Written by AbangNara | July 31st, 2017

Pertussis/whooping cough atau dalam bahasa Melayunya, batuk kokol adalah salah satu penyakit amat menyeksakan. Batuk ini kalau kena, bukan main-main. Batuk tak berhenti-henti sampai tak sempat ambil nafas. Baru-baru ini Abang Nara ada tertengok satu video di Facebook di mana seorang bayi batuk tidak berhenti-henti sampai biru lidah akibat penyakit ini.

Sedih kan tengok? Rasa sebak dada Abang Nara melihat keadaan bayi ini. Lagi sebak sebab penyakit batuk kokol ini kalau dapat suntikan vaksin memang boleh dicegah dengan suntikan vaksin. Kalau dulu memang dah lama tak ada batuk kokol ini, namun kewujudan golongan ibu bapa yang anti-vaksin menyebabkan ia hadir kembali.

Picture1

Cubalah bayangkan sekiranya anak anda terkena penyakit Pertussis ini. Batuk tak henti-henti. Takkan tak sedih melihat nasib anak anda? Masih belum terlewat untuk anda membuat perkara yang betul demi anak anda. Lengkapkan imunisasi anak anda hari ini juga. #LengkapkanImunisasi #JanganLupaCucuk. Sumber Facebook Taufiq Razif.

Written by AbangNara | July 31st, 2017

Nampaknya kontroversi yang melanda dunia hiburan tanah air minggu lalu begitu hangat diperkatakan sehingga ramai selebriti yang bergelar isteri tampil untuk memperkenalkan suami masing-masing. Iyerlah, masing-masing takut suami kena rembat dengan wanita lain. Hehehe. Isteri mana tak sayang suami kan? Terbaru, Tya Adnan telah mengingatkan kembali “wanita-wanita” di luar sana bahawa Syukri Yahya adalah suaminya.

tya adnan syukri yahya

Sebelum ini, ada seorang wanita pernah mendakwa Syukri Yahya pernah menghantar mesej tidak senonoh kepada dirinya menerusi applikasi WeChat. Biasalah dunia serba moden ini, ramai yang cuba menyamar atau mengambil kesempatan. Yang menariknya, Tya Adnan turut memberikan satu komentar panjang lebar tentang isu yang sedang hangat ini. Menarik juga kata-kata Tya Adnan.

tya adnan syukri yahya

Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Tya Adnan. Ramai wanita di luar sana yang tidak kisah dengan status “suami” seseorang itu. Walaupun dah tahu, tetap nak mengorat dan beramah mesra juga. Akhirnya bila dah kantoi, rumahtangga si lelaki jahanam dan kebahagiaan yang kononnya dicari tidak ditemui. Masih ramai lagi jejaka bujang di luar sana. Elakkan mencari suami orang. Jangan bina kebahagiaan di atas air mata seorang wanita lain. Tak gitu?

Written by AbangNara | July 31st, 2017

Rata-rata netizen ramai yang bersetuju dengan teguran Chef Wan kepada Aliff Syukri yang telah makan di tepi jalan ketika sedang bercuti di Switzerland. Menurut Chef Wan, dia pun banyak kali ke Switzerland tetapi tidaklah sampai makan di tepi jalan kerana menjaga nama baik dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia. Malah berdasarkan teguran Chef Wan, di Switzerland banyak meja dan kerusi yang disediakan di taman-taman untuk memudahkan para pengunjung menjamu selera. Tak perlulah sampai nak makan di tepi jalan.

chef wan

Dikecam teruk oleh netizen dan ditegur oleh idolanya Chef Wan, Datuk Aliff Syukri telah tampil untuk memberikan penjelasan tentang tingkah lakunya yang makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland. Kata Aliff Syukri:-

Gara2 video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia…
.
Ramai yg kecam kata napa x makan dekat hotel la senang….sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan2 indah di switzerland….jadi bila byk2 berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata2 utk makan….

Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula….jadi disebabkan tu kami mmg dah masak siap2 dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama…x ada apa yg memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama…

Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab??dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..

cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik….org malaysia di sana juga baik dan ramah

chef wan

Panjang lebar penjelasan daripada Datuk Aliff Syukri berkenaan hal ini. Diharap semua yang membacanya dapat memahami situasi beliau sehingga terpaksa makan di tepi jalan. Apa pun, tahniah kepada Aliff Syukri kerana menerima teguran Chef Wan dengan hati terbuka. Kadangkala kebenaran itu memang pahit tetapi selaku rakyat Malaysia yang mempunyai nama dan jenama sendiri, kelakuan dan adab kita perlulah dijaga terutamanya ketika berada di luar negara. Apa pula kata anda?

Written by AbangNara | July 31st, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof selepas dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi karyanya Munafik untuk Festival Filem Asia-Pasifik ke 57. Kemenangan ini sudah tentu amat membanggakan Malaysia dan menunjukkan bahawa dunia filem kita mampu bersaing dengan negara-negara lain. Abang Nara dah tengok dah filem Munafik dan sememangnya jalan cerita, mutu lakonan dan sinematografi filem tersebut adalah A+.

munafik

Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat Syamsul Yusof untuk terus mengarahkan filem-filem hebat di masa akan datang. Tahniah sekali lagi buat anda. Keep up the good work.

Page 1 of 4112345...102030...Last »