Written by AbangNara | December 30th, 2016

Berdasarkan sebuah kisah benar, filem The Icebreaker bakal menemui anda di pawagam berhampiran pada 5 Januari ini. Namun khas untuk pembaca BeautifulNara, anda dapat menontonnya lebih awal. Dilakonkan oleh Pyotr Fyodorov, Sergey Puskepalis dan Aleksandr Pal, filem The Icebreaker ini mengisahkan tentang krew-krew kapal yang berjuang untuk memastikan kapal yang mereka naiki tidak hancur dilanggar oleh ketulan ais gergasi.

The Icebreaker FA Poster 2 -27x39in

Ok jom kita tengok trailer The Icebreaker ini untuk mengujakan lagi diri anda.

Ini pula beberapa visual dari filem The Icebreaker yang pasti akan membuatkan anda tidak sabar menonton filem ini.

22a556329d471c9661718e7bf59532b4

Terima kasih kepada Rainfilm Sdn Bhd, Abang Nara ada 40 pasang tiket untuk diberikan kepada anda semua. Anda cuma perlu mengisikan borang di bawah dengan slogan “Kalau saya krew kapal ini saya akan ….” dan menghantarnya secepat mungkin. Berikut adalah informasi tayangan awesome filem The Icebreaker:-

Tarikh: 3 Jan 2017 (Selasa)
Masa: 9:00pm
Tempat: GSC Pavilion KL

Jangan lupa untuk LIKE Facebook Rainfilm Sdn Bhd dan layari www.rainfilm.com.my untuk maklumat lanjut tentang filem The Icebreaker ini.

Written by Bella | December 30th, 2016

Beberapa hari lepas kami ada terdengar satu khabar angin mengatakan penyanyi Kaka Azraff kini sedang rapat dengan pemain gitar kumpulan Kristal iaitu Rody. Malah, ada juga pihak yang mendakwa mereka bakal bertunang tidak lama lagi.

Berbicara mengenai berita tersebut, Rody menerusi portal Utusan Online mengesahkan beliau dan Kaka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa. Namun, mereka baru sahaja berkenalan ketika sama-sama terlibat didalam program Duo Star dan tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang seperti yang digembar-gemburkan.

Saya mula mengenali Kaka ketika dia bertindak selaku pembantu peribadi Ella yang juga ibu saudaranya. Waktu itu dia belum lagi bergelar penyanyi. Cuma kenal-kenal macam tu saja, tidak rapat. Bagaimanapun sejak rakaman Duo Star bermula pada awal bulan lalu, barulah mula rapat.

Khabar angin mengatakan kami menangguhkan majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Januari ini adalah tidak benar memandangkan kami sendiri pun belum merancang ke arah itu.

Walaubagaimanapun, Rody menganggap segala berita mengenai mereka berdua adalah satu doa dan berharap agar hubungan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | December 30th, 2016

Setelah lama berfikir, akhirnya penyanyi Zarul Umbrella telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS) selepas 17 tahun berkhidmat untuk fokus kepada bidang nyanyian. Populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga.  Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini.

Menurut Zarul, beliau selepas ini harus bijak merencana kehidupan dan masa depannya kerana sudah tidak bergaji tetap.

Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan.

Kami harap keputusan yang dilakukan oleh Zarul Umbrella adalah yang terbaik buat dirinya. Semoga terus maju dalam bidang nyanyian.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | December 29th, 2016

Setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak semalam dan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas , hari ini kita hilang lagi seorang insan seni iaitu Tan Sri SM Salim yang telah menghembuskan nafas terkahir akibat sakit tua kira-kira jam 5.44 petang tadi di kediaman anaknya yang terletak di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, jenazah Allahyarham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas selesai solat Jumaat esok.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

Takziah buat ahli keluarga Tan Sri SM Salim diatas pemergian insan tersayang. Marilah kita semua sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

Page 1 of 361234567...Last »