Written by AbangNara | February 1st, 2017

Abang Nara dah lama kagum dengan Kim Jong Kook sepanjang menonton Running Man. Dia punya “gentleman” kepada para tetamu terutamanya wanita memang first class. Baru-baru ini episod istimewa Kim Jong Kook “blind date” pun tersangatlah best. Kelakar juga tengok aksi malu-malunya di samping seorang wanita. Untunglah sesiapa yang dapat menjadikan Kim Jong Kook sebagai suami.

kim jong kook

Dan berita gembira tentang pembatalan rancangan Running Man yang tidak terjadi adalah kerana Kim Jong Kook berjaya memujuk rakan-rakannya yang lain untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam program ini. Pengarah Running Man telah pun berjumpa dengan Jong Kook dan bertanya sama ada dia mahu meneruskan rancangan tersebut. Selepas bersetuju, mereka berdua telah bertemu dengan 5 ahli Running Man yang lain di mana Jong Kook telah berjaya mengubah fikiran mereka. Ternyata Jong Kook bukan sahaja power dan gagah di dalam Running Man, malah begitu berkarisma di dunia sebenar sehingga dapat memujuk rakan-rakannya.

running man

Apa-apa pun, episod Running Man kebelakangan ini memang menghiburkan kerana memberi peluang untuk setiap ahli melakukan episod mereka sendiri. Tak sabar nak tengok episod Kwang Soo dan Jae Suk. Mesti super duper kelakar punya. Harap-harap tiada lagi persengketaan di antara ahli Running Man dan produksi selepas ini. Semoga Running Man berkekalan untuk selama-lamanya.

Written by Bella | February 1st, 2017

Kekecohan isu sekatan Imigresen yang  diperintahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang juga dengan tegasnya melarang imigran Muslim daripada memasuki negara berkenaan telah membuatkan penyanyi Yuna risau dengan keadaan pelajar Malaysia di sana.

Menerusi satu status yang dimuat naik oleh Yuna di akaun Twitternya, beliau berpesan kepada semua pelajar Malaysia untuk menjaga diri dan jangan segan untuk berhubunga dengan beliau sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan serta memaklumkan setiap perkara terkini kepada beliau.

Keprihatinan Yuna itu mendapat reaksi positif daripada pelajar-pelajar Malaysia dan mereka dilihat turut membalas status Yuna. Mereka masih berada dalam keadaan baik dan selamat.

Perintah yang dikeluarkan oleh Donald Trump sebenarnya ditentang juga oleh sesetengah rakyat Amerika Syarikat, sepanjang minggu ini, presiden itu menerima pelbagai komen negatif termasuk daripada beberapa selebriti antarabangsa terkenal.

Kami juga mendoakan  kesejahteraan bukan sahaja pelajar-pelajar Malaysia selamat tetapi semua saudara sesama Islam kita yang berada di sana.

Written by Bella | February 1st, 2017

Uqasha Senrose baru-baru ini digosipkan bercinta dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad gara-gara sering meninggalkan komen di Instagram Hefny dan seakan cemburu apabila Hefny bergambar rapat dengan wanita lain.

Terbaru, Uqasha mengakui Hefny adalah lelaki paling rapat didalam hidupnya buat masa ini, tetapi mereka belum lagi bercinta seperti yang diperkatakan.

Kami belum sampai tahap bercinta. Kami masih dalam proses berkawan lagi. Saya juga tidak mahu orang cakap asyik mencari publisiti dengan bercinta pula. Saya percaya lebih baik kalau kenyataan keluar daripada pihak Hefny sendiri.

Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.

Sebelum ini, Uqasha dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar. Namun, sehingga hari ini Uqasha enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 1st, 2017

Dunia selebriti ini bukanlah setakat populariti ataupun glamor sahaja, ia juga mengundang kontroversi dan gosip kerana setiap tindakan mereka akan diperhatikan.

Itulah juga “harga” yang perlu dibayar oleh Fathia Latiff sebagai selebriti apabila beliau sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara mengenakan pakaian agak seksi dengan tudung yang singkat ketika menghadiri Gala Night anjuran Mood Republik.

Buat netizen, baju berkenaan tidak sesuai dengan imej Fathia sebagai wanita muslim berhijab kerana ia menampakkan bentuk badannya.

Berikut antara komen netizen :-

Walaubagaimanapun, Fathia nampaknya berdiam diri dan enggan ambil peduli dengan kritikan netizen. Mungkin beliau sudah lali dengan situasi seperti ini.  Apa pula pendapat korang?

Kredit Foto : Niezam Zaini