Written by shahzeeq | August 31st, 2017

Abang Nara adalah seorang yang menyokong suntikan imunisasi. Anak-anak Abang Nara kesemuanya Alhamdulillah sudah divaksin dengan lengkap. Sebagai seorang ayah, adalah menjadi tanggungjawab Abang Nara untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Iyerlah diorang kecil lagi mana tahu nak fikir baik buruk kan?

image

Mengikut perancangan, bila anak-anak dah dewasa kelak, Abang Nara dan wife taknaklah masuk campur/kacau kehidupan mereka sangat. Setakat tegur sikit-sikit cukuplah. Masing-masing dah matang dan dah boleh berfikir sendiri. Lagi-lagi bab mencari pasangan suami/isteri. Itu terpulanglah pada pilihan diorang. Namun perancangan tersebut bertukar apabila Abang Nara membaca perkongsian pengalaman seorang doktor di Facebook.

image

Memang berderau darah Abang Nara membaca perkongsian di atas. Inilah akibat kewujudan golongan anti vaksin di Malaysia. Selama ini geng-geng antivaksin ini menyangka anak mereka hanya terdedah kepada penyakit bahaya seperti difteria, polio dan TB, tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Menerusi perkongsian doktor ini, apabila si anak yang tak divaksin tadi meningkat dewasa dan hamil, si bayi dalam kandungan pun terdedah kepada penyakit. Jadi tak hairanlah doktor ini pun letakkan syarat “wajib divaksin” untuk bakal menantunya.

image

kalau tak lengkap vaksin seperti jadual di atas, maka terpaksalah kami reject pinangan anda

Abang Nara dan wife pun nampak gayanya akan meletakkan syarat ini kepada bakal menantu kami. Terima kasih kepada doktor atas idea yang amat bernas ini. Kalau tak lengkap vaksin, terpaksalah Abang Nara menolak hasrat anda untuk menjadi suami/isteri kepada anak-anak tercinta. Masa depan diorang lebih penting berbanding cinta anda. Abang Nara tak nak nasib cucu-cucu diperjudikan kerana anda tidak divaksin.

Written by serenity | August 30th, 2017

Usia perhubungan mereka masih baru tetapi pasangan pelakon dan model Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi dilihat amat mesra seolah-olah telah lama mengenali keduanya.

Perhubungan mereka hanya bermula pada bulan Mac tahun ini namun ia tidak menghalang mereka berdua membuat keputusan untuk mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan mereka.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 30th, 2017

Sama ada sah atau tidak pernikahan penyanyi Hafiz Hamidun dengan Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa  di media sosial akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah pada 14 September ini. Ini setelah Joy memfailkan permohonan Faraq (pembubaran nikah) pada 18 Ogos lepas disebabkan keraguan Hafiz Hamidun yang mendakwa Joy masih isteri Mohd Rayos Abdul Rahim pada 1 Mei lepas iaitu hari pernikahan mereka.

Melodi TV3 telah mendapatkan kenyataan dari Hafiz berkenaan status pernikahannya dengan Joy:

Saya tak tahu apa yang dia claim, apa yang dia failkan. Tak tahu apa tuntutan dia. Kalau dia kata dia bukan isteri orang semasa bernikah dengan saya, dia kena jawab tentang itu. Saya tidak ada apa-apa komen.

Bukan saya yang menimbulkan apa-apa spekulasi. Kenyataan saya mudah sahaja.Kita kena bercakap melalui fakta. Buat masa ini, Disebabkan kes ini sudah masuk mahkamah, saya tidak ada apa-apa kenyataan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | August 30th, 2017

Sudah enam tahun pelawak Shuib Sepahtu berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Setelah enam tahun juga baru pasangan ini melangsungkan majlis persandingan awal Februari lepas dan momen-momen bahagia dalam kehidupan mereka sering dikongsi di akaun Instagram Siti Sarah.

Siti Sarah menceritakan sebelum berkahwin dengan Shuib, pelawak itu hanya menjual ayam percik di bazar Ramadan, namun ia tidak mengubah tekad Siti Sarah untuk hidup dengannya. Di awal perkahwinan mereka, keadaan ekonomi pasangan ini tidak begitu stabil namun ia berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 2812345...1020...Last »