Written by Bella | June 7th, 2017

Takziah kami ucapkan kepada Bazli, ketua kumpulan nasyid UNIC yang baru sahaja kehilangan permata hatinya, Muhammad Syahid yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser Limfoma. Bazli memaklumkan berita pemergian arwah anaknya itu menerusi akaun Instagramnya.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…

Untuk makluman semua, Muhammad Syahid dimasukkan ke HKL sekitar bulan Februari selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.

Kami di Beautifulnara turut bersedih dengan berita pemergian arwah Muhammad Syahid. Semoga Bazli dan keluarga tabah dengan ketentuan Allah SWT ini. Mari sama-sama kita sedekahkan Al –Fatihah buat arwah Muhammad Syahid..

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | June 7th, 2017

Semalam, isteri kepada Saharul Ridzwan, Deena Emir telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.8 kilogram pada jam 3.49 petang. Untuk pengetahuan anda, Saharul berada di sisi Deena sepanjang tempoh melahirkan.

Bukan itu sahaja, Saharul menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu ucapan penuh penghargaan buat isterinya yang sudah bertarung nyawa demi melahirkan anak sulung mereka itu. Pada masa yang sama, Saharul turut berdoa agar anak mereka menjadi anak yang soleh.

Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn.

Seorang wanita itu sebenarnya cukup hebat, perjuangan mereka untuk melahirkan seorang anak tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit. Hargailah isteri anda semua..

Written by Bella | June 7th, 2017

Beberapa hari lepas sebuah portal akhbar tempatan melaporkan aktor Fattah Amin sudah bertemu dengan keluarga Fazura dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing . Fattah juga dikatakan sedang berusaha untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Walaubagaimanapun,  Fattah hari ini menjelaskan tiada pertemuan rasmi dengan keluarga Fazura dan mereka tidak pernah berbincang untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami. Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.

Nampaknya peminat Fattzura pasti kecewa dengan kenyataan ini. Iyalah, mereka baru sahaja gembira dan teruja mendengar berita kedua-dua selebriti pujaan mereka ingin menjalinkan hubungan serius.  Jangan sedih-sedih la ye..

Sumber Berita  : Harian Metro

Written by Bella | June 6th, 2017

Nama penerbit dan pengarah, Michael Ang tidak perlu diperkenalkan lagi. Karya-karya beliau sering mendapat sambutan hangat. Antara drama popular beliau ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan yang terbaru, Hero Seorang Cinderella.

Hampir semua drama beliau ditayangkan di saluran Astro dan ada pihak mengatakan Michael adalah anak emas stesen televisyen swasta berkenaan yang mendapat layanan istimewa. Betul ke?

Walaupun drama terbitan Cube Film kerap disiarkan di Astro, jangan anggap saya mendapat laluan istimewa. Kalau ada anggapan itu baik lupakan saja. Saya juga seperti penerbit lain perlu ikut prosedur yang telah ditetapkan.

Saya harus melalui prosedur, kena hantar kertas cadangan juga, kalau pihak Astro tak suka, mereka tolak saja skrip saya itu. Siapa kata saya anak emas Astro?

Menurut Michael, beliau hanya akan memilih naskhah yang baik dam berkualiti untuk diadaptasikan menjadi sebuah drama. Itulah cara beliau memikat stesen televisyen selain mempunyai strategi pemasaran bijak untuk karya beliau mendapat perhatian ramai.

Menepis  lagi dakwaan sebagai anak emas Astro, Michael akui, ada juga kertas cadangan yang dikemukakan pada stesen berkenaan ditolak hanya kerana kandungannya tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Sumber Berita : Utusan Online

Page 30 of 40« First...1020...2829303132...40...Last »