Written by AbangNara | July 17th, 2017

Kulit yang segar, nampak muda dan mulus adalah idaman setiap wanita. Tak pernah lagi Abang Nara jumpa wanita di luar sana yang berkata “saya ok je kulit saya menggerutu penuh jerawat macam nie”. Tak kira tua atau muda, tak kira dewasa atau remaja, tak kira ibu atau dara, semua wanita mahukan kulit yang sempurna.

dettol

kulit artis Korea memang idaman semua wanita. Putih, tulus, mulus dan bersih sangat-sangat

Untuk mendapatkan kulit idaman, penjagaan dan perlindungan kulit adalah amat penting. Kita perlu pastikan kulit tidak terdedah kepada bakteria, tiada kuman-kuman di sekeling kulit dan ia kena sentiasa dibersihkan. Salah satu cara untuk memastikan kulit sentiasa bersih daripada kuman ialah dengan meng”scrub”kan kulit. Antara scrub kulit “homemade”yang cukup popular di kalangan wanita ialah (walaupun ia sukar untuk disediakan):-

skrub

sumber – Google

1. Skrub Teh Hijau + Madu + Gula

Dikatakan teh hijau yang digunakan untuk kulit membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan kedutaan dan noda serta memperbaiki tisu parut. Manakala madu mempunyai pelembap yang besar dan ciri-ciri antibakteria. Bukan mudah untuk menyediakan scrub ini. Kena bancuh teh hijau serbuk dengan air panas, kemudian biarkan ia sejuk, masukkan pula gula dan kena adun sehingga ia menjadi kental. Last but not least kena letak madu sebelum ia disapukan ke kulit anda.

2. Skrub Minyak Kelapa + Gula + Lemon

skrub

sumber – Google

Minyak kelapa telah digunakan selama berabad-abad oleh ramai orang sebagai tonik kulit yang baik. Manakala gula dan lemon dapat melembutkan kulit wajah. Berdasarkan pembacaan Abang Nara, penyediaan skrub ini memakan masa lebih kurang 10 minit kerana perlu memastikan campuran 1/2 cawan minyak kelapa, sedikit jus lemon dan 2 sudu besar gula dikacau sehingga menjadi ketulan pasir.

3. Skrub kunyit

skrub

sumber – Google

Sepanjang kehidupan Abang Nara, kunyit hanyalah digunakan untuk memasak ayam/daging goreng. Tapi di kalangan wanita skrub kunyit memang cukup popular. Kunyit perlu dicampurkan bersama tepung dan air untuk menjadikannya ia kenyal. Kemudian ketika mandi, sapukan ia ke seluruh kulit. Dikatakan cara ini dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit lebih mulus.

Ada banyak lagi skrub-skrub “homemade” yang cukup popular di kalangan wanita. Satu persamaan skrub-skrub “homemade” ini ialah proses penyediaannya yang memakan masa. Paling-paling laju pun 10 minit. Paling penting, keberkesan “scrub homemade” ini tidak dapat disahkan secara saintifik. Sebab itulah di kesempatan ini Abang Nara nak cadangkan 1 jalan penyelesaian mudah untuk mendapatkan kulit yang mulus, sihat, bersih dan sempurna.

ini cara mudah, pantas dan jimat menjaga kulit anda

Jalan penyelesaian yang Abang Nara maksudkan tak lain tak bukan ialah sabun mandi Dettol Deep Cleanse. Dikayakan dengan “microscrubbing beads” di dalamnya, Dettol Deep Cleanse membantu membersihkan kulit anda sehingga melebihi epidermis. Ia juga memastikan kulit kita bebas debu, kotoran dan bakteria. Senang cakap, Dettol Deep Cleanse membantu menjaga dan membersihkan seluruh kulit kita dengan 100% natural micro apricot beads di dalamnya.

dettol deep clenase

Dettol Deep Cleanseada juga tersedia dalam pilihan sabun buku

Paling penting, kita tak perlu nak pergi cari bahan mentah, kacau, gaul, panaskan teh dan sebagainya seperti yang dilakukan ketika menyediakan scrub “homemade”. Hanya perlu picit Dettol Deep Cleanse dan gel bersama natural apricot beads akan keluar di tangan kita. Lumurkan ke seluruh kulit untuk penjagaan dan perlindungan yang optimum. Mudah, pantas dan selesa. Bau pun wangi. Jimat masa, jimat tenaga dan paling penting, kulit terjaga!!!

dettol deep clenase

3 pilihan saiz Dettol Deep Cleanse untuk seisi keluarga

Jadi kalau anda dah penat menyediakan scrub “homemade” dan ingin mencuba sesuatu yang baru, marilah cuba Dettol Deep Cleanse ini. Dengan banyak open house nak dihadiri bersempena hari raya Aidilfitr, inilah masa terbaik untuk memastikan kulit kita bersih dan bebas daripada sebarang kotoran. Insya Allah time raya nie bersinar-sinar dan berseri-seri kulit anda. Maklumat lanjut layari  laman web Dettol dan juga Facebook Dettol Malaysia.

Written by Bella | July 17th, 2017

Selepas memuat naik foto beliau bersama anak-anak serta suaminya, Gavin Edward O’luanaigh di akaun Instagramnya semalam, ramai yang beranggapan pelakon Serina Redzuawan sudah berbaik semula dengan Gavin.  Ini kerana, mereka kelihatan penuh dengan senyuman diwajah mereka seakan tiada sebarang kemelut rumah tangga yang berlaku.

Walaubagaimanapun, Serina memberitahu hubungan baik mereka berdua hanya kerana anak-anak dan Serina tetap akan meneruskan perceraian.

Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu. Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Serina dan Gavin berkahwin  pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | July 17th, 2017

Umum mengetahui kini pelakon Fathia Latiff sedang bercinta dengan seseorang yang dikenali sebagai A. Menurut Raja Mawar di BH ONLINE, Fathia dan A yang merupakan seorang ahli perniagaan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin pada penghujung tahun ini. Malah, keluarga Fathia dan keluarga kekasihnya itu sudah lama saling mengenali.

Sumber memberitahu Raja, Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, tarikh masih belum ditetapkan lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember. Maknanya hujung tahunlah kan… Bagaimanapun, hingga kini, Fathia belum membuka mulut berbicara soal perkahwinan. Mungkin Fathia masih mahu berahsia…

Raja dengar keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah lama saling mengenali. Keluarga Fathia dan A adalah kenalan lama. Mereka mula berkawan apabila Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara rapat A, beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Fathia ada meluahkan harapan agar keikhlasan dan kesungguhan A akan berkekalan sehingga akhir hayat dan kekasihnya itu dapat mencintainya sepenuh hati.

Selalunya, ketika mula bercinta wanita akan ditatang bagaikan minyak yang penuh dan lelaki sanggup berkorban apa saja. Selepas berkahwin, semua bertukar sekelip mata. Saya bukan skeptikal terhadap perkahwinan, cuma tidak mahu tersalah langkah. Kalau boleh, saya hanya mahu meniti alam perkahwinan hanya sekali.

Kami mendoakan yang terbaik buat Fathia dan semoga beliau dan kekasih mempunyai jodoh untuk cepat naik pelamin. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | July 17th, 2017

Sebelum ini pelakon Hanez Suraya pernah mendapat perhatian ramai apabila berita beliau bakal bercerai bersama suami, Romie Razin Adilha tersebar. Namun, mereka berjaya mengatasi kontroversi tersebut dan bahagia bersama.

Terbaru, ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka kembali bergolak. Walaubagaimanapun, Hanez menafikan dakwaan berkenaan.

Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak atif dalam industri pun tetap ada yang tak puas hati. Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu.

Hanez akui gosip liar seperti ini boleh membuatkan beliau dan suami bergaduh selain mengundang persepsi negatif daripada masyarakat. Sabarlah Hanez, bak kata pepatah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tidak.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 20 of 41« First...10...1819202122...3040...Last »