Written by Bella | April 30th, 2017

Ketika pelakon Fattah Amin melancarkan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen beliau menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk beberapa rakan artis juga. Namun, disebalik semua itu, buku beliau telah diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Malah, semangat Fattah dalam bidang penghasilan buku terus membara apabila beliau kini tampil pula dengan novel berjudul Wanita Terakhir yang dilancarkan semalam.

Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan pula novel.

Ramai juga yang bertanya, adakah novel Wanita Terakhir berkisarkan kisah cintanya dan Neelofa? Ini jawapan Fattah :-

Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya. Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan. Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi.

Nampaknya Fattah Amin tidak melepaskan setiap peluang yang ada ketika beliau sedang popular kini. Bak kata pepatah, pedulikan apa orang kata asalkan apa yang kita lakukan itu membuahkan hasil. Adakah novel Wanita Terakhir bakal menjadi novel terlaris pula selepas ini?

Sumber Berita : BH ONLINE 

Written by Bella | April 30th, 2017

Teka-teki mengenai khabar angin tentang perkahwinan Juliana Evans dan kekasihnya, Tengku Sharifuddin akhirnya terjawab apabila pasangan sama cantik sama padan itu sah bergelar suami isteri hari ini hanya dengan sekali lafaz. Pasangan terbabit dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful.

Difahamkan majlis akad nikah mereka berlangsung pada jam 10.45 pagi tadi di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram, Juliana dan Tengku Sharifuddin tampak begitu cantik dan segak dalam busana sedondon berwarna putih.

Alhamdulillah, saya kini sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah. Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga.  Saya juga berharap agar peminat terus mendoakan kebahagiaan kami.

Kami mengucapkan tahniah buat Juliana dan Tengku Sharifuddin dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto pasangan pengantin baru ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Khir Khalid / Tengku Chanela Jamidah

Sumber Berita : BH ONLINE

 
Written by Bella | April 29th, 2017

Beberapa hari lepas, penulis novel 7 Hari Mencintaiku, Siti Rosmizah telah memfailkan saman berjumlah RM 10 juta terhadap penerbit, Datuk Ziela Jalil atas dakwaan mengaibkan dirinya dengan meyebarkan dan menghebahkan kenyataan fitnah menerusi laman sosial Instagram.

Susulan perkara itu, ramai yang ingin tahu punca permasalahan mereka berdua. Walaubagaimanapun, Ziela enggan memberikan sebarang komen mengenai isu saman berkenaan dan sudah menyerahkan segala urusan tersebut kepada peguamnya.

Malah, beliau juga masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah.

Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini. Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya.

Terdahulu, Siti Rosmizah sebagai plaintif fitnah di laman sosial Instagram yang menjejaskan reputastinya dimuat naik oleh Ziela pada 9 Februari dan 10 April lalu. Selain itu, beliau turut menuntut injunksi bagi menghalang defendan (Ziela) daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya daripada sebarang medium, selain ganti rugi khas, am, teladan, faedah dan kos.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by shahzeeq | April 28th, 2017

Semenjak kelazatan KFC Twister baharu baharu, keinginan Abang Nara untuk makan di KFC semakin membuak-buak. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dibuatnya. Walaupun amat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, akhirnya minggu lalu Abang Nara berjaya menjejakkan kaki ke KFC sekali lagi untuk memenuhi nafsu makan yang telah menguasai diri ini.

1

macam biasa bergaya sikit depan KFC. Terasa macam model pulak

Sepanjang perjalanan ke KFC Abang Nara terfikir-fikir nak order apa kali ini. Ikut rasa hati semua benda nak makan. Keliru juga dibuatnya. Namun segala kekeliruan diri ini terlerai dan terjawab apabila Abang Nara ternampak promosi terbaru KFC iaitu KFC Super Jimat Box.

2

KFC Super Jimat Box ini memang jimat sejimat-jimatnya. Bermula dari RM8.95, Abang Nara boleh memilih nak makan apa daripada 6 pilihan kotak hebat. Setiap kotak di dalamnya turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Teringat hari tue ada ternampak iklan KFC Super Jimat Box kat televisyen.

Meleleh kan air liur? Ok jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam 6 kotak Super Jimat Box ini;-

3

Rollex Box dengan Salsa Roller

4

Signature Box untuk penggemar Zinger Burger

5

Snacker Box untuk mereka yang gilakan Cheezy Wedges

6

Soup Box yang dilengkapi dengan Zinger Mushroom Soup dan Butterscotch Bun

7

Tender Box dengan 3 kepingan Crispy Tenders berserta sos Sour Cream & Onion

8

last but not least, Twister Box yang dimeriahkan dengan Cheezy Twister. Yummy

Fuh!!! Memang lazat-lazat dan best-best sungguh 6 pilihan Super Jimat Box KFC ini. Ikut hati ini, memang terasa nak order kesemuanya. Tapi orang kata ikut hati binasa, jadi Abang Nara order 3 je. Hehehe. (masih tamak haloba jugak sebenarnya)

9

amboi happy sangat muka nie dapat makan 3 KFC Super Jimat Box

https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box

Abang Nara telah pun membeli Twister Box sebab suka sangat dengan KFC Twister baharunya, lepas tue order Soup Box sebab tak pernah lagi cuba dan yang terakhir Abang Nara order Tenders Box sebab teringin nak rasa kerangupan Crispy Tenders dengan sos Sour Cream & Onion. Diingatkan sekali lagi setiap kotak ini turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Confirm kenyang tak ingat punya.

10

muka tersenyum tak sabar nak merasai kelazatan KFC Super Jimat Box

Ok marilah kita melihat aksi Abang Nara mencuba ketiga-tiga KFC Super Jimat Box ini:-

11

yang nie tak perlu cerita banyak la, memang sedap amat Cheezy Twister nie

12

gambar tengah makan Crispy Tenders tidak sempat diambil sebab habis dalam sekelip mata. Rangup yang amat. Terpaksa ambil gambar makan ayam KFC

13

boleh tahan rasa Zinger Mushroom Soup nie, anak Abang Nara mesti suka

Selain daripada kesedapan dan kekenyangan yang pasti apabila memakan KFC Super Jimat Box ini, apa yang paling Abang Nara suka tentang promosi terbaru KFC ini ialah harganya. Memang jimat yang betul-betul jimat punya. Bermula daripada RM8.95 dah boleh dapat satu set makanan lengkap. Memang berbaloi-baloi sangat. Lagi best, anda boleh menang RM1500 apabila berkongsi gambar atau video menikmati KFC Super Jimat Box dengan cara yang paling kreatif menggunakan hastag #KFCSUPERJIMATBOX #SOWORTHIT di Instagram. Dah la dapat jimat duit, ada pulak peluang nak buat duit. Memang best!!!

14

Jadi tunggu apa lagi? Silalah ke KFC berdekatan, order Super Jimat Box, makan sampai kenyang dan jangan lupa sertai contest yang menawarkan wang tunai RM1,500 ini. Mana tahu ada rezeki korang kan? Selamat mencuba. Maklumat lanjut layari https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box

Page 1 of 3512345...102030...Last »