Written by AbangNara | June 30th, 2017

Abang Nara merupakan seorang yang memiliki hati suci dan jarang cemburu melihat kejayaan dan kesenangan orang lain. Bagi Abang Nara, setiap orang ada rezeki masing-masing. Tetapi kecemburuan dan kejelesan Abang Nara tidak dapat dibendung apabila melihat wajah gembira para pemenang petrol PERCUMA setahun menerusi peraduan PETRONAS Fuel Frenzy.

Baru-baru ini juga, sempat Abang Nara menemubual beberapa pelanggan Petronas di Jalan Ampang. Saja nak tahu kalau diaraong tahu tentang peraduan ini atau tidak.

 

 

petronas fuel frenzy

nie nama dia rezeki raya, tak payah fikir nak kuar duit isi minyak dah pasnie

petronas fuel frenzy

tue dia satu family tersenyum girang

Kecemburuan itu semakin bertambah apabila melihat kegembiraan para pemenang yang dirakamkan menerusi video di Facebook PETRONAS Brands.


petronas fuel frenzy

Peraduan PETRONAS Fuel Frenzy ini sedang berlangsung sejak 9 Jun dan akan berakhir pada 31 Julai 2017 ini. Setiap hari selama 53 hari, seorang pemenang harian bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah utama iaitu petrol percuma setahun yang bernilai sebanyak RM6,000. Hadiah saguhati iaitu petrol percuma bernilai RM100 turut sama disediakan untuk 40 pemenang bertuah setiap hari. Untunglah sapa yang menang. Setiap seorang dari anda boleh menang sehingga 4 kali (Sekali hadiah utama dan 3 kali hadiah saguhati) dalam tempoh promo! Fuh memang best, peluang makin cerah nampak gayanya!
petronas fuel frenzyApa yang Abang Nara suka tentang peraduan PETRONAS Fuel Frenzy ini ialah betapa mudahnya cara nak join. Tak payah isi borang tak payah apa. Cuma perlu pergi ke PETRONAS, isi minyak minimum RM30, amik resit dan SMS butiran-butiran seperti gambar di bawah ke 39992. Senang sangat-sangat.
petronas fuel frenzy

Untuk pengetahuan korang, sebab utama diri ini jeles dengan para pemenang PETRONAS Fuel Frenzy ini adalah kerana Abang Nara tetiap hari isi minyak semata-mata nak join contest ini. Hehehe. Nampak gayanya masih belum ada rezeki. Mungkin rezeki nak menang ini milik anda. Siapa tahu kan? Jadi silalah ke PETRONAS berdekatan, isi minyak dan join contest ini. Maklumat lanjut layari http://www.mymesra.com.my Selamat mencuba

Written by AbangNara | June 30th, 2017

Selamat hari raya!!! Macam mana raya korang? Best tak? Lama rasanya Abang Nara tidak menganjurkan “movie day out” bersama anda semua. Mesti ramai yang rindu kan? Kali ini dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia, Abang Nara nak ajak anda semua menonton filem yang dinanti-nantikan ramai, Spider-Man: Homecoming.

spider-man

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 6 Julai ini, Spider-Man:Homecoming dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Tom Holland, Michael Keaton, Robert Downey Jr, Marissa Tomei dan ramai lagi. Kali ini, selepas muncul bersama Avengers, Spider-Man cuba menjalani kehidupan normal bersama makciknya dengan diperhatikan mentor barunya, Tony Stark. Namun kemunculan orang jahat baru iaitu Vulture yang mengancam kehidupan orang tersayangnya membuatkan Spider-Man terpaksa muncul mempertahankan mereka.

spider-man

Serius Abang Nara teruja tengok trailer Spider-Man: Homecoming. Confirm box office punyalah.

 

 

Khas untuk pembaca BeautifulNara, Abang Nara ada 50 pasang tiket dan cenderahati ekslusif filem Spider-Man:Homecoming untuk diberkan kepada anda. Berikut adalah info tayangan.

TARIKH: 4 Julai 2017
MASA: 8.45 malam
TEMPAT: GSC 1 Utama

spider-man

Ini pula beberapa cenderahati ekslusif yang bakal menjadi milik pembaca bertuah:-

spider-man

spider-man

spider-man

spider-man

spider-man

Untuk memenangi tiket dan cenderahati ekslusif ini, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Jika saya adalah Spider-Man saya akan”. Slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Sila cepat sebelum terlambat.

spiderman

Pemenang akan dimaklumkan menerusi email sebelum tarikh tayangan. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas tayangan ekslusif ini. Selamat mencuba.

Written by AbangNara | June 28th, 2017

Hari Raya sememangnya meriah dengan kehadiran para tetamu ke rumah kita. Seronok sekali sekala dapat berjumpa saudara mara dan kawan-kawan lama. Berborak sambil makan kuih raya. Namun sudah tentu, kehadiran kanak-kanak kecil yang tidak dikawal oleh ibu bapa sedikit sebanyak mencacatkan kemeriah Aidilfitri. Terbaru, Chef Wan menerusi akaun Instagramnya telah menegur ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak mereka menjaga adab ketika bertandang ke rumah orang.

chef wan

Tulis Chef Wan:-

Setiap Hari Raya saya pasti ada masalah all this Rendang atau kuah kacang yg leave a stain on my dining chair.
My bro kata ada guests tadi anaknya jatuhkan di atas kerusi.

Over the years mcm2 tetamu yg ziarahi kami at times yg anak2 mereka yg kecil main2 ramas kueh dan tabur2 atas lantai mak bapak kisah pun tidak.

Off course saya akan tegur mcm saya tegur some guests yg ambil cakes dan cookies and left on the plate with out eating them.
Saya tegur mereka and said jika tak nak makan jangan membazir makanan mcm tu.

This goes with adults mau pun kanak2. Ramai lagi yg nak menjamunya lagi. Emak pernah tegur saya tegur anak2 tetamu as she said nanti mereka kecil hati. I told my mother guests yg behave that manner need to be told otherwise that bad habits mereka bawa ke rumah orang lain.
I dont believed in sweeping all that issue under the carpet and later mengata behind mereka kerana kita tak suka apa yg mereka laku kan.
Saya suka tegur depan2 secara baik.

I rather not have such a guests that does not learned how to menghormati rumah tetamu mereka. Segala adap nak masuk kerumah orang mereka mesti pelihara dgn baik. Saya pantang juga org bila datang kerumah saya suka meraba itu dan ini. Ada yg sering suka tanya berapa harga itu dan ini.

At time ada yg tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antique itu dan ini? Pasti saya bahasa kan” Nak tolong bayar kan hutang ke sibuk menanya itu dan ini harga berapa. Its so tacky to do that.

Yg guna tandas tetamu tak flush atau kencing bertabur pun ada. Mcm2 manusia yg tak ambil kisah. Baik apa pun tak la semua yg perangai mcm tu. Ini hanya segelintir sahaja that u see also di mana2 juga. Yg anak lari sana sini mcm di rasuk dik pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Kena jerit dgn saya a few years ago langsung tak dtg lagi.

Mana tidak emak bapak boleh pandang mcm tunggul lagi. Jika cucu2 saya lama dah kena tangan mcm my arwah dad did to us masa kecil.
Emak cubit adik2 sampai lebam yg saya ingat. Pelik bila kita jadi mak bapak tak boleh lentur anak2 sejak kecil lagi.

Anak2 pagi2 kena lepas masjid beri peluang pada Tuan rumah untuk bermaafan bersama keluarga dahulu baru after 10.30am nak ziarah rumah tetamu itu.

chef wan

Secara jujurnya, teguran Chef Wan ini memang pedas namun itulah kebenarannya. Abang Nara pun kadangkala terlepas pandang anak sendiri. Iyerlah terlalu asyik berborak sambil terlupa nak tengok keletah anak. Semoga teguran dari Chef Wan ini membuka mata kita dan lebih berhati-hati ketika bertandang ke rumah kawan-kawan di Hari Raya ini. Terima kasih Chef Wan atas nasihat yang amat berguna.

Written by AbangNara | June 23rd, 2017

Selasa lalu, kerana Nabil Ahmad dan Neelofa bercuti selama 2 minggu, Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf telah muncul mengacarakan program Meletop. Tetamu yang hadir pada episod tersebut ialah Fattah Amin dan Fazura. Secara jujurnya, Abang Nara pun terkejut dengan kemunculan Imam Muda Asyraf. Tertanya-tanya boleh ke IM Asyraf mengendalikan program hiburan sebegini. Ternyata IM Asyraf memang power dan tidak perlu diragui kemampuannya.

imam muda asyraf

Malah rata-rata para penonton episod Meletop tersebut menulis komen-komen positif di laman sosial tentang cara pengacaraan Imam Muda Asyraf yang sempoi, tenang dan bersahaja. Siap ada yang cadangkan agar IM Asyraf terus dilantik menjadi pengacara tetap. Amboi over betul. Menurut IM Asyraf, dia sendiri terkejut dengank omen-komen positif diterima. Untuk pengetahuan, IM Asyraf pada mulanya menolak tawaran tersebut. Katanya:-

Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik.

Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya.

Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program itu.

imam muda asyraf

Diharap IM Asyraf dapat menimba pengalaman yang bagus dan positif sepanjang mengendalikan episod Meletop tersebut. Mana tahu ada rezeki untuk jadi pengacara program-program lain pula selepas ini. Apa apa pun, tahniah buat IM Asyaf dan Siti Nordiana kerana telah berjaya mengendalikan program Meletop dengan begitu baik sekali. Sumber Berita Harian.
tanah lot

P.S: Setiap tahun, jutaan pelancong seluruh dunia termasuklah Malaysia akan berkunjung ke Tanah Lot, Bali untuk menyaksikan sendiri keindahan pemandangan yang cukup memukau di sana. Anda juga berpeluang terbang ke Bali dengan harga serendah RM169 untuk ekonomi(all in fare – one way) atau premium flatbed RM599(all in fare – one way) bersama AirAsia. Harga special murah kaw-kaw ini hanya akan sah sehingga 25 Jun ini. Jadi silalah buat tempahan sekarang di www.airasia.com. Jangan menangis pulak bila offer ini dah habis nanti. 

Page 1 of 4012345...102030...Last »