizen kerana dikatakan memakai tudung singkat dan baju yang agak ketat.
mia saraSecara jujurnya Abang Nara nampak cantik, manis dan sopan je Mia Sara di FFM29. Tak adalah terdedah-dedah macam segelintir artis wanita lain. Lagipun dia masih budak-budak, apalah yang mencolok mata sangat. Namun biasalah bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Namun ayah Mia Sara mengambil langkah untukĀ  memohon maaf atas pakaian anaknya itu. Katanya:-

Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas.

Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum. Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu.

Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja.

mia saraAbang Nara respek dengan keterbukaan ayah Mia Sara kerana memohon maaf walaupun bagi Abang Nara ia bukanlah isu besar. Namun keprihatinan para netizen juga harus dipuji. Kritik itu tandanya sayang. Mungkin mereka tidak mahu melihat Mia Sara tersasar daripada jalan yang lurus. Semoga para netizen yang suka mengkritik itu pun tidak hanya menegur para selebriti, sebaliknya turut menegur kaum keluarga. Jangan sekadar hanya berani menjadi keyboard warrior. Sumber Mstar Online.

Page 2 of 2712345...1020...Last »