Written by Bella | March 31st, 2017

Semalam, bertebaran khabar angin kononnya pelakon Faye Kusairi bakal berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta. Berita itu menjadi perhatian netizen selepas Faye memuat naik foto ibu bapanya sedang menyusun kad jemputan. Mereka beranggapan Faye sudah mahu mendirikan rumah tangga.

Walaubagaimanapun, Faye menerusi portal Harian Metro menafikan berita tersebut dan menjelaskan kad jemputan itu sebenarnya adalah undangan untuk menyambut hari lahir anak saudaranya.

Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini. Saya belum lagi nak berkahwin.

Lagipun belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini.

Jika mempunyai jodoh sehingga ke jinjang pelamin bersama Azmi, Faye akui beliau tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya kerana ia adalah satu berita baik yang seharusnya dikongsikan kepada umum.

Kalau sudah kecoh, maknanya ramai yang menantikan Faye dan Azmi untuk berkahwin. Semoga ada jodoh antara mereka untuk bergelar suami isteri.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 30th, 2017

Sekitar jam 8.37 malam tadi, pelakon Nora Danish akhirnya sudah sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri dengan dua kali lafaz selepas 3 tahun bercinta.  Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah bertempat di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur secara tertutup.

Nora dan Nedim dinikahkan oleh jurunikah Khairul Asyraf Ahmad dan pengantin perempuan turut menerima mas kahwin berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Kedua-duanya tampak segak dan anggun dalam persalinan warna putih. Untuk pengetahuan semua, busana yang dipakai oleh Nora adalah daripada koleksinya sendiri, Owl By ND.

Pasangan ini berharap perkahwinan yang dibina kali ini dapat berkekalan sehingga akhir hayat dan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan lagi cahaya mata selepas ini.

Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami.

Jom lihat beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Nora dan Nedim dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Instagram HLIVE / #nenosaysido

 
Written by Bella | March 30th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli, Nora Danish dan Nedim Nazri yang baru sahaja sah bergelar suami isteri sebentar tadi dengan dua kali lafaz. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh sanak saudara, rakan artis dan rakan rapat Nora dan Nedim.

Turut hadir bersama ialah bekas suami Nora, Jejai yang juga begitu “sporting” untuk merakam Insta Live sepanjang majlis akad nikah berlangsung.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Nora Danish dan Nedim. Semoga ikatan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Written by Bella | March 30th, 2017

Kejayaan single Mungkin Saja yang berjaya mendapat tempat di separuh akhir Muzik-Muzik 31 tahun lalu membuatkan pelakon Janna Nick untuk menghasilkan sebuah lagi lagu baru, Lena Yang Tenang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun, Janna menafikan beliau ingin mengejar pengiktirafan sebagai penyanyi.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya bakal tampil dengan single kedua khas buat peminat dan lagu itu santai dan tidak mencabar vokal pun. Kejayaan lagu sebelum ini juga sehingga berjaya mendapat tempat di separuh akhir Muzik-Muzik tahun lalu membuatkan saya bersemangat untuk tampil dengan lagu baru.

Tetapi single terbaru ini bukannya saya hasilkan untuk mengejar anugerah atau mendapat pengiktirafan kerana paling penting melodinya sedap didengar serta mesra radio.

Untuk makluman semua, kali ini Janna sendiri yang menulis lirik lagu dengan bantuan penyanyi Ippo Hafiz sebagai komposer. Janna menyifatkan lagu beliau kali ini adalah sentuhan istimewanya buat peminat.

Saya boleh sahaja serahkan bulat-bulat kepada Ippo dan hanya menyanyi tetapi saya tidak mahu memilih cara itu sebaliknya ingin terlibat sama dalam pembikinan Lena Yang Tenang. Tambahan pula saya senang bekerja dengan Ippo kerana dia boleh menerima kritikan jika ada perkara yang saya tidak puas hati dan sebaliknya.

Menyanyi adalah minat Janna dan tidak mustahil satu hari nanti minat beliau ini akan membuatkan beliau boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian. Bagus Janna sebab mencuba benda baru  dan sudah boleh menulis lirik lagu.

Sumber Berita : mStar Online

BANNER 500pxX500px-EKS MEI 2017

P.S: Abang Nara ada berita baik untuk ada yang baru ingin melanjutkan pelajaran anda ke menara gading. Kini anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma eksekutif dengan Universiti Malaya untuk sesi pengambilan Mei 2017.

Buat mereka yang memang inginkan program yang fleksibel dan diikitiraf, Abang Nara cadangkan agar mengambil program Diploma Eksekutif Universiti Malaya. Banyak kursus-kursus menarik seperti perakaunan dan pengurusan. Boleh sambung belajar sama ada di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan atau Johor. Inilah peluang yang bagus untuk menyambung pendidikan anda. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Page 3 of 4112345...102030...Last »