Written by Bella | November 29th, 2016

Gara-gara memberikan komen di Instagram artis Hollywood, Ruby Rose, pelakon Janna Nick dimaki teruk oleh peminat Ruby  Rose yang menyifatkan komen Janna agak “kurang ajar”.

Janna memberikan komen bahawa Ruby Rose kelihatan terlalu kurus dan ia menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat pelakon Hollywood tersebut.

Namun, perkara itu sebenarnya sudah berlalu sejak beberapa bulan lepas.

Untuk pengetahuan anda, Ruby Rose adalah warganegara Australia dan memulakan kerjayanya didalam bidang peragaan serta pengacaraan sebelum bergelar pelakon. Antara filem  popular yang dibintangi Ruby Rose ialah Resident Evil : The Final Chapter.

Pada kami tidak salah untuk meninggalkan komen bukan? Ermm, nampaknya mungkin dalam hal ini peminat Ruby Rose agak “over” sedikit..

Written by Bella | November 29th, 2016

Aksi Fattah Amin yang memegang tangan Neelofa sewaktu mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam menghangatkan lagi gosip percintaan antara mereka.

Foto mereka berdua sudah viral di media sosial dan seperti biasa pasti ada yang memberikan komen negatif.

Walaubagaimanapun, Fattah menjelaskan beliau terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin melindungi Neelofa daripada diserbu peminat. Menurut Fattah, mereka juga diganggu peminat sehingga  ke hotel tempat mereka menginap.

gambar oleh @marul69 via Instagram

Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.

Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan.

Fattah juga menafikan  khabar angin kononnya, Neelofa menghalang beliau untuk bergandingan dengan Mira Filzah dalam sebuah drama.

Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu.

Wah! Ini baru dikatakan hero, sanggup melindungi seseorang wanita daripada diganggu.  Tak gitu? Hehe.. Macam dah ada perasaan sayang didalam hati Fattah buat Neelofa..

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 29th, 2016

Percintaan pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta bukanlah satu berita baharu bukan? Malah, hubungan mereka mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana ada dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.

Walaubagaimanapun, Faye menerusi portal Harian Metro menafikan dakwaan berkenaan dan cinta antara mereka masih lagi hangat membara.

Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.

Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi.

Dalam pada itu, Faye memberitahu buat masa ini mereka berdua belum mempunyai rencana untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan takdir.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 29th, 2016

Sebelum ini, Rozita Che Wan dikecam netizen gara-gara sebuah foto dimana anaknya Aaisyah Dhia Rana mengenakan pakaian singkat.

Terbaru, pelawak Nabil Ahmad turut ditegur netizen apabila anak perempuannya Naera Mikayla juga berpakaian dengan perut terdedah ketika menyambut hari jadinya yang ke 4 dengan tema Toy Story.

Ramai yang merasa kurang senang melihat cara Naera berpakaian sehingga mempersoalkan mengapa seorang yang bergelar haji tidak menjaga penampilan anaknya.

Berikut antara komen di Instagram Nabil :-

Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, apa-apa pun cubalah untuk menegur dengan cara berhemah.  Kami faham netizen sebenarnya sayang dengan Nabil Ahmad dan keluarganya sebab itu mereka ingin menasihat.