Written by Bella | June 13th, 2017

Tiba sahaja bulan puasa, pasti bazaar Ramadhan akan menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli juadah berbuka puasa. Sampai sesak juga lah setiap bazaar yang ada. Malah, ada juga selebriti yang membawa anak-anak mereka ke bazaar Ramadhan tetapi bukan Rita Rudaini. Menurut Rita, anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan kerana beliau  bimbang dengan keselamatan mereka.

Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka salah satu keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di satu tempat yang sama.

Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal pergerakan mereka. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka.

Setiap ibu bapa pasti akan risau dengan keselamatan anak mereka dan sebolehnya mahu mengelak daripada kejadian tidak diingini berlaku. Tidak mengapalah, tunggu besar sikit nanti boleh lah anak-anak Rita merasai pengalaman ke bazaar Ramadhan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : keluarga.my

Written by Bella | June 13th, 2017

Selepas seminggu bergelar bapa, pelakon Saharul Ridzwan telah mengumumkan nama anak lelaki sulungya. Saharul dan isterinya, Deena Emir telah memilih nama Muhammad Luth Ali yang diinspirasikan dari dua orang nabi iaitu Muhammad dan Luth manakala Ali pula membawa makna ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’.

Menurut Saharul, nama itu dipilih pada majlis tahnik yang dilakukan oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman iaitu Finalis Akademi Al-Quran TV9.

Alhamdulillah selesai majlis Tahnik yang dibimbing oleh ustaz Tarmizi.  Hari ini jatuhnya hari ke tujuh selepas kelahiran anak saya, saya dan suami menamakan anak kami Muhammad Luth Ali Bin Saharul Ridzwan. Membersarlah dengan sihat dan bijak anakku, sayanyi Allah, sayangi RasulNya, sayangi agamaNya, sayangi ibu-bapamu, InsyaAllah syurga buat kita.

Walaubagaimanapun, Saharul masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya itu. Muhammad Luth Ali dilahirkan pada 6 Jun lalu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 12th, 2017

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai berita Boy Iman menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) tetapi beliau hanya bergambar di pagar istana. Ia mendapat kecaman netizen yang turut mempertikaikan gelaran tersebut.

Sedar diri beliau menerima pelbagai komen, Boy Iman memberitahu beliau menerima gelaran Dato itu pada 24 Mei lalu dan turut menjelaskan sebab mengapa beliau bergambar di hadapan pagar istana.

Saya ada membawa jurukamera namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan. Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang di ibu negara menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan.

Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga muat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama ‘boyiman_dbiriansjeneral’ tetapi mengapa gambar di depan pagar itu juga yang menjadi bualan pengguna laman sosial itu.

Walaubagaimanapun, Boy Iman tidak melatah dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai satu perkara positif. Secara tidak langsung isu tersebut memberikan beliau publisiti dan menjadikan perniagaan beliau lebih maju.

Boy Iman juga telah memaafkan pihak yang membangkitkan isu ini dan redha dengan apa yang sudah berlaku.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 12th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka. Ayu melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 10.52 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu diumumkan oleh Zaquan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Ramai peminat yang mengucapkan tahniah kepada Ayu dan Zaquan dan mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka.

Pastinya ini saat yang paling dinantikan oleh pasangan tersebut yang sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Kami di Beautifulnara mendoakan agar keluarga Ayu dan Zaquan dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi dengan kehadiran insan baharu ini.

Page 20 of 40« First...10...1819202122...3040...Last »