Written by Bella | March 25th, 2017

Sehingga hari ini, masih ada lagi netizen yang mempersoalkan tindakan Shah Iskandar memegang tangan Uqasha Senrose. Hampir setiap hari, pelbagai kritikan dilemparkan kepada kedua-dua pelakon ini.

Mungkin sudah rimas dengan persepsi negatif yang diterima, Shah menganggap isu tersebut tidak harus diperbesarkan lagi. Shah menegaskan beliau memegang tangan Uqasha semata-mata untuk memastikan keselematan  serta keselesaan Uqasha yang ketika itu memakai kasut bertumit tinggi.

Saya perlu memastikan Uqasha selesa dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bukan hanya Uqasha, tetapi saya juga melakukan perkara yang sama terhadap pelakon wanita lain. Saya tidak berbuat apa-apa kesilapan, jadi ada baiknya perkara ini tidak diperbesarkan.

Saya faham asam garam dunia hiburan apabila perkara kecil sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian ramai. Saya mengaku memimpin tangan Uqasha, tetapi saya tiada niat lain kecuali memastikan keselamatannya.

Tambah Shah, beliau bersyukur kerana isteri beliau memahami apa yang berlaku dan isu tidak menimbulkan sebarang masalah didalam rumah tangga mereka.

Syukur kerana isteri memahami malah enggan memperbesarkan isu ini apabila ada pihak media menghubungi untuk mendapatkan komennya.  Sebelum ini, saya pernah memimpin tangan pelakon wanita lain tetapi tidak pula diperbesarkan. Lagipun, ia tidak membabitkan perasaan jadi tidak perlu ia dijadikan isu.

Shah Iskandar & Isteri

Mana-mana pelakon wanita yang bergandingan dengan Shah Iskandar pasti beruntung bukan kerana Shah seorang yang prihatin dan sering menjaga keselamatan mereka. Memang “gentleman” habis Shah ni. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 24th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezzany kerana bakal menimang cahaya mata bersama tidak lama lagi selepas Abby kini sah berbadan dua.

Berita gembira itu diumumkan oleh Abby sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan beliau positif hamil.

Menerusi kapsyen Abby, beliau ternyata merasa syukur tidak terhingga dengan kurniaan Allah SWT ini dan sebenarnya mengidamkan untuk mendapat anak kembar. Ruangan komen di Instagram Abby dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan Abby dan kandungan.

Sekitar tahun lepas, Abby pernah keguguran sewaktu beliau mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya. Namun, Abby redha dengan ketentuan takdir tetapi masih tidak berputus asa dan berdoa untuk hamil lagi.

Alhamdullillah, semoga Abby diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan beliau.

Written by Bella | March 24th, 2017

Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak enam bulan lepas. Mengakui jejaka berkenaan yang paling rapat dengan beliau setakat ini, Fasha juga sudah memperkenalkan beliau dengan dua orang anaknya.

Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.

Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.

Tentu ada yang ingin tahu, apakah agaknya ciri-ciri lelaki idaman Fasha? Menurut selebriti pujaan ramai itu, beliau mencari seorang lelaki yang memahami diri dan kerjayanya.

Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya.

Lebih setahun bergelar ibu tunggal, Fasha memberitahu beliau menyasarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Harapnya, hubungan Fasha dan si dia boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin jika ada jodoh. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 24th, 2017

Komposer dan juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin iaitu Johan Nawawi meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. Walaubagaimanapun, punca kematian Johan masih belum diketahui.

Khabarnya Allahyarham dimasukkan ke hospital malam semalam.  Allahyarham sebenarnya mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, jantung dan gout.

Jenazah dimaklumkan akan dimandi dan dikafankan di masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya selepas solat Jumaaat.

Kami di BeautifulNara mengucapkan takziah buat Nora dan keluarga atas pemergian insan tercinta. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 1 of 311234567...Last »