Written by Bella | April 26th, 2017

Selepas bergelar usahawan produk kosmetik terkenal dan muncul di dalam pelbagai program dan acara hiburan, Datuk Seri Vida kini mahu menjadi penyanyi pula. Malah, beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan penerbit serta penulis lirik untuk lagunya. Vida mahu jadi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro . Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa.

PPAP pernah menjadi perhatian dunia sekitar tahun lalu sehingga tersenarai uk di tangga 77 carta terhebat Billboard Hot 100 dan mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record.

Siapa tahu mungkin hasrat Datuk Seri Vida untuk menjadi penyanyi sensasi dan viral seperti Pikotaro akan menjadi kenyataan? Agaknya-agaknya, apalah keunikan yang bakal dibawa oleh beliau ya?

Sumber Berita: THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | April 26th, 2017

Diiktiraf sebagai salah seorang ikon Muslim berpengaruh di dunia, selebriti Hafiz Hamidun menerima pelbagai kritikan dan kecaman. Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan pesiapan ataupun tumpuan bagi majlis raja seharinya bersama Joy Revfa yang bakal berlangsung pada 1 Mei ini.

Agak sedih apabila saya dihentam sesetengah pihak yang pertikaikan mengapa nama saya tersenarai sebagai ikon Muslim.

Sedangkan saya tiada kaitan dalam proses pemilihan berkenaan dan bukannya saya calonkan nama sendiri. Walaupun sedih, tapi insyaAllah ia tak jejaskan mood dan persiapan saya untuk dinikahkan Isnin ini.

Ditanya mengenai cabaran ketika bertunang, Hafiz bagaimanapun memberitahu kesibukan jadual kerja beliau dan Joy membataskan wujudnya salah faham antara mereka berdua. Pada masa yang sama, Hafiz meluahkan rasa syukur kerana tunangnya itu cukup memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati. Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan seger.

Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam. Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham.

Hafiz dan Joy sah mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu dan bakal bernikah dinika  pada 1 Mei ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Sumber Berita : mStar Online 

Written by AbangNara | April 26th, 2017

Ribuan testimoni Berjaya telah diterima dari pengguna PUREganic. Masalah kulit wajah berjeragat, bertompok-tompok, kulit kusam, makin lama kulit makin teruk, jeragat makin tebal. Malu! Pakai make up pun boleh Nampak lagi jeragat! Dah bermacam-macam produk telah dicuba tapi tak berkesan dan mengecewakan!

Jeragat atau ‘melasma’ adalah sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya namun kehadirannya menyebabkan kulit wajah nampak tidak sihat dan kusam di samping menjejaskan penampilan diri. Faktor-faktor terbentuknya jeragat termasuklah pendedahan kepada cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun, genetik, umur, hormone dan stress.

Kini , anda boleh cuba hilangkan jeragat dan masalah kulit anda dengan serum PUReganic . Memang confirm berkesan ! Gerenti tak menyesal punyalah! Yang penting ORGANIK! 100% NATURAL.

Pureganic

Pureganic

Set skincare PUREganic adalah formula yang diperkaya dengan anti-oksida dan anti-bakteria dari 100% plant extract. Struktur molekul dalam serum lebih kecil berbanding pelembap / krim biasa, dan memudahkan serum untuk meresap jauh ke dalam kulit. Khasiat serum akan diserap 98% ke dalam kulit semasa kita tidur.

Pureganic

Baca artikel ini sepenuhnya untuk testimonial mereka yang gembira dengan produk ini.

 
Written by Bella | April 26th, 2017

Pasti anda semua sedar bahawa kebanyakan anugerah-anugerah bagi mereka yang terlibat didalam industri hiburan tanah air selalunya berdasarkan undian bukan? Malah, peminat tegar mereka sanggup habis ribuan ringgit untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.  Tentu sekali seseorang artis itu juga harus popular untuk meraih undian.

Isu ini mendapat perhatian pelakon Afdlin Shauki. Menurut Afdlin, masalah utama anugerah seperti ini bukan kerana ia anugerah syok sendiri tetapi anugerah tersebut boleh dimanipulasi undinya oleh sesetengah individu ataupun korporat-korporat  yang mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan menaikkan nama artis yang menjadi duta produk mereka. Ia sekaligus turut menaikkan nama jenama mereka. Dalam erti kata lain, peminat sebenarnya tidak mempunyai hak seratus peratus untuk mengundi artis mereka.

Jom baca luahan penuh Afdlin : –

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada artis yang lebih berbakat dan layak untuk memenangi sesuatu anugerah tetapi sayangnya semua itu tidak dipandang oleh sesetengah pihak. Apa pula pendapat anda?

Page 4 of 35« First...23456...102030...Last »