Written by Bella | October 27th, 2016

Gara-gara isu lawaknya terhadap Elly Mazlein, ada khabar angin mengatakan pelawak Nabil Ahmad telah disingkir sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3.

Menurut berita berkenaan, tindakan terhadap Nabil itu adalah kerana lawaknya yang agak melampau dan berbaur lucah.

Namun, Nabil menafikan perkara itu dan menjelaskan beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak Astro berhubung penyingkirannya.

Saya tak tahu daripada sumber mana mereka dengar cerita ini. Nampaknya mereka yang lebih tahu sedangkan saya tidak terima apa-apa notis daripada Astro. Jadi, saya ketawa saja apabila mendengarnya.

Dikecam teruk oleh netizen sejak beberapa hari lepas, Nabil sudah tidak kisah lagi dengan kritikan ramai.

Saya terima setiap komen. Yang baik saya jadikan panduan dan buruk dijadikan sempadan tetapi kadang-kadang kritikan itu membuatkan saya kecewa kerana agak melampau.

Mereka hanya berani mengkritik di alam maya tanpa menunjukkan wajah dan menggunakan nama samaran. Jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegur saya, sila hantar mesej peribadi (private message) kepada saya.

Tidak apa Nabil, jangan melatah. Jadikan kritikan orang ramai itu sebagai peringatan untuk anda tidak mengulangi benda yang sama di masa hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 26th, 2016

Umum mengetahui pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad kini sudah bergelar Haji. Nabil juga sedang memperbaiki hidupnya dan menjadi insan yang lebih baik perlahan-lahan.

Namun, gelaran Haji itu sedikit sebanyak  memberi tempias terhadap isterinya, Zira apabila ada sesetengah netizen mempersoalkan imej isterinya yang tidak bertudung walaupun sudah pulang daripada Tanah Suci.

Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak isterinya untuk berhijab dan mahu Zira melakukan perkara itu daripada hatinya sendiri.

Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.  Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung.

Biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.

Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia.

Menurut Nabil, isterinya tidaklah berpakaian terlampau seksi dan masih menjaga kesopanannya meskipun belum bertudung.

Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.  Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam.

Perubahan itu memerlukan masa dan biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Memang benar wajib untuk seorang suami menasihati isterinya untuk menutup aurat, tetapi dengan paksaan ia mungkin tidak kekal lama bukan? Doa yang baik-baik sahaja buat Zira agar pintu hatinya terbuka untuk berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 26th, 2016

Sekitar bulan September lepas, rumah pelakon Remy Ishak telah diserbu pihak polis selepas menerima aduan dadah palsu.

Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang bukti yang mendakwa terdapatnya dadah di rumah Remy.

Remy juga memberitahu beliau sudah membuat laporan polis berkenaan tuduhan berkenaan tetapi sehingga kini masih tiada tindakan susulan yang di ambil.

Sudah terbukti rumah saya tiada dadah. Jadi, saya tanya pada pihak polis apa yang boleh dilakukan terhadap individu yang membuat tuduhan palsu itu dan saya diminta membuat laporan polis.

Saya sudah membuat laporan polis tetapi sehingga kini tiada tindakan dan jawapan daripada pihak polis walaupun saya kerap kali bertanya.

Menurut Remy, beliau sebenarnya merasa kesal dengan apa yang sudah berlaku meskipun beliau sudah melakukan perkara sepatutnya megikut saluran undang-undang.

Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini juga pernah menerima ugutan bunuh daripada seorang wanita VVIP kerana menolak ajakan wanita itu untuk bertemu dengannya. Kes itu sekarang telah di serahkan kepada peguam yang dilantik Remy dan diberitahu sudah berada di peringkat akhir.

Pada masa yang sama, Remy turut mengakui kes berkenaan memberikan kesan terhadap kerjaya beliau.  Remy adalah seorang selebriti dan dikenali. Sudah pasti apa sahaja yang dikatakan kepadanya membentuk persepsi masyarakat.

Biasalah bila menjadi artis, pasti ramai yang mahu mengambil tahu dan bila ada fitnah yang ditujukan kepada saya, sudah pasti itu membentuk persepsi.

Walaupun saya sebenarnya tidak terlibat dengan dadah, tetapi nama saya sudah buruk dan sebagai artis, itu sesuatu yang tidak sepatutnya dielakkan.

Bersabarlah Remy, mungkin ini salah satu ujian Allah SWT buat anda. Apa-apa pun, anda tidak boleh cepat mengalah dan haruslah kekal tabah menghadapi segalanya. Bak kata orang, tidak semua orang suka melihat kita berjaya tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | October 26th, 2016

Benar kata orang-orang tua, bila berkahwin pasti rezeki akan melimpah ruah dan lebih bahagia, itulah yang dirasakan oleh penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama Bella Astillah kira-kira sebulan yang lepas.

Menurut Aliff, sejak berkahwin beliau menerima banyak tawaran berlakon.

Orang cakap ada rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk orang yang ingin berkahwin dan orang yang sudah berkahwin, saya percaya Allah sudah aturkan semuanya macam sekarang banyak rezeki saya dalam bidang lakonan.

Selepas drama bersiri Meh Sandar Pada Aku bersama Mira Filzah, saya menerima tawaran untuk telefilem berjudul Love You Miss Pomen yang akan bersiaran tahun depan.

Bercerita mengenai ruamh tangganya itu, Aliff memberitahu beliau dan isteri masih lagi dalam proses belajar untuk menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.

Mereka masih cuba untuk bersikap tolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Sudah lebih sebulan dan semuanya berjalan lancar, kehidupan saya lebih terurus sejak beristeri. Banyak juga perkara baru yang kami pelajari berdua. Dalam tempoh ini juga saya perlu kerja kuat untuk menampung kehidupan keluarga.

Bila sudah berkahwin pengalaman dan rezeki yang dikurniakan memang berbeza. Jagalah rumah tangga yang dibina dan jangan pernah mensia-siakan pasangan anda.

Sumber Berita : mStar Online

Page 6 of 41« First...45678...203040...Last »