Written by Bella | July 10th, 2017

Saat Raf Yakoob mengumumkan Mawar Rashid sudah menerima lamarannya dan memuat naik foto sewaktu beliau melamar Mawar ala-ala filem Hollywood, ramai juga mengkritik dan mempertikaikan cara Raf yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat Melayu.

Walaubagaimanapun, Raf menjelaskan ia adalah hasrat beliau untuk melamar Mawar dengan cara sebegitu kerana terbiasa menonton filem romantis.

Memang sudah lama saya ingin melamar seseorang dengan cara sebegitu (kelopak bunga ros merah bersama lilin yang tertulis ayat, Will U Marry Me?). Sejak kecil lagi, saya terbiasa menonton filem-filem yang melamar wanita dengan cara romantis dan ini kali pertama saya melamar seseorang (Mawar) dengan cara tersebut.

Hari Sabtu tanggal 7 Julai lepas, Raf dan Mawar mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diakan di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Pasangan ini merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kakifoto_

Written by Bella | July 10th, 2017

Selepas gandingan mereka menerusi drama Hero Seorang Cinderella mencetuskan fenomena dan mencatat kejayaan yang agak luar biasa, kini peminat Fattah Amin dan Fazura boleh kembali tersenyum kerana pasangan sensasi ini sekali lagi berlakon bersama dalam drama terbaru Wanita Terindah.

Khabarnya penggambaran drama Wanita Terindah sudah bermula sejak beberapa hari lepas. Untuk pengetahuan anda, skrip drama tersebut ditulis oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini menulis beberapa skrip bagi filem popular seperti Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang, Kami Histeria dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Fattah sebelum ini ada memuat naik foto skrip drama tersebut di akaun Instagramnya dan ia mendapat sambutan yang agak baik. Semestinya ramai yang menginginkan Fazura menjadi heroin.

Fazura juga semalam ada memuat naik fotonya dengan kapsyen memberitahu beliau membawakan watak Nuryn Nafeesa dan sekaligus mengesahkan beliau adalah heroin drama Wanita Terindah.

Harapnya semoga drama terbaru ini sama hangatnya seperti drama lakonan Fattah dan Fazura sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.

Written by Bella | July 10th, 2017

Pada mulanya mungkin bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dan wanita yang digosipkan bercinta dengannya pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella malu untuk menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.

Namun, kini pasangan tersebut sudah semakin terbuka mengenai status hubungan mereka. Baru-baru ini, Engku Emran menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video hasil seni seorang lelaki yang menggunting sehelai kertas yang akhirnya membentuk imej seorang wanita.  Imej tersebut begitu mirip sekali dengan wajah Bella.

Bukan itu sahaja, Engku Emran juga ada memuat naik foto imejnya yang terbentuk juga daripada kertas dan turut “tagged” nama akaun Instagram Bella didalam  kapsyen yang ditulis.

Menghangtkan lagi gosip bahawa mereka benar-benar sedang bercinta ialah apabila Bella menerusi Insta Stories turut memuat naik foto imej seorang lelaki dan wanita yang jelas menunjukkan ia adalah Bella dan Engku Emran.

Sudah jelas nampaknya kemesraan antara Engku Emran dan Bella, malah mereka juga sudah lebih terbuka mengenai hubungan mereka bukan? Siapa tahu, mungkin selepas ini kedua-duanya akan memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

Written by Bella | July 10th, 2017

Viral di media sosial mengenai luahan ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud yang meluahkan rasa sedih serta kecewanya terhadap Sufie  sehingga menggelarkan anaknya itu Malin Kundang menerusi  satu status di akaun Facebook miliknya.

Irma juga merasakan tiada apa yang perlu beliau banggakan lagi apabila Sufie tidak lagi mempedulikan perasaan beliau .

Memberikan respon terhadap apa yang diluahkan oleh ibunya itu, Sufie juga ada memuat naik status di akaun Facebook miliknya dimana beliau menyatakan kasih sayang beliau terhadap Irma tidak akan pernah berkurangan.

Tidak pasti apa yang berlaku antara Sufie dan ibunya tetapi kami berharap mereka dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik. Hubungan ibu dengan anak tidak akan mungkin dapat dijual beli ataupun ditukar ganti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Page 30 of 41« First...1020...2829303132...40...Last »