Written by AbangNara | January 19th, 2017

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Era Digital Muzik Awards di MATIC Jalan Ampang. Anugerah yang buat pertama kali dianjurkan ini telah berlangsung dengan meriah sekali. Ia telah dijana dengan Digi Prepaid Live yang memberikan 8GB percuma setiap bulan untuk streaming video dan muzik.

dma

Anugerah ini hanya boleh ditonton menerusi Facebook Era FM. Memang sangat-sangat digital. Nanti Abang Nara akan kongsikan lebih mendalam tentang Anugerah Era Digital Muzik Awards ini. Buat masa ini, jom kita layan beberapa keping gambar sekitar malam tersebut. Memang happening sangat-sangat. Sumber FB Era.

 
Written by Bella | January 19th, 2017

Umum mengetahui Rozita Che Wan sebelum ini memberitahu beliau belum bersedia untuk menambah anak lagi seperti yang suaminya, Zain Saidin mahukan. Sudah mencecah usia 44 tahun, Che Ta hanya ingin memberikan fokus kepada perkembangan ketiga-tiga anaknya.

Walaubagaimanapun, Zain memberitahu beliau tidak akan pernah putus asa dan akan terus memujuk Che Ta untuk hamil lagi.

Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini. Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi.

Pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.

Rozita juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertama beliau dengan seorang juruterbang.

Harapnya Zain Saidin berjaya memujuk Che Ta untuk hamil lagi. Memang ada risikonya apabila hamil pada usia lewat 40 an tetapi kalau sudah ada rezeki daripada Allah SWT, pasti ia akan dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 19th, 2017

Selepas meninggalkan  Running Man pada 31 Oktober 2016, Kang Gary khabarnya bakal muncul kembali di dalam rancangan popular tersebut.

Menurut produser Running Man, iaitu Lee Hwan Jin, Gary akan mengambil bahagian di dalam satu episod istimewa. Untuk pengetahuan peminat Running Man, kemunculan Gary adalah kejutan buat peserta yang lain.

The episode is set to air 2 weeks later so it’s difficult for me to tell you the content of it but it was kept very secret so everyone was surprised. It will be filled with secrets and surprises so please look forward to it.

Difahamkan episod istimewa itu bakal ditayangkan pada 29 Januari ini. Setakat ini, setiap program bagi episod tersebut dirahsiakan. Banyak kejutan yang akan dilakukan.

Wah, nampaknya ia berita yang agak baik buat peminat Running Man yang merindui Gary. Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton episod istimewa itu nanti.

Sumber Berita : Koreaboo.com

Written by Bella | January 19th, 2017

Berita palsu tentang kematian artis semakin menjadi-jadi, kali ini gelaran pelawak Lan Pet Pet pula menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita kematian beliau di sejak beberapa hari lepas di WhatsApp dan Facebook.

Kali pertama kejadian seperti ini menimpa dirinya, Lan bagaimanapun agak tenang tetapi meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebarkan berita palsu kerana ia membuatkan ibunya risau.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Langkawi ke Kuala Lumpur. Ibu saya, Asma Abdullah, 89, begitu terkejut dan sedih ketika dimaklumkan perkara itu dan terus menghubungi telefon bimbit saya, kemudian saya menjelaskan perkara sebenar, baharulah ibu lega.

Saya tidak kisah sangat dengan berita seperti ini, tetapi tolonglah kasihani ibu saya yang sudah tua. Anda bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu ketika itu, saya harap perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Laman Facebook yang menyebarkan berita palsu Lan Pet Pet meninggal dunia

Lan memberitahu beliau sudah memaafkan individu menyebarkan berita  berkenaan walaupun mengakui tidak mengenali siapa dalang di sebalik penyebaran berita itu.

Saya tenang selepas mendengar nasihat ibu, katanya, biarlah apa orang nak buat pada kita, hanya mereka yang mengenali diri kita tahu hal sebenar dan hati budi kita. Ibu juga berpesan supaya tidak mempedulikan cerita yang tidak betul supaya saya boleh fokus kepada kerjaya.

Berita palsu itu disebarkan menerusi sebuah laman Facebook degan nama Sinar Harian. Walaubagaimanapun, pihak akhbar Sinar Harian menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka.

Sumber Berita : Sinar Harian