Written by Bella | July 24th, 2017

Umum mengetahui hati pelakon Ainul Aishah kini sudah dimiliki oleh jejaka kacak berdarah kacukan Melayu – Inggeris, Khalid Redzuan.  Baru-baru ini, Ainul dan kekasihnya dilihat bercuti bersama di Phuket, Thailand. Ainul juga sempat berkongsi beberapa foto beliau dan Khalid sewaktu percutian mereka itu. Bagaimanapun, ada yang bertanya, adakah Ainul bercuti berdua bersama Khalid?

Jika diperhatikan, gambar yang dimuat naik itu kebanyakan berlatarkan pemandangan yang saya syka. Saya ambil sebagai kenangan untuk diri, bukan orang lain. Lagipun, beberapa teman yang ikut serta memohon supaya foto mereka tidak dimuat naik. Bagi saya tiada apa yang salah.

Ainul pada masa yang sama menafikan dakwaan beliau sengaja ingin menayang kebahagiaan beliau bersama cinta hatinya itu. Untuk pengetahuan semua, Ainul sebelum ini pernah beberapa kali gagal dalam percintaan dan membuat keputusan untuk hidup solo selama empat tahun sebelum menjalinkan hubungan cinta bersama Khalid.

Saya percaya pasangan bercinta lain juga melakukan perkara yang sama. Saya bersikap terbuka, langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk saya sudah memiliki teman lelaki. Sebelum ini, saya malas memikirkan soal jodoh.  Tanpa disangka, Tuhan menghantar lelaki sebaik Khalid dalam hidup ketika saya hampir berputus asa.

Berbunga-bunga hati Ainul Aishah sekarang . Harapnya beliau dan kekasih ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Kalau dah serasi bersama, jangan tunggu lama-lama. Hehe…

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | July 24th, 2017

Sedang berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang hebat, Diana Danielle akui beliau sedang menghadapi tempoh sukar dalam perkahwinan. Berdepan dengan pelbagai dugaan, Diana tetap bersyukur hubungannya dengan Farid Kamil masih lagi bertahan dan berharap rumah tangga mereka akan kekal sehingga ke akhir nyawa.

Betul, lima tahun pertama tempoh perkahwinan adalah yang paling sukar. Kami sedang dalam usaha melepasinya setelah berhadapan dengan seribu satu masalah sebelum ini. Untungnya saya dan Farid masih mampu melaluinya dan berhadapan dengan masalah yang datang. Untuk mencari keserasian tentu sahaja memakan masa yang panjang. Pun begitu saya bersyukur mampu bertahan ke tahap ini. Moga rumah tangga kami juga akan bertahan sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Diana ada membuat pengakuan mempunyai masalah rumah tangga sehingga membuat keputusan untuk berpisah bersama Farid. Walaubagaimanapun, segala masalah mereka sudah selesai setelah duduk berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Perkahwinan itu bukanlah satu perkara yang mudah tetapi dengan kesabaran, tolak ansur, kepercayaan, kejujuran serta cinta ia mampu kekal sehingga ke syurga. Satu lagi, jangan mudah mengalah dengan dugaan yang datang.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | July 24th, 2017

Jika anda pengikut setia Janna Nick di Instagram, tentu anda tahu beliau sering juga membuat ulasan filem menggunakan hashtag #JNmoviereview. Baru-baru ini juga Janna ada mengkritik filem Dunkirk arahan Christopher Nolan yang baru sahaja ditayangkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Janna dikecam teruk oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan ulasan yang diberikan oleh beliau apatah lagi Janna tidak menonton keseluruhan filem tersebut kerana tertidur.

Sedar dirinya menerima pelbagai kecaman, Janna menerusi akaun Twitter beliau memohon maaf terhadap mengenai isu tersebut.

Ulasan Janna itu sebenarnya agak jujur  dan semua orang mempunyai citarasa yang berbeza bukan? Tidak salah rasanya kalau Janna memberikan pendapat beliau sendiri.

Written by Bella | July 24th, 2017

Seorang ibu pasti tidak mahu anak mereka dikutuk, apatah lagi oleh orang luar yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mereka. Begitulah juga Rita Rudaini yang berang dengan seorang individu yang mempertikaikan rambut panjang anaknya, Airti Qaqa Arjuna baru-baru ini.

Merasakan tidak wajar untuk mengecam seorang kanak-kanak, Rita menyifatkan individu tersebut berhati hitam.

Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.

Rita memang sudah biasa menerima pelbagai kecaman daripada netizen namun ia tidak bermakna beliau akan terus membiarkan orang memijak kepalanya.

Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.

Memang wujudnya sesetengah pihak yang bukan sahaja mencari kesalahan artis tetapi turut mengaitkan keluarga ataupun anak mereka dalam sesuatu isu. Tak salah hendak menegur cuma caranya kena betul.

Sumber Berita : Kosmo Online

Page 10 of 41« First...89101112...203040...Last »