Written by Bella | December 28th, 2016

Sudah hampir lima bulan mengandung, isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin merasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Malah, beliau tidak mengidam makanan ataupun benda-benda yang pelik.

Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.  Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik.

Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa.  Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram.

Syatilla dan suami sebenarnya tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan  namun beliau  memaklumkan dalam kedaannya sekarang beliau dijangka bakal melahirkan anak lelaki.

Jangan terlalu memikirkan jantina anak dan serahkan soal itu kepada takdir. Apa yang penting bayi sihat dan cukup sifatnya nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | December 28th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi selepas Ayu mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ayu sendiri melalui satu foto beliau bersama suami yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

ayuraudhah_7Insyaallah Coming Soon..  #babybump #3rdedition #prayforbabygirl

Ramai peminat yang teruja dengan berita itu dan ruangan komen di Instagram Ayu dibanjiri dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan.

Alhamdullillah, rezeki Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menambah lagi zuriat. Semoga proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Written by Bella | December 28th, 2016

Pengacara Donna Muslim dan Rita Rudaini agak rapat sehingga ada yang mengatakan mereka cukup sesuai bersama sebagai pasangan bercinta.

Namun, baru-baru ini timbul sedikit salah faham dan perkara yang agak “awkward” apabila Donna menggelar Rita sebagai Mak Janda  ketika membalas pertanyaan seorang kenalan mengenai video yang dimuat naik oleh Donna di Instagram. Perkara itu mengundang kemarahan peminat Rita dan Donna dihentam teruk oleh mereka.

Menurut Donna, beliau tidak berniat untuk menghina status Rita dan mengakui beliau merasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.

Sedar perkara itu boleh menjejaskan hubungan beliau dan Rita, Donna telah segera membuat permohonan maaf kepada pelakon wanita itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.

Dalam pada itu, Rita menyifatkan apa yang dikatakan oleh Donna itu agak kurang bijak. Sebagai seorang sahabat Donna tidak sepatutnya memperlekehkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | December 28th, 2016

Tentu anda semua tahu baru-baru ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya sedang bermasalah. Berita itu mendapat perhatian ramai apatah lagi laporan akhbar yang menyebarkan berita itu memberitahu isteri kedua Adi sebenarnya sudah keguguran.

Masih belum menjelaskan apakah berita itu benar ataupun tidak, Adi telah “diserang” seorang wanita yang menggunakan nama Zarin Bakariah. Wanita itu dengan melampaunya telah menyentuh hal berkaitan rumah tangga Adi termasuk soal zuriat.

Malah, wanita itu juga menuduh Adi sebagai seorang suami yang dayus dan melabelkan isteri pertama Adi iaitu Aida Yusof seorang yang hipokrit.

Berang dengan tindakan wanita berkenaa, Adi telah memuat naik status di Instagramnya dan membidas komen wanita itu dengan tegas.

Bersabarlah Adi, dalam seribu manusia pasti akan ada satu yang mempunyai perangai melampau seperti ini. Mereka dengan mudah menghakimi seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar. Mulut manusia kita tidak boleh tutup.

Sumber Berita : Astro Gempak

Page 4 of 36« First...23456...102030...Last »