Written by Bella | May 15th, 2017

Mula menceburi bidang hiburan menerusi program realiti berdasarkan undian dan baru-baru ini turut memenangi tiga kategori pada AME 2017 juga atas undian peminat, pelawak terkenal Johan merasa agak kurang selesa apabila peminatnya sanggup menghabiskan wang ringgit mereka untuk menyokong beliau.

Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik. Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya.

Sejujurnya, Johan mahu peminat beliau membelanjakan wang mereka untuk keperluan ataupun sesuatu yang lebih berfaedah buat mereka. Johan tidak mahu peminatnya rasa terbeban dengan mengundi beliau.

Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.   Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit. Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.  RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit.

Setiap artis mempunyai pandangan berbeza berkaitan undian peminat untuk mereka di dalam sesuatu anugerah. Apa-apa pun, zaman sekarang kita harus berjimat dalam setiap perkara.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 15th, 2017

Berikutan kontroversi yang mencetuskan situasi tegang antara pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish, pihak penganjur Fenomena Aidilfitri telah tampil memohon maaf dan akan bertanggungjawab atas salah faham yang telah berlaku.

Sedang bercuti bersama keluarganya di Australia, Fasha menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau sudah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada pihak penganjur terbabit.

Walaubagaimanapun, Fasha masih enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung saman fitnah terhadap dirinya yang difailkan oleh Nora.

Saya akan memikirkan terlebih dahulu mengenai kenyataan diberikan penganjur yang mahu bertemu dengan saya dan mengadakan sidang akhbar seperti apa yang dinyatakan.

Maaf saya masih di Australia, dan saya belum boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara terbabit. Saya akan memberikan kenyataan mengenainya selepas 18 Mei ini setelah pulang ke tanah air.

Terdahulu, pihak penganjur menjelaskan berita kononnya Nora tidak mahu hadir pada acara fesyen berkenaan dilakukan atas pihaknya sendiri dan bukanlah mengikuti arahan Nora ataupun mana-mana pihak.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 15th, 2017

Dikurniakan cahaya mata kedua, Nur Aisha pada 10 Februari lepas, pelakon Erin Malek dan suaminya telah mengadakan majlis akikah buat anak perempuannya itu. Majlis yang bertemakan warna ungu dan flora itu berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Erin menerusi akaun Instagramnya sempat berkongsi beberapa foto ketika majlis tersebut berlangsung. Ramai peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akikah Nur Aisha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Kaki Foto

 
Written by Bella | May 14th, 2017

Populariti Fattah Amin yang melonjak naik sejak tahun lalu membuatkan beliau dilihat sebagai salah satu calon yang berpotensi untuk memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH 3.0 tahun ini. Namun, Fattah tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki.

Semua terserah kepada rezeki. Insya-Allah jika kejayaan untuk merangkul gelaran Bintang Paling Popular berpihak kepada diri, saya anggap ia sebagai hadiah paling bermakna daripada peminat yang menghargai usaha saya selama ini. Secara jujur, saya tidak meletak harapan tinggi atau terlalu yakin untuk menjulang apa juga gelaran dan kemenangan.

Berada dalam senarai pencalonan sudah cukup membuat saya terharu dan gembira. Saya tidak kecewa jika kejayaan bukan milik saya kerana kalah dan menang adat pertandingan.

Fattah bersaing dalam kategori utama bagi ABPBH 3.0 iaitu  Pelakon TV Lelaki Popular dan dua kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa serta Artis Sensasi.

Semuanya bergantung kepada undian peminat. Tidak mustahil mungkin ada rezeki Fattah untuk berjaya merangkul gelaran tersebut kerana peminatnya memang ramai. Namun, ia tetap bergantung kepada rezeki.

Sumber Berita : BH ONLINE 

Page 30 of 46« First...1020...2829303132...40...Last »