Written by Bella | January 11th, 2017

Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah. Menerusi portal mStar Online, pelakon Wawa Zainal mendedahkan perkahwinan beliau dan Aeril Zafrel hampir musnah gara-gara seorang peminat fanatik yang mengakui Wawa sebagai kekasihnya.

Peminat itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril di media sosial sehinggakan mereka suami isteri bergaduh besar.

Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.

Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya.

Walaubagaimanapun, berkat kesabaran mereka, Wawa meluahkan rasa syukur kerana beliau telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh dengan ujian.

Kini tiada lagi rasa cemburu ataupun salah faham kerana mereka sudah semakin serasi dan percaya antara satu sama lain.

Alhamdulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.

Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa.

Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikatan berantakan akibat sikap cemburu, Wawa memberitahu beliau lebih mengetahui sikap sebenar Aeril.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga  pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu sahaja berusia setahun.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 11th, 2017

Beberapa kali Nora Danish memberitahu beliau mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Nedim Nazri. Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Berbicara kepada pihak media mengenai perkahwinannya, Nora memberitahu beliau tidak akan mengadakan sebuah majlis yang besar dan cukup sekadar akad nikah di rumah sahaja.

Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran. Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran.

Dalam pada itu, Nora yang aktif dalam bidang fesyen dan mempunyai tudung dan jubah jenama beliau sendiri mengakui beliau ada terdetik didalam hati untuk menutup aurat.

Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung). Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik.

Soal perkahwinan adalah benda yang baik, tak salah untuk Nora berkongsi berita gembira itu dengan peminat yang memang sudah ternanti-nanti bilakah agaknya Nora akan mendirikan rumah tangga.  Mengenai niat Nora untuk menutup aurat pula, apa yang dikatakan Nora itu betul, beliau kena bersedia sepenuhnya untuk berhijab agar terus beristiqamah dan mengekalkan perubahan beliau ke akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

Written by Bella | January 10th, 2017

Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin “digilai” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook  yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone.

Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal.  Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.

Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 10th, 2017

Tanggal 11 Januari esok merupakan tarikh hari lahir penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Walaubagaimanapun, Siti Nurhaliza telah diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah sekali pada 8 Januari lepas bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 38.

Siti Nurhaliza hadir bersama suami tercinta, Datuk Khalid di The View, G Tower Hotel, Kuala Lumpur bagi memeriahkan majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Beberapa rakan artis seperti Johan Raja Lawak dan isteri, Aaron Aziz, Izara Aishah, Nazim Othman, Farahdhiya, Fasha Sandha dan ramai lagi dilihat hadir pada majlis tersebut.

Kami di BeautifulNara mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Siti Nurhaliza dan semoga terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dilimpahi dengan kebahagiaan.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis sambutan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : kaki5photo