Written by serenity | August 9th, 2017

Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Julai 2017. Bayi itu diberi nama Mohamad Ayden Adrean.

image

Kecomelan Ayden bersama ibu dan bapanya telah diabadikan dalam set fotografi oleh The Photolicious.

 
Written by AbangNara | August 8th, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan juga Laudya Cynthia Bella yang bakal berkahwin pada pertengahan bulan depan. Sebelum ini Abang Nara pernah berkongsi ura-ura percintaan antara bekas suami Erra Fazira ini dan pelakon dari Indonesia ini. Ternyata ura-ura tersebut adalah benar belaka. Mereka berdua bakal disatukan secara sederhana di Kuala Lumpur secara terus tanpa mengikat tali pertunangan.

engku emran

Difahamkan Emran dan Laudya sudah berkenalan selama lima bulan sejak diperkenalkan oleh Nora Danish. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Semoga majlis perkahwinan anda berdua akan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi diucapkan. All the best and good luck.

Written by serenity | August 8th, 2017

Semalam, Afifah Nasir telah mengadakan satu sidang media untuk memberi kenyataan mengenai kontroversi dia dan pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama Izinkan Aku Menyintaimu, Aliff Aziz, diserbu isteri Aliff di sebuah pusat karaoke di Cheras. Berikutan kejadian itu, ramai telah mempersalahkan Afifah kerana membabitkan diri dan berseronok dengan suami orang.

image

Dalam sidang media itu, Afifah mengatakan dia hanya mengikut arahan pihak produksi drama yang dilakonkan oleh mereka untuk berbuat baik dengan Aliff bagi memujuk Aliff supaya lebih berdisiplin di set penggambaran. Ini kerana, menurut Afifah, Aliff pernah tidak hadir ke set penggambaran sehingga lapan hari menyebabkan sesi penggambaran yang sepatutnya mengambil masa sebulan berlanjutan dua bulan. Aliff bagaimanapun merasakan penjelasan Afifah tidak masuk akal.

 
Written by serenity | August 7th, 2017

Umum mengetahui bahawa Datuk Hans Isaac telah mengikat tali pertunangan dengan ratu cantik dan pengacara bernama Gabriella Robinson.

Bagaimanapun pertunangan itu terpalit kontroversi apabila bekas kekasih Gabriella mendakwa dicurangi oleh wanita itu untuk bersama Hans. Gabriella menafikan dakwaan tersebut, mendakwa perhubungannya dengan bekas kekasih telah putus sebelum bertunang dengan Hans.

Seseorang yang prihatin memberitahu penulis, Gabriella dalam perkembangan terbaru telah memadam gambar-gambar Hans dari akaun Instagramnya. Menurut individu itu yang enggan dinamakan, ia baru saja dipadam oleh Gabriella. Kata sumber itu:

Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu.. Tinggal gambar lama saja.

Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans dekat Instagram dia lagi.

Dan sebenarnya ini sesuatu yang agak pelik, mengapa padam gambar yang telah dimuat naik? Mungkin Gabriella ada alasan tersendiri.

Iyalah, perhubungan mana yang tidak sekali-sekala dilanda badai? Kita doakan pasangan ini akan bersatu akhirnya nanti.-beautifulnara.com

 

Page 20 of 28« First...10...1819202122...Last »