Written by Bella | January 15th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hazama yang sudah selamat diijabkabulkan bersama pemuzik Genervie Kam pada jam 10.30 pagi tadi di sebuah villa terletak di Gombak selepas hampir lima tahun bercinta.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran tidak dinyatakan.

Ini adalah pilihan Hazama sendiri yang mahukan majlis yang kecil dan ringkas serta mengutamakan perkara yang wajib sahaja untuk bergelar suami isteri.

Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.

Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran.

Alhamdullillah perancangan mereka untuk berumah tangga berjalan dengan lancar. Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal sehingga akhir hayat. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Official Hlive

Written by Bella | January 13th, 2017

Pagi tadi, pelakon Mia Ahmad telah selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan di Villa Sentosa, Taiping. Majlis tersebut berlangsung agak meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mia dan Izham tampak sepadan dan cukup bahagia bersama. Mia menerima mas kahwin RM2,000 tetapi merahsiakan jumlah wang hantarannya.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak esok. Kami mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan kekal sehingga anak cucu.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Mia Ahmad Dan Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : project2pi

 
Written by AbangNara | January 13th, 2017

Amboi, amboi, amboi. Ramai betul yang hantar email bertanya lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan Mikro BSN selepas Abang Nara kongsikan kisah kejayaan 3 usahawan (klik sini untuk baca) yang menggunakan produk tersebut untuk memajukan lagi perniagaan korang. Kalau nak balas satu persatu email, sampai minggu depan pun tak habis. Jadi Abang Nara dengan baik hatinya akan berkongsikan segala maklumat tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini di sini untuk tatapan anda semua.

bsn mikro

Baiklah. Mari kita bermula dengan sejarah skim ini terlebih dahulu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak tahu maka tak buat pinjaman. Skim Pembiayaan Mikro BSN telah bermula pada 15 Mac 2007 dengan nama Skim Mikro Kewangan dan kemudiannya dijenamakan semula kepada BSN Micro/i pada tahun 2016. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantu usahawan-usahawan mikro mendapatkan akses kewangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Contohnya kalau Abang Nara ada kedai runcit “NARA RUNCIT” dan nak buka satu lagi cawangan tapi tak ada modal, maka bolehlah buat pinjaman di bawah skim ini untuk buat modal.

bsn3

Saiz pembiayaan adalah daripada RM5,000 hingga RM50,000 untuk tempoh 1 sehingga 5 tahun. Untuk makluman, ada dua jenis Skim Pembiayaan Mikro iaitu BSN Micro dan juga BSN Micro-i iaitu untuk pembiayaan patuh shariah. Bidang-bidang yang layak untuk mendapat pembiayaan pula ialah pembuatan, perkhidmatan, peruncitan dan pemborongan. Selain daripada dijadikan modal dan untuk pembelian aset, pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk:-

1.Kembangkan lagi perniagaan korang ke tahap seterusnya
2.Mantap dan mampamkan lagi business korang. Contoh daripada 100 produk di kedai runcit, dengan pembiayaan ini produk jadi 300 terus.
3.Upgrade daripada domestik kepada eksport. Contoh kalau selama ini korang jual kain batik hanya untuk pasaran Malaysia, dengan Skim Pembiayaan Mikro BSN, korang leh terjun ke pasaran antarabangsa.
4.Melakukan penjenamaan untuk produk korang agar lebih femes, popular dan dikenali seantero dunia.

Amboi terasa macam buat karangan Bahasa Melayu pulak. Mesti korang dah lebih faham kan sekarang tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i nie. Mesti ada yang dah excited tak sabar nak pergi BSN untuk nak apply. Rileks dulu jangan over excited pulak. Baca dulu syarat-syarat di bawah nie. Kalau semua ok, baru leh gi cuba apply:-

1.Warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas (kalau tak ramai sangat Bangladesh dan Indonesia yang apply jugak)
2.Ada lesen perniagaan yang sah (ini kalau tak ada tak tahu la Abang Nara nak cakap apa)
3.Perniagaan dah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun (kalau baru 2 bulan harap bersabar sikit lagi ye)
4.Perniagaan diusahakan sepenuh masa (ini sebagai tanda anda seorang yang komited)
5.Penjamin (sekiranya diperlukan sahaja)

bsn

Maka bergegaslah ke cawangan BSN berdekatan untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini kepada pegawai bertugas. Insya Allah diorang akan tolong punya. Jangan lupa layari www.bsnmicro.com dan juga Facebook MyBSN untuk mendapatkan informasi terkini. Selamat mencuba dan selamat berniaga!!!

Written by Bella | January 13th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang sudah sah bergelar suami dan isteri kira-kira jam 10.18 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu teridiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi.

Mia menerima mas kahwin sebanyak RM 2,000 dan tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang.

Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.  Pelakon wanita itu kelihatan cukup anggun mengenakan busana yang direka khas oleh Lynda Rahim.

Difahamkan majlis resepsi  di pihak perempuan akan di Taiping Golf & Country Club Perak pada hari Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu pula akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Twitter tontonMY