Written by Bella | November 28th, 2016

Macam-macam yang berlaku pada acara Running Man Challenge Malaysia. Selepas Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila seorang pengawal peribadi merampas telefon bimbitnya, terbaru pelakon Saharul Ridzwan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.

Menurut Saharul, beliau terpaksa berdiri ketika acara berkenaan berlangsung kerana pihak penganjur tidak menyediakan tempat duduk seperti yang dijanjikan.

Berikut luahan Saharul Ridzwan yang agak “makan dalam” buat penganjur :-

Beberapa  peminat  juga menyokong kenyataan Saharul apabila pengajur terlalu mengagungkan artis luar berbanding artis Malaysia yang menjadi duta dan pada masa yang sama mempromosikan produk mereka.

Memang padu habis “teguran” Saharul buat penganjur. Apa yang diluahkan Saharul agak wajar sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, mereka sudah berada di lokasi seawal jam 6 pagi, tentu artis-artis kita juga penat bukan? Apa salahnya untuk memberikan layanan yang sama rata.

Written by AbangNara | November 28th, 2016

Selamat pagi semua!!! Abang Nara baru sahaja ketawa terbahak-bahak melihat sebuah video yang amat kelakar. Selain hampir mengalirkan air mata, memori-memori lama ketika membeli telefon di usia 18-19 tahun dahulu turut tergamit apabila melihat video ini. Memang klasik sungguh.

Screenshot (3)

amboi kalau awek cun camnie jangankan handphone, rumah pun Abang Nara sanggup belikan

Video ini menceritakan bagaimana seorang lelaki telah membawa aweknya ke kedai telefon untuk membeli sebuah telefon baru. Biasalah telefon sekarang selalu lagging, jatuh sekali terus rosak dan kadang-kadang sampai meletup bila charge lama-lama. Di dalam video ini, si awek mahukan telefon yang tak mudah rosak, mempunyai kamera awesome dan rekaan yang terkini. Apa yang kelakarnya ialah apabila aksi si salesman ini ketika memberi cadangan telefon-telefon yang sesuai. Lawak gila beb.

Screenshot (4)

tengok jambang pun tahu betapa berpengalamannya si salesman ini

Sembang banyak tak guna, korang tengok sendiri video kelakar ini di bawah:-

Kah, kah, kah. Kelakar dan terimbau memori lama kan? Bila si salesman nie keluarkan telefon Nokia 3310, teringat terus telefon pertama yang Abang Nara beli. Memang tahan lasak sungguh Nokia 3310 nie. Lepas tue bateri tak habis-habis. Jatuh sejuta kali pun tak ada apa. Tak akan rosak punya. Abang Nara percaya korang pun mesti pernah gunakan Nokia 3310 ni masa muda-muda dulu kan?

3

Tapi confirmlah si awek reject Nokia 3310 nie sebab tak ada kamera. BIla dicadangkan iPhone 7, ada masalah lain pulak. Apa lagi kalau tak ada headjack. Camner nak dengar lagu kan? Abang Nara pun pelik kenapa Apple nak buang headjack. Nyusahkan pendengar lagu yang setia macam Abang Nara nie. Tapi bila si salesman nie keluarkan telefon Huawei P9 dengan warna yang cukup menarik ini, terkesima jap Abang NAra dibuatnya. Cantik jugak.

4

Kamera Huawei P9 ini telah mendapat pengiktirafan oleh syarikat kamera terkenal seantero dunia iaitu Leica. Jadi memang anda semua tak perlu risau bab kualiti gambar. Siap ada dual lens untuk kualiti gambar yang lebih superb. Abang Nara tergelak besar bila si pakwe bagi komen “Nicer than real life” selepas mengambil gambar aweknya menggunakan Huawei P9. Power sangat kamera Huawei nie. Tapi itulah, si awek masih skeptikal dengan telefon Huawei kerana ia berasal dari China. Hmmmmm. Mungkin si awek tak tahu yang telefon dari China sekarang kualitinya dah sama tahap dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.

5

korang perasan tak handphone apa yang salesman nie pegang?

Oh telefon Motorola ini memang penuh dengan kenangan buat Abang Nara. Besar gila. Memang kalau baling kat anjing, anjing pun lari. Abang Nara pernah memiliki telefon Motorola nie. Tahap besar dia, sampai tak boleh muat kat dalam poket seluar. Memang terasa berlagak je jalan pergi kelas universiti sambil pegang telefon kat tangan. Bila ada call masuk, satu badan bergegar sebab vibration dia memang padu amat. Tapi ini kalau jatuh atau kena hempap dengan batu, memang tak akan jadi apa-apa.

6

jadi telefon apakah yang si lelaki ini belikan untuk aweknya?

Agak-agak korang, telefon apakah yang si lelaki ini akhirnya belikan untuk kekasihnya? Adakah Nokia 3310? Adakah Huawei P9? Nak tahu kenalah tengok video yang telah Abang Nara kongsikan tadi sampai habis. Lepas itu pastikan korang share di ruangan komen pakah telefon yang akan korang hadiahkan kepada si dia yang tercinta? Kita tengok taste siapa yang lebih tinggi. Hehehe.

PS : Abang Nara ada sedikit info yang ingin dikongsikan bersama anda semua. Kalau anda ingin beli telefon bimbit yang berbaloi dengan fungsi camera canggih, Abang Nara cadangkan supaya anda memilih DiGi. Sebabnya cukup mudah, DiGi kini menawarkan pelan yang cukup awesome seperti.

RM148 & Device PERCUMA untuk Huawei P9
RM148 & Device PERCUMA untuk Samsung Galaxy J5 16GB

Memang pening kepala Abang Nara dibuatnya kalau nak pilih pelan DiGi ni.

Pada pandangan Abang Nara selepas bertukar pada DiGi, ia memang lebih berbaloi kalau nak dibandingkan dengan Maxis atau Umobile yang masing-masing berharga dalam lingkungan RM158 sebulan + bayaran pendahuluan sebanyak RM 2376 dan RM118 sebulan dan bayaran pendahuluan sebanyak RM1,056 untuk iPhone 7.

Hmmmm…apa pendapat anda?



Written by Bella | November 28th, 2016

Gegaran penyanyi Nora Ariffin terhenti apabila beliau tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 3 yang berlangsung semalam.

Nora membawakan dua buah lagu iaitu Lagu Untukmu duet bersama Aizat Amdan. Namun, Nora mengejutkan penonton apabila menyanyi gabungan lagu Sandiwara dengan All I Ask. Umum mengetahui sebelum ini Nora berdepan dengan kontroversi kerana enggan menyanyikan lagu Inggeris berkenaan.

Enam peserta bakal mara ke pusingan akhir pada hari Ahad ini. Finalis GV 3 ialah Azharina, Zarul Umbrella, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan Gmie. Mereka diberikan tugasan untuk menyanyikan dua buah lagu pada konsert akhir nanti.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 28th, 2016

Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi muat naik di Instagram baru-baru ini.

Terbaru, menurut Miss J menerusi portal Utusan Online, ada seorang selebriti sudah terlepas cakap dan mengesahkan Sakinah kini sedang hamil anak pertamanya.

Sebenarnya hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang berita gembira tersebut kerana Sakinah masih berahsia mengenainya. Khabarnya Sakinah kini lebih banyak berehat dirumah demi menjaga kandungannya itu.

Sebelum ini Sakinah pernah keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Pada waktu itu Sakinah tidak mengetahui bahawa wanita yang sedang berada di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang .

Jika berita kali ini benar, kami mengucapkan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami. Semoga ibu dan kandungan berada didalam keadaan baik-baik sahaja. Kita nantikan tuan empunya badan mengumumkan berita gembira ini nanti.

Sumber Berita : Utusan Online

Page 6 of 45« First...45678...203040...Last »