Written by Bella | April 3rd, 2017

Selepas melihat dan meraikan perkahwinan kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, pengacara dan pelakon Neelofa berharap beliau juga akan ke jinjang pelamin.

Menerusi muat naik beliau di Instagram, Neelofa berharap peminatnya mendoakan beliau untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Tentu sekali ia mendapat sambutan yang agak positif daripada peminatnya yang turut mengaminkan hasrat Neelofa itu.

Sebelum ini, Neelofa pernah hangat dikatakan bercinta dengan Fattah Amin tetapi hubungan mereka cuma bertahan selama seminggu ketika menjalani penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot. Kemudian, Neelofa dikaitkan pula dengan seorang kerabat diraja.

Written by Bella | April 3rd, 2017

Sebelum ini Fasha Sandha mengakui sedang berkenal rapat dengan seorang jejaka. Malah, anak-anak Fasha juga sudah bertemu dengan jejak tersebut. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini Fasha masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti orang baharu yang hadir didalam hidupnya kini.

Namun, menerusi ruangan Cik Pang, ada sumber mengatakan Fasha ada bergambar dengan “teman lelakinya” itu sewaktu beliau hadir ke majlis sambutan hari jadi Fasha yang ke 33 baru-baru ini. Jika dilihat, memang kacak juga jejaka itu.

Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu tidak pernah didedahkan. Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha pada Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir. Ada sumber menunjukkan yang jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Jika gosip ini benar, kami harap hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Kata orang sama cantik dan sama padan tu..

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : kaki5photo

Written by Bella | April 1st, 2017

Semalam, pasangan sama cantik dan sama padan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bergelar suami isteri.

Majlis mereka boleh dikatakan agak “simple” tetapi masih mempunyai ciri eksklusif tersendiri. Memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup, ramai sekali yang ingin tahu suasana ketika acara akad nikah.

Khas buat pembaca BeautifulNara khusunya peminat pasangan ini, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Sharnaaz dan Noor Nabila dengan membaca entri ini sepenunya.

Kredit Foto : Wedlocx

 
Page 35 of 35« First...1020...3132333435