Written by serenity | September 21st, 2017

200 orang pembeli projek mini banglo yang dipasarkan oleh Datuk Norul Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman mendakwa telah ditipu. Ini kerana rumah yang dibayar dengan harga RM 60,000 masih tidak disiapkan selepas setahun bayaran dibuat.
vlcsnap-2017-09-21-12h50m05s126

Lapor Malaysia Gazette, bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka telah bertemu dengan Boy Iman semalam  namun Boy Iman sebagai wakil DBI Properties yang merupakan ejen pemasaran kepada syarikat pemaju Juta Kelulut Sdn Bhd juga mendakwa ditipu oleh skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 21st, 2017

Setelah menggugurkan Fathia Latiff ekoran masalah displin, pihak produksi drama La Luna telah pun memilih Zahirah Macwilson sebagai pengganti. Zahirah akan membawakan watak Luna iaitu heroin di dalam drama tersebut. Pengumuman tersebut telah dilakukan penerbit syarikat produksi Tenview Sdn Norazah Sahud kelmarin. Tahniah diucapkan kepada Zahira atas pemilihan ini.
zahirah macwilson
Menurut Norazah, Zahirah Macwilson dipilih kerana pelakon tersebut menepati watak Luna dan juga tidak mempunyai sebarang masalah displin. Untuk makluman, Zahirah kini sedang popular menerusi drama Duda Pujaan Dara, lakonannya bersama dengan Kamal Adli. Kata Norazah:-

Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi. Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berkenaan tahap disiplinnya dan mendapati setakat ini dia tidak menimbulkan masalah dengan mana-mana syarikat produksi.

Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti

zahirah macwilson

Untuk makluman, Fathia Latiff sebelum ini telah pun melakonkan 35 babak di dalam drama La Luna. Kesemua babak tersebut tidak dapat digunakan dan harus dilakonkan semula oleh Zahirah Macwilson. Semoga dengan pemilihan Zahirah, penggambaran drama ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tak sabar nak tengok drama La Luna ini nanti. Sama-sama kita nantikan. Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | September 21st, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Tauke Jambu yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan Disember ini. Tauke telah pun melangsungkan pertunangan dengan Nadia Mohd Affendi pada 5 Disember 2015. Majlis pernikahan akan dijalankan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terapat sahaja.

tauke jambu kahwin

Tauke juga turut berkongsi cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh pertunangan mereka. Kata Tauke:-

Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan. Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita. Kami juga melalui fasa pasang-surut dalam hubungan ini, tapi saya bersyukur Nadia seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika saya berhadapan dengan masalah.

Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya. Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja.

tauke jambu kahwin

Semoga perkahwinan Tauke kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi diucapkan. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | September 21st, 2017

Dikecam baru-baru ini kerana berbaring di dalam bathtub yang penuh dengan timbuna duit, Datuk Seri Vida inginkan video klip “I Am Me” mencapai taraf penyanyi antarabangsa seperti Taylor Swift. Untuk makluman, kos perbelanjaan membuat video klip ini mencecah RM1 juta. Ia memang satu angka  yang cukup mengkagumkan. Abang Nara rasa tak sabar pula hendak melihat hasil akhir video klip ini. Confirm meletup punya.

vida

Apa yang menyebabkan harga pembikinan klip itu mencecah angka RM1 juta juga, katanya, dilaburkan dalam pembelian barangan kemas yang ditempah khas semata-mata untuk dipakai dalam klip video arahan pengarah ternama, Ghaz Abu Bakar. Sementara itu kos produksi pembikinan klip video tersebut menelan belanja RM180,000 dan kos peralatan pula mencecah RM100,000. Kata Datuk Seri Vida:-

Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan. Se­nang cakap apa yang ditonjolkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terke­sima juga saya dengan komen-komen mereka itu.

Boleh dikatakan hampir 90 peratus netizen hentam saya kerana mereka tidak faham de­ngan konsep yang saya tonjolkan itu. Setiap kali saya buat sesuatu perkara mesti ada sasaran. Untuk klip video arahan Ghaz Abu Bakar itu saya mahu ianya capai taraf antarabangsa seperti penyanyi Taylor Swift.

Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu. Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya.

Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa.

vida

Semoga video klip “I Am Me” ini akan menjadi viral dan mendapat jutaan tontonan daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Pastinya hasil yang akan dipampangkan adalah berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Vida. Sama-sama kita nantikan. Sumber Utusan Malaysia.

Page 1 of 1912345...10...Last »