Written by Bella | January 16th, 2017

Muncul dengan single berjudul Ini Lagi Boom bersama penyanyi rap popular Waris, pelakon Nora Danish memberitahu beliau sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk serius dalam bidang nyanyian. Nora menerima tawaran untuk menyanyi hanya sekadar suka-suka dan ingin memeriahkan industri muzik tanah air.

Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba.  Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula.

Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja.

Baru-baru ini berita Nora yang ingin mencuba nasib menjadi penyanyi menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong beliau dan tidak kurang juga mereka yang mempersoalkan kemampuan Nora untuk menyanyi.

Sumber Berita : mStar Online

Sumber Video : YouTube KRU Music

Written by Bella | January 16th, 2017

Minggu lepas, ada laporan akhbar mengatakan Fattah Amin dan Neelofa kini sudah berbaik semula selepas menghadapi beberapa kontroversi. Malah, Fattah dikatakan berusaha sebaiknya untuk menawan hati Neelofa semula.

Berbicara mengenai berita berkenaan, Fattah akui masih lagi berkawan dengan Neelofa dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Buat Fattah, beliau enggan lagi membangkitkan apa yang telah terjadi sebelum ini.

Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.

Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami.

Buat Fattah, lebih baik untuk orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan Neelofa dan berhenti membuat cerita yang tidak benar.

Pada masa yang sama, Fattah menjelaskan lagu Wanita Terakhir sejujurnya ditujukan buat  “si dia” yang kini cukup bermakna dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, Fattah belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut.

Ya, saya tidak mampu nafikan bahawa lagu itu adalah gambaran hati dan harapan saya juga. Saya akan terus menantikan ‘dia’ sampai bila-bila pun. Cuma buat masa sekarang, jangan tanya saya siapakah si ‘dia’ itu. Belum masanya untuk saya beritahu siapa yang dimaksudkan.

Tidak mengapalah, harapnya satu hari nanti Fattah Amin dapat tampil menjelaskan siapakah wanita yang sangat bermakna dan dinantikan oleh beliau itu. Ia sekaligus akan menjawab segala persoalan yang kini bermain di minda peminatnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 16th, 2017

Walaupun Nasha Aziz sudah jarang muncul di kaca televisyen, masih ada yang ingin mengetahui perkembangan kisah cinta beliau.

Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.

Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.

Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Sejujurnya Nasha ada keluar temu janji bersama lelaki tetapi beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang serasi dengan dirinya.

Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari.

Jika anda diluar sana yang masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai, janganlah putus asa dan bersedih. InshaAllah, satu  hari nanti akan ada yang menjadi peneman serta pelengkap hidup anda, teruskan berdoa.

Sumber Berita : BH PLUS

Written by Bella | January 16th, 2017

Tanggal 6 December 2016, pengarah Azmi Hatta akhirnya bertemu dengan anaknya Putri Sara Sefhia selepas konfliknya bersama bekas isteri, Elly Mazlein reda seketika.

Timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila ada sesetengah pihak mendakwa kekasih Azmi, pelakon Faye Kusairi kurang senang apabila Azmi bertemu bekas isteri dan anaknya.

Walaubagaimanapun, Faye menerusi satu kenyataan kepada THE MALAY MAIL ONLINE memberitahu beliau langsung tidak merasa cemburu malah menggalakkan Azmi untuk bertemu dengan cahaya matanya.

Kenapa saya perlu cemburu? Saya sokong keputusannya itu. Malah sebelum ini sayalah yang mencadangkan kepada dia

Tapi saya tidak hebahkan kepada orang lain, lagi pun orang sudah membenci saya. Kita kata apa, orang tidak akan percaya.

Dalam pada itu, Faye memberitahu beliau dan Azmi masih sibuk berbincang mengenai perkahwinan mereka yang mungkin akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE