Written by Bella | December 14th, 2016

Gara-gara viralkan foto seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya, nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai termasuk rakan artis yang kurang bersetuju dengan tindakannya itu.

Malah, Fathia dikecam teruk oleh netizen yang menganggap beliau “terlalu manja” dan menggunakan kuasa viral tanpa berfikir panjang tentang impaknya kepada kerjaya pramugari itu.

Setelah lama berdiam diri, Fathia menerusi BH PLUS telah tampil memberikan penjelasannya sendiri. Fathia memberitahu beliau tidak perlu untuk membuat permohonan maaf seperti yang diminta oleh orang ramai.

Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya. Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis.

Namun tahap kesabaran saya ketika itu sudah tak mampu dibendung lagi. Saya benar-benar terkejut dengan reaksi pramugari tersebut. Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu.

Pada masa yang sama, Fathia tidak mahu ambil pusing  dengan segala pandangan orang terhadap dirinya termasuk kritikan yang diberikan oleh rakan artis. Buat Fathia, orang boleh terus bercakap dan membuat kesimpulan mereka sendiri kerana tidak mengetahui situasi yang sebenar.

Sumber Berita : BH PLUS

Written by Bella | December 13th, 2016

Rozita Che Wan pasti akan menarik perhatian ramai dalam apa sahaja perkara yang beliau lakukan. Sebelum ini kecoh dengan isu harga rumah banglo baru Che Ta, kali ini netizen tertarik pula dengan kek berbentuk duit yang dibuat khas sempena sambutan majlis hari jadi anak keduanya, Aniq Ezra baru-baru ini.

Tema kek tersebut tampak cukup “real” dengan gulungan wang RM50 di sekelilingnya.  Seperti biasa, pasti akan ada yang mewujudkan isu mengenai kek berkenaan.

Walaubagaimanapun, kek berkenaan tidak menggunakan wang sebenar dan ia adalah hasil daripada “fondant” yang menyerupai wang RM 50.

Pada kami, kek hari jadi itu agak unik. Kami tahu Che Ta memang kaya dan berkemampuan kata orang, tetapi tidaklah kot sehingga ingin membuat kek dengan gulungan duit yang sebenar. Kadang-kadang sebelum mengkritik kena tahu juga logiknya.

Written by Bella | December 13th, 2016

Umum mengetahui isteri tercinta Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin kini sedang hamil anak mereka yang pertama.

Kandungan Syatilla kini memasuki bulan yang ke 4 dan sudah boleh nampak seri ibu sedang mengandung. Malah, baby bump Syatilla sudah kelihatan.

Ramai peminat di Instagram memuji kecomelan baby bump Syatilla dan mendoakan agar beliau bersalin dengan selamat nanti.

Berikut komen peminat di Instagram Syatilla :-

Emmh, tidak dinafikan comel betul baby bump Syatilla. Harapnya beliau diberikan kesihatan yang baik dan segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Written by Bella | December 13th, 2016

Bila ingin berkawan rapat dengan anak dara orang, pasti seorang lelaki budiman akan meminta kebenaran untuk terus berkawan dengan anak perempuan mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Fattah Amin apabila beliau mengakui sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka boleh berkawan rapat.

Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu ditangan Allah kita boleh merancang sahaja.

Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga. Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga.

Pada masa yang sama, Neelofa yang turut hadir bersama Fattah di Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini memberitahu beliau sudah sedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas juga untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya. Tapi (soal kahwin) sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.

Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa.

Mesti peminat #lofattah cair mendengar kenyataan “gentleman” Fattah. Iyalah, bukan mudah hendak dapat lelaki yang sanggup bertemu dengan keluarga seseorang wanita itu ketika di awal perkenalan.  Ermm..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Page 20 of 36« First...10...1819202122...30...Last »