Written by AbangNara | June 23rd, 2017

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Rozita Che Wan dapat berhari raya dengan kereta baru. Memang murah sungguh rezeki Che Ta apabila dihadiahkan sebuah kereta berjenama Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu. Bestnya berhari raya dengan kereta baru. Alhamdulillah.

che ta raya

Tambah menarik, plat nombor kereta Haval ini juga sangat special iaitu “RQ2174′. Ia membawa makna Rozita. Amboi. Memang matching dan sesuai sangat-sangat. Tahniah Che Ta atas hadiah yang sangat istimewa ini. Kata Che Ta:-

Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta. Tentang harga nombor pendaftaran itu diuruskan oleh pihak Haval.

che ta raya

Pastinya sambutan Aidilfitri Che Ta sekeluarga akan bertambah meriah dengan kehadiran kereta baru ini. Apa-apa pun diharap Che Ta memandunya dengan cermat dan berhati-hati. Tahniah sekali lagi kepada Che Ta atas penerimaan hadiah ini. Semoga Che Taw akan terus mengekalkan mutu kerja mantap sehingga disayangi dan dihargai seperti ini.
habib raya

P.S: Cepat-cepat jangan lepaskan peluang keemasan dan tawaran hebat dari HABIB ini. Khas untuk pembaca Beautifulnara, dapatkan diskaun RM3 untuk setiap gram emas dan pelbagai lagi diskaun dengan memasukkan email anda di https://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara.  Silalah bersegera ke cawangan HABIB berdekatan anda. Sempat lagi nie nak shopping barang kemas sebelum balik kampung. 

Written by AbangNara | June 22nd, 2017

Sekiranya anda peminat dunia hiburan tanah air, sudah pasti anda mengetahui kisah cinta lokasi yang paling hangat sekarang ini. Tak lain tak bukan ia adalah di antara Fattah Amin dan Nur Fazura. Kedua-duanya berlakon di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Tak kisahlah sama ada mereka benar-benar bercinta ataupun tidak, setidak-tidaknya “cinta lokasi” ini menghangatkan dan menaikkan “rating” drama tersebut.
remy ishak

Baru-baru ini, Remy Ishak menerusi akaun Twitternya, telah menulis satu status yang menyindir para pelakon yang berdrama kononnya mereka bercinta lokasi. Tiada nama disebut di dalam status tersebut, namun rata-rata yang membaca status tersebut berpendapat yang Remy Ishak menyindir Fattah Amin dan Fazura. remy ishak

Tambah menghangatkan lagi keadaan, status seterusnya oleh Remy Ishak telah menyebabkan netizen naik angin.

remy ishak

Akan tetapi, seperti biasa warga Twitter tidak pernah mengecewakan. Ramai yang membalas status Remy Ishak dan mengingatkan pelakon tersebut tentang peristiwa yang pernah terjadi terhadap dirinya satu ketika dahulu. Fuh!!! Memang pedas bila baca. Antara yang menarik:-

remy ishak

remy ishak

remy ishak
habib raya

P.S: Cepat-cepat jangan lepaskan peluang keemasan dan tawaran hebat dari HABIB ini. Khas untuk pembaca Beautifulnara, dapatkan diskaun RM3 untuk setiap gram emas dan pelbagai lagi diskaun dengan memasukkan email anda di 

https://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara.  Silalah bersegera ke cawangan HABIB berdekatan anda. Sempat lagi nie nak shopping barang kemas sebelum balik kampung.

_____________________________________________________________________________

Kadangkala kita memang terlupa dengan sejarah hidup kita sendiri. Biasalah tue. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Hehehe. Bagi Abang Nara, cinta lokasi ini adalah satu teknik promosi yang biasa untuk melariskan drama/filem. Apatah lagi jika pelakon-pelakon yang terlibat memang bak pinang dibelah dua. Kalau mereka benar-benar bercinta selepas itu pun, apa salahnya kan? Apa pula pendapat anda?

P.S: Esok lusa dah nak raya dah. Baju raya semua dah siap ke? Jangan pulak korang lebih-lebih macam akak di dalam video di atas. Baju raya sampai 10 pasang. Pagi 1 Syawal baju lain, tengah hari lain, petang lain, malam pun lain. Sehari sampai 4 helai baju raya. Itu memang dah melampau. Raya tue raya jugak, tapi #janganlebihlebih. Ingatlah mereka yang kurang bernasib baik juga. Tak gitu? Lagi video #janganlebihlebih di www.kpdnkk.gov.my.

Written by AbangNara | June 22nd, 2017

Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan baru, Nora Danish tetap akan melakukan rutin menziarahi bekas mertuanya pada Hari Raya Aidilfitri. Bab ini memang Abang Nara respek dan hormat dengan Nora Danish. Ini kerana dengan berhari raya bersama bekas mertuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah,  Nora Danish menjaga hubungan anaknya, Putra Putra Rayqal Ramli dengan datuk serta neneknya. Ini adalah satu usaha yang harus dipuji dan dikekalkan.

nora danish

Menurut isteri kepada Nedim Nazri ini, dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan silaturahim yang telah terjalin dengan bekas mertuanya itu. Malah Nora menganggap mereka sebagai ibu bapanya. Kata Nora Danish:-

Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka.

Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami. Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya.

nora danish nedim

Di kala institusi kekeluargaan rakyat Malaysia semakin hancur kerana penceraian, sikap Nora Danish ini harus dicontohi dan dijadikan teladan buat kita semua. Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Nora tetap memastikan silaturahim yang telah terjalin tidak putus. Bukan mudah untuk melakukan semua ini jika kita tidak mempunyai hati yang tulus dan mulia. Tahniah Nora Danish. Semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.

 

P.S: Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun nafsu makan kita tetap perlu dikawal dan #janganlebihlebih ketika berbuka puasa. Jangan jadi macam mereka di dalam video di atas. Lauk pauk sampai penuh meja. Last-last banyak yang tak dimakan dan terpaksa dibuang. Ini namanya pembaziran melampau. Ramadhan ini, sama-sama kita berjimat cermat dan beringat ketika berbuka puasa. Terima kasih www.kpdnkk.gov.my atas video peringatan awesome ini.

Written by AbangNara | June 22nd, 2017

Fuh. Memang kecoh betul kes “kehilangan” Neelofa dan Nabil dari program MeleTOP Selasa lalu. Setelah diperiksa, Nabil Ahmad kini sedang menunaikan umrah. Manakalah Neelofa pula sepatutnya memang turut sama terbang ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah, akan tetapi oleh kerana masalah mahram, hasrat Neelofa terpaksa ditundakan. Berikut adalah kiriman mesej daripada pihak pengurusan Neelofa yang memaklumkan pengacara itu sedang bercuti, sekaligus menafikan desas-desus punca lain “kehilangan”nya di MeleTOP.

neelofa

Jadi buat anda yang tertanya-tanya, inilah jawapan sebenarnya. Neelofa bukan “hilang” tetapi sedang bercuti. Tidak ada kena mengena dengan kehadiran Fazura dan Fattah Amin ke rancangan MeleTOP. Abang Nara yakin sekiranya Neelofa tidak bercuti, pasti dia akan mengacara rancangan tersebut tanpa mengira tetamu. Selebriti-selebriti kita semua profesional dan bertanggungjawab.
neelofa bercuti meletop

Kepada peminat Neelofa, diharap bersabar dan menanti sehingga pengacara kegemaran anda habis bercuti untuk menatap wajahnya kembali di MeleTOP. Sumber Mstar Online.
beautifulnaraP.S: Khas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan tawaran SPECIAL & HEBAT dari HABIB bersempena 72 jam sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Anda boleh dapat potongan RM3 segaram untuk barang emas 916/999 dan 5% diskaun untuk barang kemas berlian serta permata. Hanya perlu download baucar di https://rantaiankasih.habibjewels.com/beautifulnara dan tunjuk ketika membuat pembelian. Inilah masa terbaik untuk anda beli gelang, rantai dan cincin emas.

Page 2 of 4012345...102030...Last »