Written by Bella | February 24th, 2017

Pernah mengeluarkan kenyataan sedang rapat dengan Raja Muda Selangor, pelakon Neelofa sehingga hari ini masih diasak dengan pelbagai persoalan selain ada yang mengatakan beliau dan RMS bercuti bersama baru-baru ini.

Sudah agak rimas dengan segala persoalan, Neelofa akui beliau enggan lagi berkongsi mahupun mengulas lanjut mengenai kisah peribadinya.

Kalau boleh saya tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan berkaitan kisah peribadi. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya berikan. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi.

Dalam pada itu, Neelofa juga menafikan dakwaan beliau menarik diri daripada drama terbaru Michael Ang kerana tidak mahu bergandingan lagi dengan Fattah. Menurut Neelofa, beliau memang mahukan watak didalam drama tersebut cuma wujud beberapa sebab yang membuat beliau terpaksa menarik diri.

Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya. Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya.

Lumrah menjadi selebriti popular, tentu sekali ramai yang ingin tahu tentang kehidupan peribadi dan kisah cinta Neelofa.  Namun, kadang-kadang ada juga yang mencetuskan spekulasi yang agak melampau. Apa-apa pun, itu adalah hak Neelofa untuk tidak lagi mengulas lebih lanjut mengenai kisah peribadinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 24th, 2017

Hanya kerana memuat naik foto beliau bergambar bersama bekas kekasihnya, Ashraf Muslim ketika menghadiri  Malam Gala Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 , ruangan Instagram Sherry Ibrahim dibanjiri dengan pelbagai komen tentang mereka berdua. Jelas sekali, tindakan beliau bergambar dengan bekas kekasihnya itu menarik perhatian ramai.

Menurut Sherry, mereka sudah saling bermaafan dan tidak salah untuk mereka berkawan. Sebelum ini, Sherry dan Ashraf sudah beberapa kali terserempak di acara hiburan tetapi sekadar bertanya khabar dan bertegur sapa sahaja.

Tambah Sherry, beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ditawarkan untuk berlakon dengan Ashraf.

Kami sudah saling bermaafan dan tak salah untuk kami bersahabat. Rasa janggal itu memang ada apabila terserempak dengannya. Kali terakhir kami bergambar bersama adalah kira-kira lapan tahun lalu.

Saya dan Ashraf bekerja secara profesional. Kalau ada tawaran untuk kami bergandingan, tak menjadi masalah kerana saya akan jalankan tugas saya sebagai pelakon. Skrip pun perlulah sesuai dengan penampilan saya dan dia kini adalah suami orang.

Masing-masing sudah move on dan mempunyai kehidupan sendiri sekarang. Bak kata Sherry, apa salahnya untuk mereka berkawan. Perkara lalu jangan dikenang lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 24th, 2017

Gara-gara mengenakan pakaian tradisional kaum Iban, Ngepan Indu, kumpulan Zero baru-baru ini dikecam kerana dianggap mempersendakan kaum tersebut ketika melakukan persembahan di MLM 2017.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, kumpulan Zero telah tampil memohon maaf secara terbuka. Menurut Sharif, Atu dan Syaiful, mereka  tidak pernah mempunyai niat untuk menimbulkan  kemarahan serta mempersendakan mana-mana pihak.

Kami tiada niat apa-apa, apatah lagi untuk mempermainkan budaya kaum Iban. Kami amat berharap dapat dimaafkan. Insya-Allah, perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi.

Atu  juga berkata , selepas ini mereka akan lebih peka selain berhati-hati dengan setiap kandungan persembahan.

Kami akan jadikan ini sebagai pengajaran dan diharap untuk persembahan minggu-minggu akan datang tidak akan berlaku lagi perkara yang sama.

Harapnya dengan permohonan maaf ini, tiada lagi pihak yang mengkritik dan mengecam mereka. Memang isu ini agak sensitif tetapi mereka juga tiada niat untuk mempersendakan kaum Iban. Berikan mereka peluang sekali lagi untuk memperbaiki kelemahan mereka dan lebih peka dengan lawak yang dilakukan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 23rd, 2017

Terkenal kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat, pelakon Sharifah Sakinah tetap aktif bersenam di “gym” meskipun sedang sarat hamil.

Menerusi muat naiknya di Instagram, Sakinah memberitahu beliau bersenam bagi mengelakkan untuk terkena penyakit kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun, beliau tetap menasihatkan ibu-ibu yang sedang hamil diluar sana untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman ketika hamil. Pastikan juga mereka bersenam dengan kaedah yang betul juga.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto Sakinah yang aktif bersenam dengan membaca entri ini sepenuhnya.