Written by Bella | December 26th, 2016

Beberapa hari lepas, sebuah portal melaporkan pelakon cantik, Juliana Evans bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan kerabat diraja Selangor, Tengku A pada tahun depan.Gosip berkenaan mula timbul apabila ada yang mengatakan Juliana sudah mula membuat persiapan perkahwinan termasuk menempah kain pasang untuk baju perkahwinannya nanti.

Difahamkan, Juliana juga enggan melangsungkan pertunangan dan terus bernikah nanti.

Walaubagaimanapun, Juliana yang terkejut mendengar khabar angin berkenaan menafikan beliau bakal mendirikan rumah tangga.

Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan.

Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut. Sudah tentu saya ingin mengikat tali pertunangan dulu dengan pasangan.

Menurut Juliana, jika beliau benar-benar ingin berkahwin, pasti beliau tidak akan mengumumkan berita gembira tersebut.

Sumber Berita : Kosmo

Written by Bella | December 26th, 2016

Berkahwin dengan seorang wanita berjaya seperti Rozita Che Wan membuatkan pelakon Zain Saidin sering dikatakan menumpang populariti dan kemewahan Che Ta lebih-lebih lagi Zain juga mampu untuk tampil dengan gaya yang agak mewah.

Ramai yang tertanya apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Zain untuk mempunyai kehidupan sebegitu dan adakah benar beliau terlalu bergantung kepada isteri.

Mengakui sering menerima persepsi sebegitu daripada masyarakat, Zain memberitahu beliau tidak berkecil hati.

Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami.

Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti.  Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat?  Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat.

Tambah Zain, beliau memang tidak begitu menyerlah dalam dunia lakonan namun tidak bermakna beliau menumpang hasil isterinya.

Tak patutlah kata saya menumpang Che Ta kerana orang lain pun tahu yang saya juga ada kerjaya sendiri. Ya, saya tak menyerlah dalam bidang lakonan, malah saya juga sudah kurang untuk berlakon. Tetapi tak bermakna saya tak ada kerja.

Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media.  Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia.

Biasalah tu Zain, kalau isteri yang lebih daripada suami pasti ada sesetengah pihak yang mengata mereka menumpang hasil isteri. Bersabarlah, buktikan anda mampu berjaya juga selepas ini dan menutup semua mulut yang mengkritik anda bergantung dengan Che Ta.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | December 23rd, 2016

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana Datuk Jamal Yunos yang membuat “protes tuala” terhadap masalah bekalan air di Selangor.

Malah, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza turut tidak bersetuju dengan tindakan Jamal dan memuat naik satu status di Instagramnya berkaitan isu tersebut.

Berang dikritik, Jamal menyindir Siti Nurhaliza kurang subur kerana tidak mempunyai cahaya mata.

Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain.

Komen Jamal agak seksis dan biadap tetapi Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak cepat melatah dan menyifatkan  kritikan Jamal sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap dirinya.

Kesuburan seseorang itu agak sensitif untuk dibicarakan kerana ia juga adalah soal rezeki daripada Allah SWT untuk mengurniakan cahaya mata. Apa pendapat anda?

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Written by Bella | December 23rd, 2016

Baru-baru ini, hubungan Faye Kusairi dan Azmi Hatta dihimpit pelbagai gosip termasuk Azmi ada keluar bersama wanita lain.

Namun, sejak penyanyi Elly Mazlein memuat naik status di Instagram bahawa bekas suaminya, Azmi bakal berkahwin Februari tahun depan, ramai yang ingin tahu adakah perkara itu benar.

Antara ayat yang ditulis di Instagram Elly ialah :-

Daddy Sefhia nak kahwin Februari 2017.

Mengulas mengenai perkara itu, Faye memberitahu buat masa ini tiada perbincangan rasmi yang diadakan antara keluarga kedua belah pihak.

Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini. Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai.

Faye juga tidak boleh menentukan jika keluarga mereka berdua mempunyai rencana untuk bertemu dalam masa terdekat.

Saya tak pasti lagi. Kalau ada pun mungkin bulan depan sebab ketika itu jadual kerja saya tak padat sangat. Apa pun tengok macam mana nanti.

Jika benar mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga, kami harap ia akan menamatkan segala gosip berkaitan percintaan mereka termasuklah isu Faye bersama Elly sebelum ini. Benda baik jadi kita doakan ia akan terlaksana. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 7 of 36« First...56789...2030...Last »