Written by Bella | May 25th, 2017

Sah bernikah dengan pengarah Azmi Hatta bulan April lepas, pelakon Faye Kusairi nampaknya agak terbuka membicarakan soal cahaya mata. Menurut Faye, beliau dan suami merencana untuk mendapat anak tahun depan. Walaubagaimanapun, Faye dan suami tidak menolak sekiranya ada rezeki awal untuk menimang cahaya mata kerana percaya ia adalah kententuan Allah SWT.

Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu.

Berbicara mengenai beliau yang agak kurang menonjol selepas berkahwin, Faye berkata beliau lebih senang untuk bersikap “low profile” dan enggan mencari publsiti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 25th, 2017

Pelantikan selebriti popular, Neelofa sebagai sebagai duta belia Transformasi Nasional (TN50) mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Walaubagaimanapun, Neelofa berharap tiada pihak yang mempolitikkan pelantikan tersebut.

Menurut Neelofa, beliau bersetuju untuk terlibat dengan TN50 kerana ingin melihat kemajuan negara Malaysia yang akan memberikan manfaat kepada generasi akan datang.

Tidak perlu kaitkan TN50 dengan politik kerana agenda itu melangkaui pemahaman atau pun perbezaan politik. TN50 ialah proses untuk kita merangka hala tuju negara dalam masa 30 tahun akan datang. Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara.

Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri. Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang.

Kita tidak dapat menghalang seseorang itu daripada menyatakan pendapat mereka mengenai pelantikan ini kerana setiap orang mempunyai pemahaman dan pandangan berbeza. Walaubagaimanapun, harapnya dengan pelantikan Neelofa sebagai duta mungkin akan ada perubahan positif.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Written by Bella | May 25th, 2017

Setelah Nelydia Senrose memberitahu isu cukai pendapatannya sudah selesai, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur juga semalam telah membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia  yang sebelum ini didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Ia sekaligus membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.

Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa Nelydia telahpun membuat pembayaran cukai pendapatan.

Terdahulu, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Nelydia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE 

Written by Bella | May 25th, 2017

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan mengakui hubungan cinta beliau bersama seorang ahli perniagaan yang sudah putus sejak sebulan lalu adalah disebabkan orang ketiga. Elizabeth sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka selepas mendapat tahu teman lelakinya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Memang benar kami berpisah kerana kehadiran orang ketiga apabila dia mempunyai hubungan dengan bekas teman wanitanya. Percintaan kami selama empat bulan itu berakhir dengan perpisahan sejak bulan lalu.

Bak kata pepatah cinta itu buta dan kadang-kadang seseorang itu boleh begitu “tenggelam
dalam percintaan, begitulah juga Elizabeth yang turut mengakui beliau sanggup untuk membelakangkan keluarganya sepanjang bercinta.

Kerana dia saya sanggup mengenepikan keluarga tetapi ini adalah pengajaran buat saya dan syukur hubungan dengan keluarga pun kembali pulih.  Apa yang saya lalui banyak mematangkan diri saya dan lebih baik saya tahu mengenainya sekarang daripada kemudian hari.

Cinta itu tidak selalunya indah dan jika pasangan kita tidak setia untuk apa lagi kita terus menjalinkan hubungan? Ketika bercinta janganlah terlalu dibuai asmara.

Sumber Berita : mStar Online

Page 10 of 46« First...89101112...203040...Last »