Written by Bella | December 6th, 2016

Telah melancarkan video muzik bagi single pertamanya berjudul Seikhlas Hati, Sherry Ibrahim diasak dengan pertanyaan adakah ia berkaitan dengan kisah percintaannya bersama pelakon yang cukup popular, Fattah Amin yang berakhir sekitar bulan Ogos lepas.

Walaubagaimanapun, Sherry memberitahu maksud cinta didalam lagu tersebut lebih kepada cinta kepada Tuhan, keluarga dan sahabat. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan bekas kekasihnya itu.

Video muzik ini tidak berkisarkan mengenai kisah perjalanan hidup saya, konsep sepenuhnya adalah daripada pihak syarikan kosmetik Deeja Cosmetic dan produksi Tangerine Pictures.

Bagi saya definasi cinta dalam lagu Seikhlas Cinta bukan hanya cinta kepada kekasih tetapi ianya bersifat universal dan cinta itu boleh ada kepada Allah,keluarga dan kawan-kawan.

Tambah Sherry ia video muzik itu juga mengisahkan kehidupan seorang wanita yang mencari kekuatan untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan.

Apa yang ingin disampaikan ialah keyakinan luaran akan seiring datang melalui kekuatan dalaman.

Rasanya Sherry enggan lagi dikaitkan dengan Fattah Amin bukan? Mereka berdua sudah “move on” dan bahagia membawa haluan masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 6th, 2016

Nampaknya segala kemelut dan kontroversi antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta berkemungkinan sudah reda apabila Azmi telah melawat anak perempuan mereka, Putri Sarah Sefhia  hari ini.

Elly sempat meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan Azmi melawat Sefhia di kediaman penyanyi tersebut terletak di Cyberjaya.

Menurut Elly, Sefhia sedikit pun tidak menangis meskipun sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya. Pada masa yang sama, Elly turut menegaskan agar bekas suaminya itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak mereka meskipun sedang hangat bercinta dengan Faye Kusairi.

Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak .  Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya..

#LuasKanKasihSayang  #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat

Alhamdullillah jika segala salah faham dan sengketa sudah berakhir. Janganlah libatkan anak tidak berdosa dalam apa-apa masalah dan sama-sama berbaik demi menjaga Putri Sarah Sefhia. Bercerai tidak bermakna anak tidak dapat merasa kasih sayang seorang bapa.

Sumber Berita : Instagram Elly Mazlein

Written by Bella | December 6th, 2016

Setelah memuat naik foto rumah banglo mewah miliknya, Rozita Che Wan beberapa hari lepas mendedahkan harga baglo baru miliknya itu bernilai RM 5 juta dan kini dalam proses ubah suai yang menelan kos RM 1 juta. Tujuan Che Ta mendedahkan harga berkenaan kerana tidak mahu orang ramai terus berteka-teki mengenainya.

Jelas sekali pendedahan Che Ta mendapat perhatian ramai dan turut mengundang kritikan netizen.

Netizen menganggap Che Ta terlalu riak dengan apa yang beliau miliki. Ada juga yang mempersoalkan adakah Che Ta sudah menjelaskan tunggakan cukai kepada LHDN yang sebelum ini turut menjadi kontroversi.

Hmmph, riak atau tidak kami tidak boleh memberikan komen mengenai perkara berkenaan. Namun, dari sudut positif mungkin ia boleh memberikan inspirasi untuk orang ramai khususnya wanita diluar sana untuk berjaya dalam bidang perniagaan seperti Che Ta.

Written by Bella | December 6th, 2016

Bakal bernikah dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan, pelakon Mia Ahmad telah diraikan dalam satu majlis parti bujang ataupun “bachelorette party” bersama rakan-rakannya.

Mia sempat berkongsi beberapa foto ketika majlis berkenaan yang diadakan secara tertutup disebuah lokasi rahsia.

Foto-foto Mia mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram yang merasakan artis pujaan mereka itu kelihatan cukup cantik.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar “bachelorette party” Mia Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Sbxs

 
Page 30 of 36« First...1020...2829303132...Last »