Written by Bella | January 9th, 2017

Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah dihujani dengan pertanyaan bilakah agaknya mereka bakal mendapatkan zuriat. Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata.

Menurut Amar, urusan untuk mendapatkan zuriat adalah diluar kemampuan mereka suami isteri. Amar sedikit pun tidak pernah mendesak Amyra untuk hamil dalam waktu terdekat kerana percaya rezeki untuk menimang cahaya mata juga terletak pada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sebenarnya masih terlalu awak untuk memperkatakan tentang perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam alam rumah tangga ini.

Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua buat kami berdua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki.

Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan.

Masyarakat kita sebenarnya tidak boleh lari dengan soalan tentang cahaya mata meskipun baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan.  Soal cahaya mata ini tidak boleh dipaksa juga kerana ia bergantung kepada rezeki dan takdir. Doakan yang baik-baik sahaja buat Amar Baharin dan Amyra Rosli, inshaAllah satu hari nanti pasti mereka berpeluang untuk menjadi ibu dan bapa.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | January 9th, 2017

Kehadiran adik beradik Senrose seperti Nelydia, Uqasha dan Raysha sering mencuri tumpuan ramai dari segi kerjaya, penampilan dan kisah cinta mereka. Mereka boleh dikatakan antara keluarga selebriti popular.

Apabila sudah popular, tentu sekali ada juga sesetengah pihak yang sering mencari kesalahan dan sering menngkritik mereka.

Berbicara mengenai isu tersebut, Nelydia akui kehidupan ini tidaklah selalu indah dengan pujian semata-mata.

Orang akan sentiasa bercakap walaupun kami tak buat apa-apa. Apatah lagi kalau ada isu yang timbul.  Macam nilah, saya rasa baik saya, Uqasha mahupun Raysha, tiada antara kami yang mampu menutup mulut orang. Apa yang kami boleh buat ialah berikan yang terbaik pada kerja dan industri. Masing-masing mainkan peranan. Yang mana mahu berlakon, teruskan. Yang mana mahu bisnes atau belajar, juga teruskan.

Namun, ia tidak bermaksud mereka tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang ramai tetapi mereka tahu bahawa orang tetap akan cuba mencari sesuatu perkara yang boleh dibicarakan berkaitan dengan mereka.

Ia bukan bermaksud kami dah tak peduli apa orang nak kata, cuma iyalah, kita semua tahu orang diluar sana akan sentiasa punya benda untuk diperkatakan. Dari sudut positif, ya, mungkin mereka sebenarnya prihatin dengan kami bertiga. Kalau dalam bab itu, syukur juga.

Susah untuk puaskan hati semua pihak tetapi kalau kita layan setiap kritikan orang, memang boleh berikan tekanan juga. Bak kata Nelydia, mulut orang kita tidak boleh tutup dan terima sahajalah jika mereka ingin berkata-kata.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | January 9th, 2017

Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah melancarkan single keduanya, Wanita Terakhir dan ia mendapat sambutan yang agak baik daripada peminat.

Setelah mendengar lagu berkenaan, ada spekulasi yang mengatakan lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat Amdan, Anas dan Mel Ramlan itu sebenarnya ditujukan khas buat Neelofa.

Iyalah, mereka memang tengah hangat digosipkan sedang bercinta meskipun kedua-duanya menutup mulut mengenainya.

Berbicara mengenai lagu berkenaan yang kononnya ada kaitan dengan Neelofa, Fattah bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menidakkan perkara berkenaan.

Terpulang pada persepsi pendengar untuk menganggap lagu terbaru saya itu untuk siapa. Pastinya pada saya sendiri Wanita Terakhir itu didedikasikan kepada “si dia” tanpa mahu menyatakan individu terbabit secara nyata.

Jika kita amati lirik lagu Wanita Terakhir, memang agak mendalam juga maksudnya bukan? Apa pula pendapat anda, benarkah lagu berkenaan khas untuk pujuk hati Neelofa?

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube SY4ZW4NZ4INI

Written by Bella | January 9th, 2017

Umum mengetahui pelawak dan pelakon, Along Cham sudah bercerai talak satu dengan bekas pelajar AF 4, Zila Seeron sekitar bulan Ogos 2016 selepas menghadapi kemelut rumah tangga yang penuh dengan kontroversi.

Terbaru, Along dikatakan sudah menemui pengganti apabila memuat naik satu foto di akaun Instagramnya yang membawakan banyak maksud tersirat apatah lagi beliau juga menyertakan hashtag rusuk kiri.

Rata-rata pengikut beliau di Instagram mendoakan yang terbaik buat dirinya dan ada yang berharap agar segala perancangan Along buat masa depannya itu berjalan lancar.

Jika benar Along sudah bertemu pengganti dan merencana untuk berkahwin lagi, ia adalah satu berita yang agak baik. Kami mendoakan agar  segala yang dirancang oleh Along akan dipermudahkan dan inshaAllah perkahwinan kali ini dapat kekal sehingga akhir hayat.

Page 30 of 38« First...1020...2829303132...Last »