Written by AbangNara | February 20th, 2017

Abang Nara adalah pengguna tegar applikasi Grab. Honestly Grab ini memang memudahkan diri ini untuk bergerak sekitar Kuala Lumpur dengan harga yang amat berpatutan. Selalu lepas hantar anak tadika, Abang Nara akan parking kereta di The Curve. Dari situ Abang Nara akan naik Grab pergi shopping kat KLCC, pergi meeting jumpa client, pergi beli barang dapur di Publika dan sebagainya. Mudah, murah dan selesa sangat-sangat.

grabshare

Benda yang paling Abang Nara suka tentang applikasi Grab ini kepelbagaian pilihan yang disediakan. Boleh tempah GrabTaxi, boleh tempah GrabCar, boleh pilih GrabCar premium dan macam-macam lagi. Terbaru, kini Grab menyediakan pilihan terbarunya yang sangat inovatif iaitu GrabShare.

grabshare

GrabShare ini kalau dah bahasa mudahnya ialah perkongsian perjalanan dengan invididu lain yang menuju arah sama. Contohnya Abang Nara dari The Curve nak pergi ke KLCC. Abang Nara pilih GrabShare dan ada orang lain dari The Curve yang nak pergi ke Prince Court Medical Centre pada masa yang sama. Jadi kami berdua akan disatukan di dalam sebuah kereta dan berkongsi membayar tambang GrabShare tersebut. Paling best ialah penjimatan boleh dilakukan sehingga 30% apabila menggunakan GrabShare ini walaupun tak ada invididu lain yang turut sama naik. Untuk makluman, harga yang ditunjukkan ketika membuat tempahan adalah jauh lebih murah berbanding pilihan yang lain di Grab. Power kan?

grabshare

ini diagram untuk memudahkan lagi korang faham tentang GrabShare ini

Untuk memastikan keselesaan penumpang yang menggunakan GrabShare, hanya 2 penumpang sahaja yang boleh diterima dalam satu masa. Maksudnya kalau Abang Nara nak gi dating dengan wife ke KLCC, boleh guna GrabShare ini Tapi kalau Abang Nara, wife dan anak-anak, maka kami tak boleh guna GrabShare ini. Maksimum di dalam kenderaan GrabShare ialah 4 orang. Selain itu pemandu GrabShare hanya akan menunggu selama 3 minit sahaja untuk mengambil penumpang agar pembaziran masa tidak berlaku. Paling penting hanya akan ada 2 destinasi sahaja. Tak ada destinasi tambahan untuk keselesaan semua pihak. Jadi tak adalah korang ambil masa yang lama untuk sampai ke tempat dituju. Hanya perlu detour sikit sahaja untuk penjimatan sehingga 30%. Tak ke berbaloi?

Ok mesti ada yang tanya camner pulak kalau ada tol masa on the way ke destinasi tue? Senang je. Kalau anda dan pengguna GrabShare yang lain ada di dalam kereta ketika tol perlu dibayar, maka kedua-duanya akan berkongsi untuk bayar harga tol tersebut. Tapi kalau time kena bayar tol tue korang tak ada dalam kereta GrabShare, maka tak perlulah korang keluarkan duit bayar harga tol. Senang je kan? Benda mudah camnie tak kan tak faham kan?

Bagi Abang Nara, selain penjimatan sehingga 30%, GrabShare juga membolehkan kita berkenalan dengan invididu lain. Bolehlah borak-borak, buat connection untuk cari kerja atau projek ke, sembang isu semasa dan macam-macam lagi. At least tak adalah bosan sangat sepanjang perjalanan tue kan? Selaku pengguna tegar Grab, sesungguhnya Abang Nara memang excited dengan kehadiran GrabShare ini. Korang pula camner?

Jadi tunggu apa lagi? Download applikasi Grab anda hari ini dan gunakan GrabShare untuk penjimatan sehingga 30%. Maklumat lanjut layari http://grb.to/BNara atau kunjungi laman FB GRAB Malaysia di sini.


Written by Bella | February 20th, 2017

Pelakon berdarah kacukan, Catriona Ross nampaknya semakin menawan dan tampak berbeza dengan tubuh badan yang lebih langsing. Ramai pengikutnya di Instagram memuji bentuk badan Catriona dan teringin untuk kelihatan kurus sepertinya.

Namun, Catriona akui suaminya Shaharuddin Mokhtaruddin semakin cemburu sejak tubuhnya langsing. Menurut Catriona, kini suaminya kerap menghubunginya ketika beradad di luar meluangkan masa bersama rakan.

Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang. Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa. Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan. Padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah.

Walaubagaimanapun, Catriona menganggap perubahan suaminya itu sebagai sesuatu yang positif didalam rumah tangganya.

Catriona dan Shaharuddin, dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jamal Raess, 5 dan Edruce Riyadh, 2.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | February 20th, 2017

Sekarang masa berlalu dengan pantas, dalam diam, anak kembar Datin Paduka Eina Azman yang lahir pada 19 Februari tahun lalu, iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef sudah genap berusia satu tahun.

Semalam, Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah meraikan hari jadi anak mereka dengan tema Hawaiian di Grand Ballroom The Westin Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah dan dihadiri oleh saudara mara, rakan rapat dan beberapa rakan selebriti.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto ketika majlis hari jadi Aubrey dan Karl dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : teddyfilm.co

 
Written by Bella | February 20th, 2017

Masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan tahniah buat pasangan Akim Ahmad dan Stacy atas kelahiran cahaya mata perempuan sulung mereka bersama pada 17 Februari lepas di sebuah hospital swasta.

Menerusi akaun Instagram Akim,  beliau sendiri telah memuat naik foto sekeping kertas dengan nama penuh anaknya, Eshaal Binti Afiq Hakim yang turut ditulis dalam tulisan Jawi.

Sebenarnya, Stacy bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaannya iaitu pada 28 Februari ini.

Akim dan Stacy bernikah di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari tahun lalu. Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Bella yang kini berusia 5 tahun.

Harapnya dengan kehadiran orang baharu didalam  keluarga Akim dan Stacy, ia akan mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka dan sekaligus dikurniakan dengan rezeki yang lebih lagi. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 10 of 33« First...89101112...2030...Last »