Written by Bella | February 23rd, 2017

Sebelum ini, peminat Lofattah merasa teruja kerana khabarnya Neelofa dan Fattah sekali lagi akan bergandingan didalam drama terbaru arahan Michael Ang.  Namun, peminat mereka dikejutkan dengan berita Neelofa yang mengesahkan beliau menarik diri daripada berlakon semula dengan Fattah.

Terus-terang, ramai yang tertanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Neelofa dan Fattah kerana dalam kenyataan sebelum ini, Neelofa pernah memberitahu beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan Fattah dalam mana-mana drama meskipun mereka dihimpit pelbagai kontroversi.

Walaubagaimanapun, Neelofa baru-baru ini menerusi satu muat naik di akaun Twitter beliau memberitahu, walau apa yang terjadi antara beliau dan Fattah, mereka tetap akan berkawan.

Kami tahu ramai juga yang sudah bosan bukan membaca cerita mereka.  Sudah tiba masa untuk peminat Lofattah move on dan tidak terlalu mengharapkan Neelofa dan Fattah untuk bercinta dan sebagainya.

Written by Bella | February 23rd, 2017

Pelakon Nazim Othman menafikan dakwaan rumah tangganya bersama Bella Dally sedang bergolak seperti yang hangat diperkatakan oleh ahli forum dan menjadi isu yang agak panas semalam.

Tidak mudah melatah dengan khabar angin tersebut,  Nazim berkata beliau hanya tidak suka berkongsi kisah peribadi.

Terima kasih kepada yang bertanya, itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami. Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja.

Dari dahulu lagi saya memang tak suka berkongsi kisah peribadi. Malah selepas berkahwin pun prinsip saya masih sama. Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut.

Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi yang tertanya mengenai status rumah tangga Nazim dan Bella.  Biarlah mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam keadaan yang lebih “privacy”.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 22nd, 2017

Sedang asyik melayari Internet hari ini, kami agak terkejut juga ketika membaca persoalan ahli forum mengenai status rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally.

Wujud beberapa dakwaan dimana Nazim dan Bella tidak lagi memuat naik foto bersama di akaun Instagram mereka selain Bella yang turut memadam foto mereka yang terdahulu. Malah, foto percutian bulan madu mereka juga sudah dipadam.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut merasa hairan kerana Nazim sering bersendirian ketika menghadiri acara hiburan. Iyalah, kalau pasangan selebriti yang baru sahaja berkahwin, pasti mereka mahu kemana sahaja berdua dan kerap memuat naik foto romantis dan mesra di media sosial.

Walaupun khabar angin tersebut sudah hangat diperkatakan, Nazim dan Bella belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Kami harap rumah tangga Nazim dan Bella tidak mempunyai masalah serius dan pastinya mereka mempunyai alasan mereka tersendiri untuk tidak terlalu mendedahkan kemesraan mereka di media sosial.

Sumber Berita : Forum CARI

Written by Bella | February 22nd, 2017

Watak Mia Adriana didalam drama 7 Hari Mencintaiku membuatkan nama pelakon Siti Saleha melonjak naik dan semestinya lebih dikenali.

Bukan mudah sebenarnya untuk wanita berdarah kacukan Melayu – Inggeris ini untuk mengukuhkan namanya didalam industri lakonan tanah air. Pernah mengenali erti keperitan bergelar anak seni, Siti Saleha memberitahu  perlu untuk bersikap deman dalam soal bayaran sesuai dengan kualiti kerja yang diberikan.

Sebagai pelakon, perlu tahu harga pasaran lebih-lebih lagi apabila sudah lama dalam industri. Saya bukan mengajar untuk menjadi demand, tetapi ia perlu supaya orang tidak pijak kepala dengan memberi bayaran tidak setimpal. Walaupun kedengaran seperti perkara buruk tetapi tidak semua berkaitan soal demand ada unsur negatif. Kalau bijak menggunakannya, ia memberi kebaikan kepada diri.

Bukan itu sahaja, pelakon harus bijak memilih naskah yang diberikan, karakter dan pengarah kerana ia sebenarnya penting dalam menentukan karier seseorang pelakon itu.

Kalau mahu menerima sesuatu tawaran, tidak boleh main ambil sahaja. Paling penting, perlu nilai apa jenis karakter yang ditawarkan. Selain itu, penulisan skrip sangat memainkan peranan kerana ia mampu mencantikkan lagi gaya lakonan di dalam drama.

Memang bernas setiap kata-kata Siti Saleha. Kadang-kadang kesian juga melihat artis yang betul-betul mempunyai kualiti kerja yang cemerlang tetapi bayaran yang diterima tidak setimpal dengan usaha mereka. Pemilihan skrip dan produksi drama yang baik juga penting dalam kerjaya sebagai artis.

Sumber Berita : Kosmo Online