Written by Bella | June 19th, 2017

Setelah lebih sebulan meyambut kelahiran cahaya mata sulung pertama mereka, akhirnya pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mendedahkan nama anak pertama mereka, Syeriv Samheizy. Nama anak lelaki mereka itu diumumkan oleh Sam sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Tinggal beberapa hari je lagi Putera @syerivsamheizy beta akan pulang ke Istana dan mengusai kausnya ini!!! Hehek. Yaey!!!

Sam juga telah membuka satu akaun Instagram khas buat anaknya iaitu @syerivsamheizy yang kini sudah ada lebih 13 ribu pengikut meskipun tiada sebarang foto yang dimuat naik.

Sehingga hari ini, Sam dan Syatilla masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak lelaki mereka kepada umum meskipun ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat kecomelan Syeriv.

Written by Bella | June 19th, 2017

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ataupun mesra dengan panggilan Tok Ram beberapa hari lepas telah meluahkan rasa bengangnya terhadap produser program televisyen yang menawarkan bayaran yang sangat rendah untuk artis menjayakan program yang bakal ditayangkan pada malam raya.

Status yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya itu mendapat  reaksi daripada penggiat seni yang rata-rata tidak bersetuju dengan pihak yang menawarkan bayaran murah tersebut.

Berikut status Tok Ram yang sudah tular di media sosial :-

Ini bukanlah perkara baharu didalam industri hiburan tempatan. Bakat serta usaha seseorang artis itu untuk mencari rezeki haruslah dihargai dan dihormati juga bukan? Apa pendapat anda pula?

Sumber Berita : FB RAMLI MOHAMED SALLEH

Written by Bella | June 18th, 2017

Pelakon Fizz Fairuz membuat satu kejutan istimewa apabila menghadiahkan isterinya, Almy Nadia sebuah kereta Toyota Vellfire.

Menerusi akaun Instagram Almy, beliau ada memuat naik foto kereta tersebut dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada Fizz yang selama ini sudah berusaha dengan begitu keras untuk kejutan tersebut.

Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat…, katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Thank you sayang.

Bertuah betul Almy Nadia, mungkin ini salah satu cara Fizz untuk menghargai segala pengorbanan Almy sebagai isteri yang sudah melahirkan dua orang cahaya mata mereka. Nampaknya hari raya tahun ini dapatlah mereka melaram dengan kereta baru yang mewah ini. Hehe

Written by Bella | June 18th, 2017

Rasanya ramai pengikut Nora Danish di Instagram yang mengetahui beliau sering memuat naik foto ataupun video suaminya, Nedim Nazri yang suka memasak. Menurut Nora, beliau sememangnya seorang yang tidak suka memasak. Malah, sejak berkahwin beratnya sudah bertambah kerana sering memakan masakan yang sedap hasil air tangan suami sehingga ada yang menyangka beliau hamil.

Suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung.

Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim yang lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ia umpama terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja. Berat saya naik beberapa kilogram sehingga ada menanyakan sama ada saya hamil atau belum.

Berbicara mengenai kehidupannya yang kembali bergelar isteri orang selepas lapan tahun hidup sebagai ibu tunggal, Nora mengakui kini beliau terasa dirinya lebih disayangi dan Ramadhan serta Aidilfitri memberikan makna yang cukup besar buat beliau dan anaknya, Rayqal.

Sumber Berita : Kosmo Online

Page 10 of 40« First...89101112...203040...Last »